She's back.
Monday, February 10, 2014
Sunday, February 09, 2014
Stokin
1.
Setelah di
tangguhkan beberapa kali akhirnya doktor mendesak agar tiub kencing di
pasang. Dari sembang-sembang dengan beberapa orang yang pernah memakai tiub
kencing, mereka mengatakan ia sakit. Tapi bukan kesakitan yang menjadi punca
keengganan memasang tiub.
Memasang tiub
kencing bererti tidak lagi berupaya untuk menguruskan diri sendiri. Dan orang
lain akan melihat anggota paling sulit yang ada pada tubuh manusia. Untuk
seseorang yang pemalu hatta untuk membeli seluar dalam sendiri – ini sesuatu
yang sukar di lakukan. Seorang doktor (seperti awak, melihat perkara ini seperti
tiada apa-apa kerana sudah biasa dan mungkin awak akan ketawa (dan senyum
panjang) jika berjumpa pesakit seperti saya (yang amat pemalu).
Doktor kata ini
adalah jalan terbaik. Doktor pesan lagi buangkan rasa malu. Doktor kata tak ada
apa-apa yang perlu di malukan. Doktor kata semua orang pun ‘ada’ – jadi ini
perkara biasa (ya, buat mereka).
2.
Seminggu ini
sakit kepala melampau di susuli dengan muntah dan badan kekejangan. Langsung
tidak ke mana-mana. Hanya menghabiskan masa berbaring di katil sambil cuba
membaca novel atau menonton drama percintaan pilihan Adam. Don beritahu Pusat
Komuniti menjadi ‘pusat’ pembuangan bayi. Sekurang-kurangnya 4 bayi di jumpai
dalam seminggu.
Hari ini ada
bengkel menggunting rambut bagi lepasan SPM. 85% dalam kalangan mereka tidak
mahu menyambung pelajaran. Mereka mahukan duit dan ingin bekerja. Harap suatu
hari nanti peserta yang mengikuti bengkel ini akan membuka salunnya sendiri.
Minggu depan akan hantar dua orang remaja lelaki ke Shah Alam untuk belajar
sambil bekerja di bengkel kereta.
Minggu
seterusnya akan hantar dua orang ke Petaling Jaya bagi mengikuti
“bengkel-bekerja-sambil-belajar” mengecat kereta. Sedang cari bengkel yang sudi
mengambil dua orang remaja untuk belajar baiki motosikal. Masa depan mereka
cerah jika mereka sanggup berusaha.
Dua orang remaja
sudah pun berlepas ke Sudan untuk misi kemanusiaan selama dua minggu.
3.
Stoking hilang. Kalau ada yang membelanya, mohon di jaga dengan baik kerana dia permata baru (yang di pinjamkan sekejab) buat rusuk kiri. Rusuk kiri sedih (yang agak parah) bila Stoking hilang.
Friday, February 07, 2014
12:23am
1.
Belum menonton Qadr. Berminat
untuk menonton. Naratif yang menarik -
kemalangan bas yang mengubah kehidupan semua watak yang ada dalam cerita
ini. Dalam realiti, perkara ini memang terjadi kepada banyak orang. Kemalangan boleh
mengubah seorang yang normal menjadi kurang upaya – kehilangan anggota badan
ataupun orang tersayang. Lebih ramai orang yang bersedia mati daripada menjadi
cacat selepas kemalangan. Menghadapi realiti kehidupan baru selepas kemalangan
bukan suatu yang mudah.
Kita tak dapat lari dari takdir.
Kita tak pernah tahu takdir kita di hari depan. Semua orang inginkan
kegembiraan, kebahagian hingga hujung nyawa tapi bukan semua orang memilikinya.
Kita tidak bersedia untuk menghadapi takdir buruk dalam hidup kita. Manusia
normal yang sihat tubuh badan tidak pernah sama sekali terfikir takdir hidupnya
akan berubah apabila dia di sahkan menghidapi kanser – suatu virus yang belum
ada rawatan mujarab untuk menyembuhkan apabila berada di tahap 4. Takdir yang
baru mengubah seluruh kehidupannya.
