Wednesday, September 03, 2025

"Abang nak pergi office kejab. Dalam sejam dua abang balik"
"Kata move out? Tak jadi Doha?"
"Tu exit plan yang abang buat in case teruk sangat tarif tapi setakat ni okey tak perlu pindah. Doha tak memenuhi beberapa kriteria"
"Labuan aje tutup?"
"Tak tutup. Pindah operasi"
"Exit plan kata tutup?"
"Bisnes bersifat dinamik. Keputusan hari ni tak semestinya terpakai untuk esok"
"Kalau perasaan acam mana?"
"Kalau perasaan?"
"Ha'a"
"Ara fikir la dulu. Abang dah lambat"
"Jawab laaa. Malas layan kita kannn"
"Ara, tahu sini Dubai. Jangan mula"
_

"Siapa nak cakap dengan awak?"
"Hujan tak, ribut pun tak. Tiba je"
"7 kali tau gegar dekat Johor sana. Jasin pun gegar tau"
"Habis tu apa kaitan?"
"Awak fikir la sendiri"
"Nak kena kekah ke?"
"Eleh"
"Sorry la abang busy sikit tak bagi Ara perhatian. Company baru launching projek, abang monitor sale"
"Cepat aje turun nada. Kita nak gaduh"
"Tak boleh gaduh sekarang. Abang tengah fokus"
_

"Apa sepah ni? Tak sampai berapa jam dah selerak. Kemas balik"
"Tak nak"
"Kemas balik. Kang kena hempap apa pun tak dapat"
"Tak nakkkk. Abang berat"
"Ha kemas cepat. Pantang tak layan buat sepah"
"Eeeeeeee!"
_

"Kemas pun. Dah, siap kita pergi makan"
"…………"
"Dah senyap pulak"
"…………"
"Ra, mandi eh. Kita pergi makan"
"…………"
"Merajuk dulu. Abang nak mandi"
_

"Biar aje kita"
"Laaa. Abang pergi mandi"
"Kita merajuk, kan?"
"Mandi dulu nak gaduh pun. Kejab lagi kedai tutup, berlapar"
"Biar la. Kita mati aje"
"Sunyi la abang kalau Ara tak ada"
"Sembang"
"Ra, wajah yang sempurna, alis mata yang cantik, bibir yang memikat…hmm…mandi eh"
"Ayat tak habis"
"Abang tengah fikir. Ara mandi dulu"
"Jual ayat astu tak habis"
"Otak fokus kerja"
_

"Bang…belum habis kerja?"
"Belum"
"Kepala ok tak?"
"Pening"
"Kerja tak fikir kesihatan"
"Hmm"
"Jangan abaikan diri. Tidur sekejab"
"Okey"
_

"30 minit gerak abang"
"Jantung abang kenapa?"
"Tak ada apa"
"Degup lain"
"Tak cukup rehat kot. Letak tangan tempat lain"
"Tidur, sayang. 10, 9, 8, 7"


Dubai, UAE
September, 2025
"Serius la"
"Kenapa?"
"Phone abang tanya kita siapa. Abang setting apa dekat phone?"
"Ooo tu hahaha"
"Banyak nau tanya. Orang nak guna aje pun. Astu dia cakap access denied"
"Hahahahahaha"
_

"Abanggggg apa niiii"
"Apa?"
"Off laaaa"
"Hahahahaha"
"Kita nak laki kita reply. Abanggggg"
"Selalu okey okey je. Okey la tu"
"Tak nak dia reply. Abang reply sendiri. Abanggggg"
"Kenapa?"
"Kita tak suka. Robot abang acam manusia. Laki kita manusia robot. Takde la dia nak miss you, love you, U, U, U apa ntah. Cakap I pun tak pernah. Off laaa"
"Nanti la abang kerja banyak ni"
"Dia auto reply, kan?"
"Ha"
"Eeeeee tak suka la"
_

"Kejab lagi abang layan Ara. Abang sibuk ni"
"Now, abang"
"Tak boleh. Abang busy"
"Alaaa kejab aje"
"Jangan nak merengek-rengek dekat sini. Kang haa"
"Haa apa? Apa? Cepat laaa"
"Aku la ada jugak ni kang"
"Simpan aje muka garang tu acam la kita takut sangat"
"Ra"
"Mmm okey…kita takut…mmm buat tau…bila abang free ke"
"Okey"


Ogos, 2025