Thursday, November 07, 2024

Rancang kewangan

"Abang dah okey. Badan panas sekejab bukan demam"
"No work today"
"Dapat kes baru. Suami meninggal, rumah beli kongsi. Keluarga laki tuntut. Harta tak automatik dapat dekat bini. Kena masuk faraid. Bahagian suami 50%"
"Last mesti wife dapat habuk aje, kan?"
"Hutang laki dia 300 ribu lebih. Tak nak bagi harta dekat bini kot. Awal letak nama mak dia"
"Agak dah. Orang laki emang acam tu astu buatpe kawin"
"Laki jangan rancang keluarga setakat masa hidup. Macam abang, abang fikir kalau abang mati, duit yang abang tinggal cukup tak untuk Ara sara keluarga. Ara anak 7 bukan senang nak kawin lain. Laki bukannya nak kawin kalau anak ramai. Tak minta tapi kena fikir bila kita mati pasangan dapat teruskan hidup dengan apa yang kita tinggalkan. Abang tak nak bini abang susah besarkan anak sebab abang yang gagal rancang kewangan. Abang nak kubur lapang bila mati"
"Jauhnya fikir. Kita tak pernah terlintas fikir berat acam tu"
"Mati bila-bila pun boleh. Kalau gagal buat perancangan bermakna kita merancang untuk gagal. Nabi cakap"
"Tak nak la cakap pasal mati"
"Apa la perangai tak nak bagi bini harta. Kesian bini sampai merempat pun ada. Boleh je buat auto tak payah masuk faraid tapi tu la. Bini paling layak dapat. Dia susah-susah hidup dengan kita, tinggal keluarga, kadang berhenti kerja alih-alih semua bagi mak. Bukan kebelakangkan mak tapi dahulukan keluarga sendiri. Nafkah pun kena bagi bini dulu baru mak. Kesian client abang sampai jumpa psikiatri stres sangat"
"Bang"
"Hmm?"
"Diam shhhh"
"Okey"
"………"
"Laa nangis pulak"
"Kita tak nak abang mati. Kita mati takpe. Abang kawin aje lain"
"Abang mati Ara tak kawin lain, kan?"
"Confident aje"
"Abang percaya Ara tak kawin tapi jodoh tak tahu la"
"Acam mana abang tahu?"
"Abang kan pakar haha"
"Abang kawin tak kalau kita tak ada?"
"Tak kot. Letih jaga bini kalah jaga kembar. Tak nak dah. Serik hahahaha"
"Eeeee!" *pap pap pap*