Friday, November 01, 2013

Rindu



1.

Sejak awak kerja syif pagi hampir setiap malam awak tidur awal. Setiap malam juga awak tak dapat tidur lena kerana mimpi yang bukan-bukan. Saya tak marah awak tidur awal. Saya tak ada rasa apa-apa sangat kecuali sunyi. Mungkin sebab sejak dua minggu lepas rumah sunyi tanpa anak-anak. Saya tak dapat buat banyak aktiviti sebab sakit kepala.

Habiskan masa dengan balut buku. Untuk balut satu buku ambil masa sejam. Banyak buku yang rosak. Kena baiki satu persatu. Nampaknya masih ramai manusia yang gagal mencintai dan menghormati buku. Agaknya sebab ramai orang sudah selesa dengan gajet jadi buku semakin kurang di sayangi.


2.

Kucing yang di simbah minyak panas sudah semakin pulih. Kejadian kali empat. Sudah empat ekor kucing menjadi mangsa kekejaman jiran. Kucing ini Umar jumpa di lorong kedai. Kedua-dua matanya buta. Kerana kasihan Umar bawanya pulang ke rumah. Masih kecil dan kurus kering. Semoga kucing-kucing di luar sana selalu mendapat ihsan dari manusia berhati mulia. Selalu nampak kucing kena sepak, kena pukul dengan objek keras. Nilai kemanusia semakin pudar dalam hati manusia.

Ada 8 ekor kucing di rumah, 2 ekor kura-kura, dan berpuluh ekor hamster di rumah. Sebelum ini ada 4 ekor ular sawa di rumah tapi sudah di pindahkan ke kebun Huda.


3.

Pusat Komuniti masih di buka seperti biasa. Buat masa sekarang menjadi tumpuan pelajar SPM untuk mengulang kaji pelajaran. Di buka dari pagi hingga jam 11.30 malam. Minta Don kawal pintu masuk selepas jam 9 malam. Perlu periksa beg, poket seluar & kasut sebelum masuk. Ada yang cuba seludup rokok dan gam . Don tak benarkan  mereka masuk. Atas nasihat rusuk kiri, semua bilik yang tidak di gunakan telah di kunci dan 30 minit sebelum balik setiap pelajar harus bersihkan tempat masing-masing.

Esok pagi seperti biasa ada kelas untuk ajar kanak-kanak membaca. Haziq tak datang lagi ke kelas kerana dia pernah di peras ugut dan semua wang gajinya di rampas. Dapat tahu lewat setelah di khabarkan oleh kawannya.


4. 

Semoga Huda, Umar dan Adam dapat menimba ilmu dan pengalaman baru di rantau orang.