1.
Institusi yang
paling penting dalam kehidupan seorang manusia ialah keluarga. Keluarga dapat
membentuk perilaku seseorang. Karakter setiap individu banyak di pengaruhi oleh
didikan keluarganya.
Semua orang
boleh mempunyai keluarga. Semua orang boleh berkahwin. Semua orang boleh
mencari sesiapa saja untuk di jadikan teman hidup. Kita bebas memilih. Kita di
beri panduan yang terbaik. Tapi bukan semua dari kita berpeluang mendapat yang
terbaik. Kualiti terbaik dalam kamus setiap insan adalah berbeza.
2.
Ramai yang
beranggapan setiap lelaki boleh saja menjadikan mana-mana perempuan yang di sukainya
sebagai teman hidup. Orang dahulu selalu menganggap lelaki tak perlu mencari perempuan yang
bijak/cerdik/berakal. Kualiti perempuan mengikut KPI mereka hanya perlu tahu/pandai menjaga makan-pakai lelaki/
menjaga rumah tangga.
Puncanya, masyarakat meletakkan wanita di tempat kebiasaan mereka –
dapur. “Belajar tinggi-tinggi akhirnya ke dapur juga”. Sebagai lelaki, saya
mendengarnya sebagai sesuatu yang tidak wajar, merendahkan martabat wanita dan
adakah wanita di cipta Tuhan hanya untuk itu sahaja?
3.
Orang tua terdahulu
silap kalau berfikiran demikian. Dalam sebuah keluarga, sebenarnya wanitalah
yang paling penting. Hampir semua wanita boleh memasak. Tapi bukan semua wanita
yang boleh memasak itu cerdik/bijak/berakal. Menjaga rumah tangga bererti
menjaga segala-galanya. Menjaga bererti mendidik, mengajar, dan membentuk sikap.
Asuhan pertama si
anak datangnya dari si ibu. Jadi, bayangkan kalau si anak mendapat ibu yang
kurang cerdik. Asuhan bagaimana yang si anak akan dapat?
Hampir setiap
anak lebih rapat dengan ibu mereka. Masa mereka banyak di
habiskan bersama ibu. Kebanyakan lelaki pula lebih suka menyerahkan tugas
mendidik dan menjaga anak kepada orang rumahnya. Jadi siapa kata lelaki tak
perlukan wanita cerdik dalam sebuah keluarga?
Wanita cerdik
yang menghabiskan usia muda mereka di universiti untuk meneroka ilmu akan
menggunakan akal mereka yang bijak untuk mendidik anak.
4.
Bila lelaki
hanya merawang-rawang dalam memilih wanita, hasilnya lihatlah keluarganya. Hal
ini tidak susah di lihat. Hari ini institusi keluarga gagal memainkan
peranannya sebagai pusat mendidik dan membentuk sikap kerana kebanyakan
anak-anak hari ini di jaga oleh pengasuh/bibik.
Bila kita
mengharapkan pengasuh menjaga anak-anak kita, kita tak boleh meletakkan tanda
aras yang tinggi kerana tugas pengasuh hanya mengasuh bukan mendidik. Dengan
tahap ilmu yang mereka ada (bukan bertujuan merendah-rendahkan martabat
pengasuh/bibik) apakah yang dapat kita harapkan daripada mereka?
5.
Biarlah teman
hidup kita tak cantik asalkan dia cerdik. Kita perlukan dia untuk mendidik
anak-anak kita, membetul salah silap kita, dan menjadikan keluarga kita lebih
bahagia. Perempuan cerdik/perempuan cantik memberi kesan yang berbeza pada
sebuah institusi keluarga.
Kecantikan akan
pudar. Kecerdikan tidak luput.
Untuk Kamal,
supaya kau tak tersalah memilih teman (hidup).