Sunday, January 25, 2015

Cinta pertama tak pernah mati.


E-mel terakhir yang awak hantar 9 Januari lepas. Masa itu abang ada di Ipoh. Malamnya abang melepak di tepi jalan. Di tepi jalan yang sama bila awak hantar SMS minta abang lepaskan awak. Awak cakap tentang betapa tak seronoknya (gundah-gulana?) ketika kita masih bersama. Abang masih ingat setiap butir yang awak cakap.

Bila balik rumah dan buka inbox, ada e-mel dari awak. Abang jadi marah. Mungkin kerana emosi. Mungkin kerana tekanan. Jadi abang tak buka dan baca e-mel awak. Kemudian abang balik ke Paris. Kena buat radiation therapy. Radiation therapy berjalan lancar. Bulan Febuari nanti abang akan buat radiation therapy untuk kali terakhir.

_ _ _ 

Sejak masuk bulan Januari hampir setiap hari abang mimpikan awak. Entah kenapa abang rasa tiba-tiba excited. Mungkin sebab hari ulang tahun kita bulan ini. Abang tak pernah kisah dulu, tak berapa ingat tarikh. Selalu keliru sama ada 26 atau 28 haribulan. 28 Januari kan sayang? Hmm...bekas hari ulang tahun kita...

Beberapa hari lagi 28 Januari akan menjelma. Abang tahu tarikh ini tak lagi signifikan pada kita. Tak akan ada apa-apa yang terjadi. Tak ada apa-apa yang istimewa. Tak ada apa-apa yang akan berlaku. Tiba-tiba abang rasa sedih sebab 28 Januari cuma beberapa hari dari sekarang...

_ _ _ 

Pagi tadi abang baru sedar dari koma (yang pendek). 20 Januari lepas abang masuk bilik bedah. Abang pengsan. Doktor kata ada darah beku dan terus buat pembedahan. Bila abang sedar, abang cari awak. Abang lupa awak dah tak ada dalam hidup abang. Abang buka e-mel, ada satu e-mel yang abang belum baca - emel 9 Januari dari awak...

Entah kenapa abang membebel panjang. Awak nak habis housemanship dah ya? Semoga sukses selalu. Abang dah lama tak dengar istilah medic yang pelik-pelik bila awak tak ada dalam hidup abang. Hari ini ada istilah baru. Untuk apa pun, semoga terus maju. Kalau awak rasa susah, kena selalu ingat usaha tangga kejayaan.

Dan abang harap ibu & ayah sihat dan gembira selalu.
_ _ _ 

Tajam tubuh si buah gading,
Hendaklah ikat bersama tali, 
Hancur luluh tulang dan daging,
Namun kulupa tidak sekali.


Selamat hari ulang tahun, kekasih.
Cinta pertama tak pernah mati.


Abang,
Kota Cinta