Wednesday, September 18, 2013

Selagi hayat di kandung badan



1.

Semalam kimo. Sejak dari balik rumah, tak bangun dari katil. Tak larat. Tak ada tenaga. Umar pun tak benarkan daddy buat apa-apa kecuali baring-makan-rehat. Don datang awal pagi. Sepatutnya Don tak perlu datang sebab hari ini tak keluar ke mana-mana. Don cuma kena buka pusat komuniti. Biasanya awal pagi tak ada orang datang. Don datang awal sebab nak buang sampah.

Dan...Don jumpa baby berbalut kain batik merah tepi dekat dengan pintu masuk. Nasib baiklah kawasan pusat komuniti tak ada anjing. Don panik.  Dia tak tahu nak buat apa. Jadi dia bawa baby jumpa abang. Lepas Makcik Siti mandikan, Pak Mad bawa pergi hospital. Bawa pergi hospital dan rawat secara haram. Tak ada dokumen yang di tinggalkan. Belum buat laporan polis.

Baby sihat. Baby girl. Comel. Adam tak berganjak dari tengok baby girl. Asyik cium-cium. Risau dia tertindih baby. Sekarang pukul 3.00 pagi. Adam bangun minum susu. Dia tak nak tidur. Baby girl ada dengan abang. Adam suka layan dia.


2.

Jarang pergi hospital awam sebab kualiti perkhidmatan yang kurang baik. Sebelum kimo, abang pergi dialisis dekat hospital kerajaan . Hospital terlalu padat. Perkhidmatan di beri acuh tak acuh. Buat orang miskin, tak ada pilihan lain kecuali menunggu semata-mata untuk dapatkan ubat. Ubat yang paling murah dan tak begitu berkualiti. 

Tunggu giliran nak dialisis pun ambil masa. Jadi, abang cadang nak buka pusat dialisis sendiri  dengan kadar yang murah tapi berkualiti. Abang tanya kawan yang pernah buka pusat dialisis. Dia kata perlukan modal lebih kurang RM 3 juta. Pusat dialisis banyak jadikan perkhidmatan kesihatan sebagai satu perniagaan. Abang tak berminat untuk jadikan ini sebagai “bisnes orang sakit”.

Kalau biasa pergi Hospital Pantai/KPJ/Columbia tak ada jejakkan kaki ke hospital kerajaan. Tapi kadang-kadang kita perlu juga jenguk hospital awam untuk lihat dan rasa sendiri nasib orang-orang kurang berkemampuan. Kerajaan masih belum mampu bina prasarana dan perkhidmatan yang bertaraf tinggi untuk rakyat Malaysia.


3.

Bulan depan abang akan ke Sarawak & Sabah. Abang nak buka pusat komuniti dekat sana. Ada yang berminat nak bantu secara sukarela. Harap-harap di setiap daerah di Sabah & Sarawak terutama di kawasan pendalaman akan ada pusat komuniti. Dan abang bercadang nak tubuhkan pusat komuniti berhampiran kawasan penempatan Orang Pribumi. 

Abang cadang nak sambung belajar.  Abang minat nak belajar Teologi/Pendidikan. Ada banyak juga benda yang abang buat sejak sayang pergi Korea. Yelah, abang nak buat apa lagi bila semua kerja sudah siap. 
Sayang, jadi tak sambung MA?


4.

Ada sebuah rumah berhampiran sungai/tasik di Pahang. Bila abang larat, rasa nak pergi tengok. Sekurang-kurangnya hari minggu abang boleh habiskan masa dekat rumah tepi tasik – membaca, menulis, mencatat, dan minum kopi. 

Abang cadang nak daftarkan Hazem masuk sekolah. Hazem perlu bersekolah. Hazem cakap kalau dia pergi sekolah pun, lepas habis waktu sekolah dia perlu pergi kerja juga. Dia nak tolong mak dia cari duit lebih. Bermaksud bila Hazem habis sekolah lebih kurang jam 12.30 tengah hari, dia akan mula bekerja jam 1.30 hingga 6.30 petang. Tentu Hazem penat...

Insan semulia Hazem seharusnya mendapat pendidikan.


5.

Satu perkara yang berlaku sebelum sayang pergi Korea ialah sayang pun mula tak berapa faham apa yang abang cakap/tuturkan. Abang harap sayang boleh bersabar dengan abang. Kadang-kadang abang jadi marah dengan diri sendiri bila apa yang abang cakap orang tak faham. Umar & Huda sudah mula tuturkan satu perkataan demi satu perkataan bila bercakap. 

Jangan cakap laju & dengan nada suara yang perlahan. Nanti abang tak faham & tak dengar. Selamat pulang ke Malaysia, sayang.

Selagi hayat di kandung badan, kau sentiasa dalam ingatan.

xoxo