Bagaimanakah seorang pemain bola
sepak (lakonan Zahiril Adzim) akan meneruskan kehidupan setelah kakinya di
potong? Seorang ayah dan suami yang kehilangan anak dan isterinya (lakonan Beto Khusyairi) Bagaimanakah seorang lelaki akan menjalani kehidupannya yang baru
apabila 90% badannya melecur tahap 3? Kita tidak pernah terfikir takdir itu
mungkin menjadi takdir buat kita suatu hari nanti. Kita selalu berfikir bahawa
takdir yang buruk itu milik orang lain.
2.
Adam penggemar cerita cinta
(walaupun masih berumur 3 tahun). Hari ini Adam (dan daddy – kena teman Adam
menonton) Cerita Kita. Filem arahan
Pierre Andre. Cerita ini cerita klise tapi masih menarik di tonton kerana
lakonan Pekin Ibrahim yang mantap. Lakonan Yana Samsudin tenggelam bila di
gandingkan dengan Pekin.
Apa yang kita cari dalam cinta? Ika
(lakonan Yana Samsuddin) berkawan baik dengan Kamal (lakonan Pekin). Yana
bekerja di kedai buku (jarang sekali kedai buku di jadikan scene dalam filem;
sayangnya scene kedai buku hanya menjadi latar “bisu” tanpa memainkan apa-apa
peranan – sekadar scene). Kamal seorang penjual burger.
Wujud Malik dalam hidup Ika.
Lelaki bergaya, mempunyai kehidupan yang mewah dan pandai memikat hati wanita.
Malik menawarkan kehidupan yang lebih baik untuk Ika berbanding Kamal (Ika
mempersoalkan jika Kamal menikahinya mampukan Kamal menyara kehidupan mereka). Kamal
tidak ada apa-apa selain cinta (yang mendalam terhadap Ika). Akhirnya Ika
menyedari bahawa dia memerlukan Kamal dalam hidupnya (kebahagiaan menewaskan
kekayaan).
Cerita ini walaupun cliché tetapi sudah banyak terjadi. Hakikatnya,
bukan semua orang memandang kekayaan. Seorang kawan bernama Kamal “tewas” di tangan seorang guru sekolah rendah
yang hanya mempunyai sebuah kereta Wira (lama) dan masih belum mampu membeli walau
sebuah rumah. Sampai sekarang Kamal masih belum percaya wanita idamannya
memilih seorang guru sekolah rendah sebagai teman hidup. Berkali-kali dia
ketawa sambil menangis mengenangkan kekalahannya. Dia masih belum puas hati.
Dalam soal cinta, paksaan tidak boleh di gunakan sebagai jalan penyelesaian.
3.
Kebanyakan drama di stesen TV
merendahkan martabat cinta. Cinta suatu seni yang halus. Watak wanita
terkinja-kinja ingin memberikan ciuman bukan suatu bentuk seni. Cinta bukan
sekadar ciuman, pelukan dan pandangan berahi. Cinta sebenarnya lebih dari itu.
Wednesday, February 05, 2014
JDT
Daddy: Umar
cetak nama dekat baju untuk apa?
Umar: Nanti talau adik pergi Sudan olang tanya “Adik yang tomel ni nama apa?”. Adik tenanglah nak jawab “Belakang baju ada tulish nama”. Tak adalah adik asyik nak
jawab soalan yang tama.
Daddy: Amboi!
Macam artis. Umar tempah berapa helai?
Umar: Ada tua puluh jelsi. Jelsi JDT adik tak
beli.
Daddy: Laa
kenapa? Lawa apa jersi JDT.
Umar: Daddy, olang tekalang temua tak tuke JDTlah.
Daddy: Tapi Umar
bukan orang Johor pun.
Umar: Adik tak
nak jadi mangsa kebencian olang awam.
Daddy: Fuh!
Dahsyat jawapan Umar ni! Tuesday, February 04, 2014
Kemanusiaan
Umar: Daddy, ada
anak anjing tepi talan. Tecik-tecik. Ibu dia mati tene langgar.
Daddy: Umar nak
turun ke? Hujan lebat ni.
Umar: Tetian anak anjing tecik-tecik daddy. Mama dia dah mati.
