1.
Hari yang agak
sibuk dengan pelbagai kerja. Untuk minggu ini hari-hari perlu siapkan kerja
sedikit demi sedikit. Sedang menyiapkan draf tesis. Berfikir-fikir untuk
menyambung pelajaran. Masih menimbangkan pelbagai perkara.
Pusat Komuniti
sibuk. Ramai yang ambil kesempatan mengulang kaji sebagai persediaan akhir
menjelang PMR. Hampir setiap malam Pusat Komuniti tutup jam 1.30 pagi. Umar
ambil kesempatan berniaga (macam biasalah) – jual sosej, roti bakar, popia,
sandwich, dan coklat panas.
2.
Ada 3 orang
remaja menumpang tidur di Pusat Komuniti sejak 3 hari lepas. Mereka sibuk
mengulang kaji. Mereka minta izin untuk menumpang tidur kerana tak mahu balik
ke rumah. Di rumah tak boleh mengulang kaji kerana ibu mereka ‘bekerja’.
Ibu mereka
bekerja di belakang lorong gelap. ‘Pekerjaan itu’ di kawasan ini merupakan
pekerjaan biasa bagi penduduk di sini. Biasanya golongan lelaki menjual
ganja/barang curi. Tempat ini merupakan kawasan hitam – sentiasa berada di bawah
pemerhatian pihak polis.
3.
Sedang mencari
pembekal kertas A4 untuk tujuan fotokopi. Musim peperiksaan banyak gunakan
kertas. Ada yang gunakan mesin fotostat untuk buat salinan zine (pertama kali
tahu tentang zine). Rupanya bahan bacaan remaja-remaja ini banyaknya zine.
Ada yang sudi
dermakan beberapa naskah zine untuk di baca oleh pengunjung lain. Ada zine dari luar negara. Pandai
juga mereka cari bahan bacaan.
4.
Gadis Pantai, Keluarga Gerilya, Cerita dari Blora, Bumi
Manusia, Anak Semua Bangsa, Jejak Langkah, Rumah Kaca, dan Nyanyi Sunyi Seorang
Bisu sudah sampai dan bakal di susun di rak buku.
Moga bacaan yang berkualiti dapat memberi manfaat kepada pengunjung Pusat
Komuniti.