1.
Ada jiran
berikan kepada Umar banyak barang. Setelah berbincang dan mencapai kata sepakat
akhirnya saya mengambil keputusan untuk menjual barang tersebut. Kali ini bukan
untuk Palestin tetapi untuk Syria. Agak lama juga tidak berniaga sejak Umar
berjaya menjual 50 ekor kucing jalanan yang di jumpai di merata tempat.
Hasil jualan
kucing di tambah dengan hasil jualan lukisan Huda ketika pameran di Paris dulu
di gunakan untuk membeli mesin basuh untuk Makcik Zaidah. Makcik Zaidah ingin
bayar secara ansuran wang pembelian mesin basuh (yang Umar dan Huda dahulukan) tapi Umar tak mahu terima.
Umar minta makcik dermakan wang ansuran tersebut pada badan-badan amal yang
lebih memerlukan.
Sebarkan cinta
pada segenap manusia.
2.
Semalam hujan. Jadi tak ramai pengunjung. Sebenarnya tak biasa meniaga di pasar malam. Umar
pening kepala bila kena sambungkan wayar dan hidupkan lampu. Zaman sekarang tak pakai
generator lagi untuk hidupkan lampu. Kalau dahulu ramai peniaga guna payung untuk
berteduh dari panas dan hujan, zaman sekarang kebanyakanya menggunakan khemah.
Jauh lebih selesa dan harganya juga murah.
Sejak mula
berniaga terpaksalah beli khemah, meja, papan plywood, wayar uptown,
lampu, dan sebagainya. Dari tak tahu apa-apa – kena juga
ambil tahu. Hari ini barangan habis di jual. Pulang ke rumah sekitar jam 11.30
malam.
Kalau hendak
jadi peniaga pasar malam, Umar kata kena berniaga sampai pukul 3.00 pagi. Masih
berniaga di Gerbang Malam – berkongsi tapak dengan kawan Don.
3.
Hari Sabtu
biasanya orang ramai. Suasana Ipoh kembali 'hidup'. Ipoh Padang, Taman D.R. dan
Taman Rekreasi Sultan Abdul Jalil (Padang Polo) tentunya di penuhi manusia
yang mahu beristirehat bersama keluarga.
Adam main bola
sepak. Dia pakai jersi Harimau Malaya hari ini. Umar tak ikut. Umar tak suka
dengan Boboy. Boboy rapat dengan Adam. Adam langsung tak mahu berkawan dengan
Umar. Masih merajuk agaknya sejak peristiwa kena buli tempoh hari.
Ocio nak makan
char kuey teow Greentown – antara tempat lepak/makan yang sibuk di Ipoh. Di
Ipoh ada dua tempat menarik yang mesti di lawati iaitu Gerbang Malam (tempat
beli barang) dan Greentown (tempat makan). Kedua-duanya di buka dari 6.00 petang
hingga 3.00 pagi.
4.
Terlepas forum
di Penang hari ini.