Dua kali handphone hilang. Kali pertama hilang, hari Sabtu. Jumpa semula hari Rabu. Khamis lepas, handphone ghaib lagi. Sampai sekarang belum jumpa. Masih berharap handphone yang hilang dapat di temui semula. Malah, berharap sangat agar ia di jumpai.
Adam suka main handphone sebab ada gambar kucing.
Haih.
_ _ _
Daddy: Adam, mana handphone daddy?
Adam: Meow pinjam.
_ _ _
Daddy: Umar ada nampak handphone daddy tak?
Umar: Adik nampak budak tecik-tecik main.
Daddy: Adam lupa dia letak mana.
Umar: Petanda baik daddy!
Daddy: Petanda baik apa pulak ni Umar?
Umar: itelefon 6 dalam perjalanan.
Daddy: Daddy tak nak iPhone 6.
Umar: Meow pinjam itelefon daddy. Daddy beli telefon balu.
Daddy: Ni pakat ghaibkan handphone daddy ke?
Umar: Daddy tak baik fitnah dunia tekat adik.
Daddy: Alaa mana ada fitnah. Umar ni.
Umar: Daddy tenelah ledho itelefon daddy hilang.
Daddy: Nak redha macam mana. Daddy sayang handphone tu
Umar: Ustad takap Tuhan tuke ambil yang kita tayang. Kita tene ledho.
Daddy: Alaa...Hmm...daddy cuba redha.