1.
Hampir 8 hari di wad. Pembedahan entah kali yang ke berapa. Radiation therapy belum selesai. Enam sesi semuanya. Masih berbaki tiga sesi. Radiation therapy akan bersambung selepas tiga minggu dan akan di lakukan setiap tiga minggu sekali. Badan terlalu lemah untuk lakukan radiasi setiap minggu. Hanya selepas selesai radiation therapy, akan jalani chemotherapy.
Tak banyak aktiviti dapat di lakukan. Tak boleh bawa anak-anak pergi jalan-jalan. Untuk cuaca begini, lebih baik duduk di rumah. Doktor tak benarkan berada di tempat yang ramai orang. Mudah demam. Sistem badan tidak ada antibodi yang kuat. Lama tidak ke Hyde Park. Kali terakhir keluar bersiar-siar 18 Oktober lepas. Itu pun hanya 40 minit. Selebihnya berehat, kalau tidak di rumah - di tahan di wad.
2.
Duduk di rumah pun ada banyak aktiviti yang boleh di lakukan. Kadang-kadang mewarna bersama Adam (terasa sangat kekok). Umar kata mewarna dapat mengaktifkan sel-sel otak. Teman Adam menonton TV. Bacakan buku cerita untuk Adam dan jawab segala persoalan yang Adam ingin tahu - bermula dengan persoalan “Daddy, kenapa Adam pergi mana-mana bulan ikut Adam?” hingga “Kenapa manusia berkaki dua, daddy?”.
Di waktu petang biasanya belajar membuat origami bersama Huda. Aha! Sampai sekarang satu origami pun daddy belum pandai buat. Huda pandai buat bermacam bentuk origami dari burung, kuda, hinggalah dinasor. Umar kata “Boleh tak Kakak buat oligami macam adik?. Adik ni tomel. Kakak tene pashtikan oligami Kakak tomel macam adik”.
Kadang-kadang, jika larat, buat kek dengan Kakak. Sekarang belajar masak pula. Lepas ini boleh belajar buat jus. Dengan Umar, tentulah aktiviti yang mendatangkan duit - jual penanda buku. Umar kata “Adik nak jadi billion air”. Sedang baca sebuah buku cerita bertema falsafah bersama Umar. “Daddy, kenapa nama dia Aristurtle? Dia tukee turtle ke daddy?”
3.
Shahir, lepaskanlah. Bila perempuan yang kita sayang minta kita lepaskan dia, sebagai lelaki, hormatilah permintaannya walaupun itu akan buat diri kita berduka. Sememangnya ia tragedi yang tak dapat kita hadapi dengan mudah. Hati kita degil tak mahu melepaskan kerana kita sayang. Tapi, kerana sayang dan tak mahu lebih melukai lebih baik kita lepaskan pergi.
Aku tahu kau berselingkuh dengan perempuan lain. Aku tahu walaupun seluruh alam mengatakan perempuan yang kau sayang mempunyai skandal dengan lelaki lain. Kau tak seharusnya buat begitu. Mungkin segalanya sudah terlambat. Lepaskanlah dia pergi. Jangan seksa hati dan jiwanya lagi. Terima hakikat dia tak mahukan kau dalam hidupnya.
Kalau kau benar-benar menyayanginya, lepaskanlah dia pergi. Kau tak akan menyesal bila lihat dia bahagia nanti. Lelaki yang baik tak akan seksa perempuan yang dia cintai. Kaca, bila pecah, kita tak dapat baiki. Semakin kita baiki, semakin tangan kita terluka. Kaca tak dapat di baiki, luka di tangan tambah parah.
Ia sesuatu yang berat, aku tak tipu. Ia sesuatu yang sukar. Tapi kita tak ada pilihan kecuali lepaskan dia pergi....
Ia sesuatu yang berat, aku tak tipu. Ia sesuatu yang sukar. Tapi kita tak ada pilihan kecuali lepaskan dia pergi....