Daddy: Nanti
Umar demam. Lagipun kereta banyak ni.
Umar: Daddy takap kemanushiaan lagi penting dari
segala-galanya.
Daddy: Umar nak turun ambil anak anjing tu? Nak letak mana? Basah nanti kereta. Anjing
tau tu.
Umar: Anjing pun
haiwan daddy. Adik letaklah anak anjing talam
kotak. Tak basah teleta.
Daddy: Turun
dengan Abang Don. Umar payungkan Abang Don. Letak anak anjing dalam kotak.
Nanti kita fikir nak buat apa dengan anak-anak anjing tu.
Umar: Kita bagi tekat Aunty Chin. Aunty Chin duduk solang-solang tekat lumah.
*****
Lama berlaku.
Masih ingat. Daddy sangat kagum bila Umar ingat setiap pesanan dan tunjuk ajar
yang daddy berikan.
Sunday, February 02, 2014
#KajangMove
1.
Semalam, awak
tak kejutkan saya pun. Kepala saya sakit sangat. Saya makan ubat awal dan
mengantuk. Tapi tidur tak lena. Saya mimpi macam-macam (yang tak best). Bila
bangun, awak sudah pun pergi kerja. Awak balik tengah hari tadi ,saya tidur lagi. Mata pedih (dan kepala makin sakit).
Badan saya rasa
penat sangat. Tak tahulah kenapa. Mungkin sebab saya tak makan sehari suntuk.
Saya makan kemudian muntah. Dan saya tak mahu makan lagi. Saya tak nak Adam
tengok saya muntah. Nanti muka dia berkerut dan sedih. Tengok Adam
sedih, hati jadi sayu.
Adam tak ada
mood bila tengok daddy dia sakit.
2.
Dalam masa dua
hari Adam boleh habiskan 2 buah buku. Perkembangan
yang memberangsangkan. Adam suka sangat dengan buku. Bilik Adam penuh dengan
buku dari atas katil, bawah katil, penjuru katil, atas meja, bawah meja, dalam
almari, atas almari, bawah almari, atas bantal, bawah bantal, dalam selimut –
semuanya buku.
Adam suka tengok
buku bersepah. Dia akan rasa happy. Adam tak suka tengok buku tersusun di dalam
almari/atas meja. Adam kata tak best. Pergi meja makan
bawa buku, tengok TV pegang buku, tidur pun dengan buku. Tabiat makan buku
sudah hilang perlahan-lahan. Buat masa ini Adam suka buku & radio. Adam
suka dengar muzik klasik.
Perangai Adam
bertentangan dengan Umar. Bilik Umar kemas, teratur, tersusun & sedap mata
memandang.
3.
Dulu yang selalu
gunakan studio cuma Kakak seorang. Sekarang Adam pun pandai gunakan studio.
Adam suka habiskan masa melukis, mengunting dan menampal di situ. Kadang-kadang
dia cuma duduk dan tengok Kakak melukis atau hantarkan kek coklat (ambil hati
Kakak sebab nak pinjam pensil warna Kakak).
Umar tak ada
jiwa seni. Umar cuma minat duit. Bulan Januari pendapatan Umar sebanyak RM
1200. Semua kucing dan hamster telah di jual. Umar bercadang hendak menjual keluarga
Bob tapi Adam tak benarkan walaupun Umar cuba mencari persetujuan dengan menawarkan 50% hasil jualan kepada Adam. Adam sayang Bob. Minggu lepas Bob makan kek vanilla
yang Adam bawa. Mustahil Adam akan benarkan Umar jual Bob.
Sampai sekarang
isteri Bob belum ada nama. Tapi kadang-kadang terdengar Adam panggil isteri Bob
sebagai Pipi.
4.
Saya nak cakap
tentang #KajangMove tapi awak mesti tak nak layan (sebab melibatkan Anwar
Ibarahim). Nak cakap dengan Ocio, Ocio pun sibuk hal lain. Nak cakap dengan
Ary, Ary sibuk dengan pasaran saham.
Saja nak
bagitahu awak; saya tak sokong #KajangMove.
Subscribe to:
Posts (Atom)