Tuesday, June 24, 2014

Sekudus Doa

Subuh tadi, sekudus dan seikhlas doa saya utus buat Pencipta.


Tuhan, Kau ambil kedua ibu bapaku ketika aku belum bersedia, Kau ambil kesihatanku ketika aku sedang mencipta bahagia, dan hari ini Kau ambil orang yang paling aku kasihi. Aku mohon jangan di cambah rasa benci antara kami kerana sesungguhnya kasih sayangnya pada diri ini adalah rahmat terindah kurniaanMu untukku. Aku mohon moga Kau satukan mereka di bawah rahmatMu, hadirkan mereka cahaya mata yang baik-baik, panjangkanlah jodoh mereka hingga ke syurga dan berkatilah hidup mereka hingga ke liang lahad. Amin.