Saturday, January 03, 2015

17.54

Baru balik dari Kuala Krai. Hampir segalanya musnah. Yang tinggal pada mereka hanya kenangan sebelum di landa ‘tsunami’ kecil. Hantar 3 lori makanan dan pakaian ke Kuala Krai. Makanan masih tidak mencukupi. Kawasan Kuala Krai masih lagi kotor. Air bersih dan elektrik di sesetengah tempat masih belum ada. Sebatang lilin di jual dengan harga RM 1.00. 

Akan ke Manik Urai. Kali ini akan bawa pakaian sekolah. Ibu bapa kata anak mereka mungkin tidak ke sekolah. Tak ada wang untuk perbelanjaan sekolah. Semuanya musnah. Perlu senaraikan barang-barang untuk ke sana. Semasa di Kuala Krai terasa seperti banyak barang yang perlu di bawa untuk di sumbangkan tak di bawa. Tak cukup persediaan. Kali ini akan turun ke Manik Urai dengan persiapan yang lebih baik. 

_ _ _ _ _

Mandi, rehat dan ingin tidur sepuasnya. Umar mandi lebih dari sejam setengah!

Totorlah daddy. Tene mandi lama-lama-lama. Baru belesih

_ _ _ _ _

Bersabarlah.