Sunday, August 04, 2024

Rindu Ara

Hans telefon abang. Hans cakap Bonda suruh Ara balik segera ke Costa Rica. Abang cakap pada Hans yang abang izinkan Ara balik KL. Abang beritahu Hans, kalau Ara tak nak balik tak perlu paksa. Mungkin Ara perlukan masa untuk tenangkan diri. 

Kembar tidur. Luqman menangis lagi. Abang marahkan dia. Rasa menyesal pula. Abang hilang 4 orang client. Tiga sudah dapat di ganti. Tinggal seorang lagi. Township planner sudah siap selepas 40 kali semakan. Alhamdulillah. Dateline hari Rabu.

Abang susah hati nak pergi China. Abang risau Luqman menangis sepanjang dalam penerbangan nanti. Perjalanan jauh. Bonda minta abang hantar kembar. Bonda kata, kalau bawa kembar susah untuk abang beri perhatian pada kerja tapi abang tak kisah.  

Abang tak nak hantar kembar. Abang tak nak susahkan Ara mahupun Bonda. Ara tak bawa kembar sebab Ara tak nak bergaduh dengan abang  Ara tahu kalau bawa kembar, abang mesti marah. Ara tak nak konfrantasi dengan abang. 

Selepas habis kerja di China dan beberapa tempat lain, abang nak singgah KL jumpa Ara. Itu pun kalau Ara nak jumpa abang. Kalau tak nak jumpa abang, jumpalah anak-anak. Anak-anak rindu Ara. Sudah lama berpisah. Tentulah Ara rindukan kembar.

Hari ini abang tak call / mesej Ara. Abang tak nak ganggu privacy Ara. Abang bagi Ara ruang dan masa untuk bertenang. Abang tak nak desak Ara. Abang tunggu Ara diam-diam. Rindu, tapi abang tak nak beri tekanan. Abang tak nak Ara tertekan. 

Abang nak sambung buat kerja. Sekejab lagi kembar bangun mesti ajak main. Abang sakit kepala. Abang risau monster keluar. Tadi abang naik angin. Abang rasa nak lempar Luqman ke dinding sebab bising sangat. Dia menangis tak henti-henti dari pagi. 

Ara, abang bawa kembar pergi China. Abang risau kalau abang blur dan Ara tak angkat call. Abang tak pernah call orang lain selain Ara. Abang bangun mengejut hampir setiap hari di Brazil tapi tak beritahu Ara. Abang tak nak Ara risau. 


Ogos 3, 2024