Friday, February 08, 2013

[19]


1.

Huda ke Paris selama dua minggu. Ada pameran di sana. Ocio temankan Huda. Harap-harap Huda sempat balik untuk ke Pameran Solo Yusuf Gajah. Huda sangat sukakan karya beliau. Umar demam beberapa hari akibat demam (rindukan kakak dia) sampai masuk wad. Tidur berselimutkan baju Huda. Ini kali pertama mereka berjauhan.

Umar nampaknya boleh sesuaikan diri dengan Adam. Mungkin sebab Huda tak ada jadi dia perlu belajar berkawan dengan Adam.

Adam tolong Umar tangkap kucing. Ada orang nak beli 50 ekor kucing dari Umar. Wah! Umar dapat projek besar! Dia kini sibuk mencari kucing jalanan untuk di jual. Sebelum jual, Umar akan pastikan kucing tersebut di mandikan dan bebas dari kutu. Di beri makan secukupnya (kucing gemuk boleh jual mahal – kata Umarlah).

Kucing tak suka Adam. Adam suka lambung-lambung anak kucing. Bila Umar marah Adam ( sebab lambung kucing), Adam ugut nak suruh Bob makan semua kucing Umar. Dahsyat betul! Mulalah Umar membebel sepanjang hari.


2.

Sedang ajar Adam makan guna tangan kanan. Rasanya Adam kidal. Ajar dia baca doa sebelum makan, basuh tangan sebelum makan dan cuci dan lap tangan selepas makan. Hari-hari ajar dia supaya jadi kebiasaan. Adam sudah pandai angkat pinggan ke sinki selepas makan.

Hampir setiap hari Adam hulurkan tuala (kecil) bila Daddy batuk. Tarik tuala (besar sebab berat nak pegang) suruh Daddy mandi bila Daddy bangun lambat. Adam akan paksa Daddy makan ubat bila cukup masa. Selagi tak makan selagi itulah dia tengok muka Daddy.


3.

Setiap hari ke taman permainan. Ramai betul kanak-kanak sebaya Adam. Mereka main bersama, menggunakan interaksi tersendiri. Umar cakap Adam suka bawa “Geng Tecik-Tecik”. Umar cakap dari jauh tak nampak Adam – nampak rambut Adam saja.

Adam suka main bola, guling-guling atas rumput dan kejar Umar!


4.

Adam ada tabiat baru. Setiap malam sebelum tidur Adam akan minta bacakan novel cinta. Ya, novel cinta. Sekarang sedang bacakan Di Bawah Lindungan Kaabah untuk dia. Sebelum ini, The Notebook & A Walk To Remember. Memang novel-novel ini tersimpan dalam almari dan tak pernah di baca. Sengaja beli untuk simpanan (kerana kata pengulas ceritanya seronok di baca). Malangnya saya bukan pengemar novel cinta.

Haih...Tak tahulah macam mana Adam boleh jadi mat romeo. Dia dengar lagu cinta, tonton filem cinta dan nak di bacakan novel cinta. Cerita cinta bukannya semua tak elok. Kalau di adun dengan baik, boleh saja menjadi novel terbaik seperti Lentera Mustika. Masalahnya, banyak novel Melayu yang tipikal dan tak membina jiwa/minda.

Ada tiga genre yang Adam suka – Cinta, Pengembaraan dan Sejarah. Kelmarin, bentangkan peta dunia. Adam baring sambil tengok gambar. Bukan main suka lagi.


5.

Umar tak lagi berniat untuk teruskan perniagaan dobi kerana komisyen yang di berikan sedikit. Dia juga berhajat untuk berikan tender mencuci baju kepada seorang makcik yang tinggal di kawasan Silibin.

Umar cakap makcik tersebut ibu tunggal yang kerjanya mengambil upah memcuci baju. Dia berikan komisyen lebih tinggi daripada kedai dobi tapi Umar tak ambil komisyen. Umar cakap makcik tersebut lebih perlukan duit.

Umar sedang usaha untuk mencari dana belikan sebuah mesin basuh buat makcik tersebut.


6.

Hi love, I miss you.

xoxo