Abang tak mahu balik ke KL. KL sunyi tanpa Hara. Segalanya hambar. Kopi yang abang cicip di waktu pagi terasa pahit sekali. Hidup abang hilang seri, tidak lagi berwarna-warni. Salah abang juga kerana merasakan perpisahan sementara antara kita sesuatu yang mudah untuk abang lalui walhal sebenarnya tidak. Perpisahan dalam apa juga bentuk sekalipun tidak pernah mudah. Abang berharap masa berputar dengan pantas. Abang mahu Hara kembali ke pangkuan abang secepat mungkin. Barangkali abang hampir sasau seperti Qais yang merindui Laila. Cinta selalu membuat manusia menjadi gila.
Sampai di sini dahulu untuk kali ini. Abang akan menulis lagi di masa nanti. Abang doakan yang baik-baik saja buat Hara. Perpisahan selalu membuat kita cemas, seringkali mencipta duka di wajah kita. Tapi ingatlah bahawa jarak bukan apa-apa bila hati saling bertaut. Jarak malah membuat kita lebih bahagia bila saling merindu. Seperti yang selalu abang katakan, rindu di kala berjauhan lebih manis. Usahlah Hara gusar, seperti tertulis dalam Surah Faathir ayat ke 4 “Dan kepada Allah di kembalikan semua urusan”. Begitulah abang berharap agar impian tak kunjung padam ini di makbulkan Tuhan.
Lelaki yang mengikat hatimu,
Imran
13 Disember 2017
_
Tuhan anugerahkan Ara setelah sekian lama hati bergelut luka...
_
Tuhan mengambil darimu sesuatu yang tidak pernah kamu sangka kehilangannya. Namun Tuhan akan memberimu sesuatu yang tidak pernah kamu sangka akan memilikinya.
(Penulis asal)