Wednesday, September 25, 2013

Baca Buku

Umar: Budak tecik-tecik buat apa?
Adam: Adam baca buku.
Umar: Budak tecik-tecik pandai baca buku?
Adam: Adam tak pandai.
Umar: Habish talau tak pandai, budak tecik-tecik buat apa tu?
Adam: Adam baca buku. 
Umar: Budak tecik-tecik tak pandai baca buku tapi baca buku?
Adam: (angguk dengan penuh keyakinan)


Sunday, September 22, 2013

8:08am



Umar: Tenape baju daddy basah?
Daddy: Daddy duduk lama tadi.
Umar: Adik dah takap Kakak Melly Jane dah tua. Sedala kawan kalib Kakak Melly Jane dah tak ada dalam dunia. Kakak Melly Jane mesti temput-temput.
Daddy: Alaa jangan kutuk girlfriend daddy. Nanti dia merajuk.
Umar: Adik ada jual iPad, itelefon, Blackbelly. Daddy nak?
Daddy: Daddy sayang la Marry Jane ni. Lagipun daddy bukan nak guna sangat pun.
Umar: Adik faham. Ishtimewanyaaa Kakak Melly Jane dalam hati daddy.
Daddy: Suka mengata daddy kan?
Umar: (sengih)



Selamat pagi sayang. 

Saturday, September 21, 2013

Kecantikan akan pudar. Kecerdikan tidak luput.



1.

Institusi yang paling penting dalam kehidupan seorang manusia ialah keluarga. Keluarga dapat membentuk perilaku seseorang. Karakter setiap individu banyak di pengaruhi oleh didikan keluarganya. 

Semua orang boleh mempunyai keluarga. Semua orang boleh berkahwin. Semua orang boleh mencari sesiapa saja untuk di jadikan teman hidup. Kita bebas memilih. Kita di beri panduan yang terbaik. Tapi bukan semua dari kita berpeluang mendapat yang terbaik. Kualiti terbaik dalam kamus setiap insan adalah berbeza.


2.

Ramai yang beranggapan setiap lelaki boleh saja menjadikan mana-mana perempuan yang di sukainya sebagai teman hidup. Orang dahulu selalu menganggap lelaki tak perlu mencari perempuan yang bijak/cerdik/berakal. Kualiti perempuan mengikut KPI mereka hanya perlu tahu/pandai menjaga makan-pakai lelaki/ menjaga rumah tangga.

Puncanya, masyarakat meletakkan wanita di tempat kebiasaan mereka – dapur. “Belajar tinggi-tinggi akhirnya ke dapur juga”. Sebagai lelaki, saya mendengarnya sebagai sesuatu yang tidak wajar, merendahkan martabat wanita dan adakah wanita di cipta Tuhan hanya untuk itu sahaja?


3.

Orang tua terdahulu silap kalau berfikiran demikian. Dalam sebuah keluarga, sebenarnya wanitalah yang paling penting. Hampir semua wanita boleh memasak. Tapi bukan semua wanita yang boleh memasak itu cerdik/bijak/berakal. Menjaga rumah tangga bererti menjaga segala-galanya. Menjaga bererti mendidik, mengajar, dan membentuk sikap.

Asuhan pertama si anak datangnya dari si ibu. Jadi, bayangkan kalau si anak mendapat ibu yang kurang cerdik. Asuhan bagaimana yang si anak akan dapat?

Hampir setiap anak lebih rapat dengan ibu mereka. Masa mereka banyak di habiskan bersama ibu. Kebanyakan lelaki pula lebih suka menyerahkan tugas mendidik dan menjaga anak kepada orang rumahnya. Jadi siapa kata lelaki tak perlukan wanita cerdik dalam sebuah keluarga? 

Wanita cerdik yang menghabiskan usia muda mereka di universiti untuk meneroka ilmu akan menggunakan akal mereka yang bijak untuk mendidik anak.


4.

Bila lelaki hanya merawang-rawang dalam memilih wanita, hasilnya lihatlah keluarganya. Hal ini tidak susah di lihat. Hari ini institusi keluarga gagal memainkan peranannya sebagai pusat mendidik dan membentuk sikap kerana kebanyakan anak-anak hari ini di jaga oleh pengasuh/bibik.

