Selamat Hari Raya. Hari ini hari raya ke empat dan aku terpaksa tinggalkan keluarga untuk berkerja. Ara baik-baik saja walaupun nampak sedih tapi dia telah biasa di tinggalkan. Tak pernah merungut, cuma ada sekali-sekala merajuk. Sungguh, dia perempuan yang sangat mulia dan aku sendiri sebagai suami selalu ingin memuliakannya. Tak banyak perempuan sepertinya di dunia ini dan aku bertuah memiliknya - sangat bertuah.
Aku berasa teramat sunyi hari ini. Aku baca surat-surat Ara yang lepas. Surat-surat yang tak pernah aku letakkan di sini. Aku lebih suka menyimpannya sendiri - hanya untuk aku. Istimewanya begitu. Sebelum berkahwin hinggalah sekarang, surat-suratnya aku simpan dengan rapi. Ara yang aku sayangi, Ara yang aku kagumi, Ara yang aku cintai. Tak ada yang lebih mulia dari dirinya, tak ada yang lebih mempersona dari dirinya.
Semasa di Dubai, aku bawa Ara ke majlis berbuka puasa. Aku jarang hadiri majlis tapi kali ini aku hadirkan diri untuk Ara. Seperti selalunya, Ara kelihatan anggun dan jelita. Dia sentiasa senyum, membalas sapaan seadanya. Pandai membawa diri dalam keramaian. Bagi aku, dia cukup sempurna. Melihat dia ketawa sudah cukup membuat aku gembira. Aku sering ikut ketawa bersama walau dalam hal-hal yang sederhana.
Sebahagian dari isi suratnya:-
"without any hesitation, you gallantly pulled out a chair for me in the middle of the grand assembly. I noticed several women casting envious glances our way, their curiosity piqued by our presence. Your demeanor in that moment was one of quiet elegance, distinguishing you from the rest. The air around you spoke of a well-lived life and cherished experiences. Your silent, chivalrous stand was a rare sight in a world that sometimes forgets its manners. The pride swelled within me, knowing I was the one you honored with such a courteous act.
The evening was a display of sophistication and grace; every detail was a reflection of your impeccable taste and the care you put into everything you touch. The chandeliers shimmered above us, and the melody of music wove through the air, creating a perfect harmony that seemed to be under your subtle command. As the evening came to an end, I pondered the privilege it was to spend time in your company, to share moments with someone of such uncommon character
Thank you for an exquisite evening. It has been an honor to be by your side."
Catatan senja
12-04-2024