Bukan cuba untuk potretkan lelaki dengan kanvas dan wajah yang baru. Lelaki, sebagaimana semula jadinya harus menjadi pelindung buat perempuan yang dia sayang. Selalunya, lelaki malu dan ego tinggi untuk mengaku salah. Itu silap dan kebiasaan sifat lelaki. Lelaki di potretkan dengan segala ikon dan ciri yang klasik.
Kita suka mengomel “Lihat sana, lelaki itu macho, kacak, bergaya. Perempuan itu tak padan dengan dia”. Kita mencela. Kita lupa siapa yang kita cela. Kita mencela Pencipta. Siapa Pencipta kita? Tuhan yang satu. Kalau kita perlu bercinta dengan yang indah, cantik lagi jelita jadi yang kurang kacak, kurang jelita bagaimana pula? Tak layak untuk bercinta dan di cintai?
Saya pernah menangis bila orang yang saya sayangi hilang seketika – berpisah. Dan, tangisan itu saya yakin dan pasti kekasih saya mendengarnya. Saya sendiri terkejut bila saya menangis kerana hilang cinta hati saya. Adakah lelaki hilang sifat sejatinya jika menangis kerana seorang perempuan? Saya lelaki konservatif, saya rasa ya tapi lelaki tetap punya perasaan, hati dan jiwa.
Saya tak ingat bila kali terakhir saya memuji kekasih saya cantik atau sememangnya saya tak pernah langsung memuji dia cantik kerana dia tak cantik di mata seorang lelaki seperti saya. Ya, itu hakikatnya. Dia tak cantik. Entah bila agaknya kali terakhir saya katakan padanya “Saya sayang kamu”. Saya lelaki konservatif, kekasih saya kata saya pemalu mengalahkan dia.
Yang penting, dia tak pernah tanya saya soalan
.
Sayang cantik, bukan tubuh tapi hati.
juga hangat
dan
nakal.
I.m.r.a.n
Canberra, Australia