Bila kita mengharapkan pengasuh menjaga anak-anak kita, kita tak boleh meletakkan tanda aras yang tinggi kerana tugas pengasuh hanya mengasuh bukan mendidik. Dengan tahap ilmu yang mereka ada (bukan bertujuan merendah-rendahkan martabat pengasuh/bibik) apakah yang dapat kita harapkan daripada mereka?


5. 

Biarlah teman hidup kita tak cantik asalkan dia cerdik. Kita perlukan dia untuk mendidik anak-anak kita, membetul salah silap kita, dan menjadikan keluarga kita lebih bahagia. Perempuan cerdik/perempuan cantik memberi kesan yang berbeza pada sebuah institusi keluarga.

Kecantikan akan pudar. Kecerdikan tidak luput. 



Untuk Kamal, supaya kau tak tersalah memilih teman (hidup).

Friday, September 20, 2013

Meletush-Meletush



Adam: Abang, Adam nak kek.
Umar: Tak boleh.
Adam: Kenapa tak boleh? Adam suka kek.
Umar: Nanti kena sakit diabetes meletush.
Adam: Adam suka kek.
Huda: Kakak belanja Adam ye. Jom kita pergi sana.
Umar: Kakak, adik nak jugak.
Huda: Mana boleh. Nanti kena diabetes meletush.
Umar: Jangan lupa adik punya tau.

Selepas 10 minit

Huda: Adik punya tak ada. Tinggal dua potong kek  je.
Umar: Alaaaa.
Adam: Adam kongsi dengan abang.
Umar: Okey.
Adam: (potong kek bagi pada Umar)
Umar: Bagila besar sikit. Macam tak itelash je.
Adam: Tak boleh besar. Nanti abang kena meletush-meletush.
Umar: (muka masam)
Huda: Hahahahaha.

Wednesday, September 18, 2013

Selagi hayat di kandung badan



1.

Semalam kimo. Sejak dari balik rumah, tak bangun dari katil. Tak larat. Tak ada tenaga. Umar pun tak benarkan daddy buat apa-apa kecuali baring-makan-rehat. Don datang awal pagi. Sepatutnya Don tak perlu datang sebab hari ini tak keluar ke mana-mana. Don cuma kena buka pusat komuniti. Biasanya awal pagi tak ada orang datang. Don datang awal sebab nak buang sampah.

Dan...Don jumpa baby berbalut kain batik merah tepi dekat dengan pintu masuk. Nasib baiklah kawasan pusat komuniti tak ada anjing. Don panik.  Dia tak tahu nak buat apa. Jadi dia bawa baby jumpa abang. Lepas Makcik Siti mandikan, Pak Mad bawa pergi hospital. Bawa pergi hospital dan rawat secara haram. Tak ada dokumen yang di tinggalkan. Belum buat laporan polis.

Baby sihat. Baby girl. Comel. Adam tak berganjak dari tengok baby girl. Asyik cium-cium. Risau dia tertindih baby. Sekarang pukul 3.00 pagi. Adam bangun minum susu. Dia tak nak tidur. Baby girl ada dengan abang. Adam suka layan dia.


2.

Jarang pergi hospital awam sebab kualiti perkhidmatan yang kurang baik. Sebelum kimo, abang pergi dialisis dekat hospital kerajaan . Hospital terlalu padat. Perkhidmatan di beri acuh tak acuh. Buat orang miskin, tak ada pilihan lain kecuali menunggu semata-mata untuk dapatkan ubat. Ubat yang paling murah dan tak begitu berkualiti. 

Tunggu giliran nak dialisis pun ambil masa. Jadi, abang cadang nak buka pusat dialisis sendiri  dengan kadar yang murah tapi berkualiti. Abang tanya kawan yang pernah buka pusat dialisis. Dia kata perlukan modal lebih kurang RM 3 juta. Pusat dialisis banyak jadikan perkhidmatan kesihatan sebagai satu perniagaan. Abang tak berminat untuk jadikan ini sebagai “bisnes orang sakit”.

