Selamat tiba di rumah jam 2 petang tadi. Balik dengan penuh keberanian dan semangat baru. Pulang ke rumah sebagai manusia baru. Rawatan di UK dan Paris telah selesai sepenuhnya. Cuma perlu hadiri rawatan susulan dua kali sebulan.
Kemas rumah, susun perabot, masak dan makan bersama anak-anak. Kemudian duduk di beranda dan menikmati hujan lebat sambil makan ubi rebus bersama kopi o’ panas. Anak-anak tak kenal ubi rebus. Ini pertama kali meraka makan. Ubi rebus makan bersama kelapa parut memang menyelerakan.
Alhamdulillah, sudah boleh berjalan sendiri tanpa tongkat. Esok boleh bawa kereta sendiri ke Langkawi. Sudah lama tak memandu 220km/j. Bertahun juga tak bawa superbike. Rasa seperti bermimpi dapat berjalan semula, memandu kereta, berlumba superbike, mendaki gunung dan buat pelbagai aktiviti.
_ _ _
Sesuatu yang bukan milik kita tak akan pernah menjadi milik kita tak kiralah berapa banyak usaha yang kita tumpahkan. Sesuatu yang bukan milik kita akan kekal bukan milik kita tak kiralah berapa banyak kasih sayang yang kita berikan.
_ _ _
It feels good to be at home. Home sweet home.