Pembedahan berjalan lancar. Doktor masih tidak berjaya keluarkan semua tumor. Jika tumor wujud di satu tempat sahaja dan tidak merabak, pembedahan akan jadi lebih berkesan. Oleh sebab tumor jenis ini merebak, radiation therapy perlu di lakukan untuk 6 minggu. Selepas itu perlu lakukan chemotherapy.
Perlu makan 26 jenis ubat dan mengambil steroid untuk kurangkan kesakitan. Tenaga hampir tiada. Doktor kata kanser jenis ini boleh bertahan antara 5 hingga 10 tahun selepas diagnosis bergantung kepada jenis kanser dan saiz ketumbuahan tumor.
Doktor suruh banyak berehat, kurangkan aktiviti luar - antibodi lemah. Mudah mendapat demam. Sepanjang hari tidur. Bangun untuk makan ubat. Masih guna IV untuk salur nutrisi. Masih di wad khas. Anak-anak bergilir datang temankan. Kalau giliran Adam, sehari suntuk dia tak mahu balik.
_ _ _ _ _
Zaza hanya layangkan sekeping kad bernota:-
“Don’t quit. Suffer now and live the rest of your life as a champion”
Zaza datang melawat ketika aku tidur. Seperti sebelumnya, masih ada jambangan bunga lili mengiringi kad bernota merah jambu.
_ _ _ _ _
Bila Zaza ada, Min tiba-tiba hilang.