Kalau biasa pergi Hospital Pantai/KPJ/Columbia tak ada jejakkan kaki ke hospital kerajaan. Tapi kadang-kadang kita perlu juga jenguk hospital awam untuk lihat dan rasa sendiri nasib orang-orang kurang berkemampuan. Kerajaan masih belum mampu bina prasarana dan perkhidmatan yang bertaraf tinggi untuk rakyat Malaysia.


3.

Bulan depan abang akan ke Sarawak & Sabah. Abang nak buka pusat komuniti dekat sana. Ada yang berminat nak bantu secara sukarela. Harap-harap di setiap daerah di Sabah & Sarawak terutama di kawasan pendalaman akan ada pusat komuniti. Dan abang bercadang nak tubuhkan pusat komuniti berhampiran kawasan penempatan Orang Pribumi. 

Abang cadang nak sambung belajar.  Abang minat nak belajar Teologi/Pendidikan. Ada banyak juga benda yang abang buat sejak sayang pergi Korea. Yelah, abang nak buat apa lagi bila semua kerja sudah siap. 
Sayang, jadi tak sambung MA?


4.

Ada sebuah rumah berhampiran sungai/tasik di Pahang. Bila abang larat, rasa nak pergi tengok. Sekurang-kurangnya hari minggu abang boleh habiskan masa dekat rumah tepi tasik – membaca, menulis, mencatat, dan minum kopi. 

Abang cadang nak daftarkan Hazem masuk sekolah. Hazem perlu bersekolah. Hazem cakap kalau dia pergi sekolah pun, lepas habis waktu sekolah dia perlu pergi kerja juga. Dia nak tolong mak dia cari duit lebih. Bermaksud bila Hazem habis sekolah lebih kurang jam 12.30 tengah hari, dia akan mula bekerja jam 1.30 hingga 6.30 petang. Tentu Hazem penat...

Insan semulia Hazem seharusnya mendapat pendidikan.


5.

Satu perkara yang berlaku sebelum sayang pergi Korea ialah sayang pun mula tak berapa faham apa yang abang cakap/tuturkan. Abang harap sayang boleh bersabar dengan abang. Kadang-kadang abang jadi marah dengan diri sendiri bila apa yang abang cakap orang tak faham. Umar & Huda sudah mula tuturkan satu perkataan demi satu perkataan bila bercakap. 

Jangan cakap laju & dengan nada suara yang perlahan. Nanti abang tak faham & tak dengar. Selamat pulang ke Malaysia, sayang.

Selagi hayat di kandung badan, kau sentiasa dalam ingatan.

xoxo

Monday, September 16, 2013

5.30am

Tak tidur pun lagi.

2:51am



1.

Abang bawa anak-anak pergi Jusco. Umar nak cari buku. Abang lupa hari ini hari cuti. Ada ramai orang. Ada ramai orang yang pandang dan bisik-bisik. Ada ramai orang yang tengok-tengok. Abang rasa macam nak menangis...

Agaknya abang memang tak biasa lagi dengan keadaan sekeliling yang ramai orang. Anak-anak tak nampak sangat terkesan bila orang pandang-pandang. Mungkin sudah biasa. Tapi abang terkesan. Abang terkesan bila orang pandang-pandang...

Abang rindu rumah dekat US dulu. Rumah dekat tasik berhampiran hutan. Tak ada manusia. Tak ada orang yang pandang-pandang dan bisik-bisik. Yang ada cuma hutan dan pokok-pokok. Abang rasa macam nak cari rumah dekat tasik/sungai. Kalau dalam hutan lagi baik.


2.

Agaknya orang sakit selalu jadi bahan simpati orang. Orang sakit selalu jadi bahan perhatian. Abang memang serius nak pindah. Pindahlah mana-mana tempat pun asalkan tak ada orang. Abang boleh beli mesin dialisis. Tak payah pergi hospital lagi. Tak payah jumpa orang dan jawab banyak soalan. 

Bila balik rumah abang berkurung dalam bilik. Abang rasa tertekan. Sorry, abang tak hantar emel/SMS. Abang tak ada mood. Abang tak makan apa-apa sejak balik dari Jusco. Entahlah, agaknya abang masih tak boleh kawal tekanan.

Abang cuba abaikan tapi tak boleh.


3.

Abang kena tidur. Abang kena rehat. Kimoterapi pukul 9.30 pagi.


xoxo