1.
Terima kasih kerana
mengembalikan beberapa memori silam yang manis. Mengulanginya membuatkan saya
tersenyum. Terasa amat manis dan dekat di hati. Beberapa kali saya cuba menahan tangis dari kelihatan. Awak begitu bermakna dalam hidup saya.
Ketika saya fikirkan tentang
sakit yang saya alami, kemungkinan hayat yang tidak panjang, perpisahan kekal
dan lenyap segalanya...saya tak tahu nak fikirkan apa lagi.
Dan awak terus cakap “
Jangan tinggalkan saya”. Awak semacam faham apa yang saya fikirkan. Mencintai
awak benar-benar membuatkan saya bahagia. Memiliki awak membuatkan hari-hari saya jadi begitu
sempurna.
2.
Dulu, ketika banyak perkara
belum terungkai, saya pernah kehilangan awak kerana sikap saya. Saya pernah
merasa pedihnya. Saya tahu erti kesakitan itu. Kita sama-sama pernah merasainya
dan saya tak mahu ulanginya lagi. Saya tak mahu hilang awak. Saya tak mahu
hilang hidup saya bersama awak.
Saya tahu kalau saya tak ada
lagi tentu hidup awak akan jadi kosong. Awak akan hilang seluruh kehidupan
kerana kehidupan awak adalah saya. Saya tak mahu awak rasa semua itu untuk kali
kedua.
Bekukanlah saya seperti yang
selalu awak cakapkan. Nanti bila perlukan, cairkan saya. Buatlah apa pun supaya
saya terus hidup dengan awak. Kalau awak boleh bekukan saya, bekukanlah saya.
Sekurang-kurangnya awak boleh lihat saya dalam balang ais.
Kalau semuanya semudah
itu...
3.
Saya perlu katakan, saya
bertuah dapat perempuan seperti awak. Saya perlu katakan, saya bertuah dapat
sepenuh perhatian dari awak dan saya perlu katakan saya berasa amat bertuah
mendapat seluruh hidup awak.
Saya tahu saya jarang puji
awak. Tak bermakna kalau saya tak beri pujian, saya tak berikan perhatian pada
setiap yang awak lakukan.
Terima kasih kerana
menyerahkan seluruh hidup awak untuk saya. Saya akan terus jadi kuat untuk awak
dan seluruh hidup kita. Saya akan terus lawan biarpun hanya tinggal sisa-sisa
perjuangan.
Selamat malam, sayang.
xoxo