Thursday, January 29, 2015

I still feel you everywhere...

Doktor kata proses penyembuhan berjalan lancar. Banyak perkara positif telah berlaku antaranya tangan kanan sudah boleh di angkat dan di genggam (cuma belum cukup kuat untuk dukung Adam). Tapi proses yang sedang berjalan lancar ini terganggu kerana emosi. 

Sampai sekarang aku tak faham fungsi emosi yang mampu mengganggu (merencatkan) kelancaran proses penyembuhan. Doktor kata emosi memainkan peranan yang besar. Setiap emosi yang di hasilkan akan memberi impak kepada tubuh badan kita. 

Kita berjaya singkirkan seketika rasa yang kita cuba pinggirkan. Kemudian ia datang kembali. Kita kembali bergelut dengan rasa yang kita cuba pinggirkan itu. Pergelutan kembali reda bila kita berjaya letakkan rasa yang kita tak mahu itu di satu tempat. Tidak lama selepas itu ia muncul kembali. Ia seperti sebuah bulatan. Tak pernah habis.

_ _ _

Cara paling senang untuk singkirkan rasa sayang ialah benci. Tapi benci pun tak pernah lama, tak pernah berkekalan, tak pernah bertahan lama. Cuba untuk benci sesuatu yang kita sayang dan kita akan di kalahkan dengan perasaan kita sendiri. 

But most of all, I hate the fact that I don’t hate you, not even a little bit, not even at all.

_ _ _

Kenapa abang rasa seperti kita tak pernah berpisah...

I still feel you everywhere...