"Kesian kawan Ara kena sihir"
"Sihir apa? Cenuai?"
"Ha'a. Mana abang tahu?"
"Geng Ara kan semua lawa-lawa. Tak lawa tak di terima masuk geng"
"Takk. Pandai je"
"Dah bawa berubat?"
"Dah tapi tak okey"
"Susah nak hilang"
"Tu la. Kesian dia"
"Abang pernah kena 5 kali. Serik dah rasa. Kawan abang sampai sekarang tak sihat. Dengar cerita dah ambil barang"
"Bila abang kena? Tak pernah cerita pun"
"Lama dah. 5 kali dengan 5 orang berbeza"
"Termasuk buah hati abang?"
"Dia city girl macam Ara. Mana reti nak cenuaikan orang"
"Confident je abang"
"Betul la"
"Macam mana abang tahu"
"Tahu la"
"Asyik backing je. Menyampah kita"
"Kalau cenuai kita teringat tapi tak rasa sayang. Otak kita paksa ingat tapi hati tak rasa rindu. Senang cerita ingat tanpa rasa apa-apa. 24 jam tanpa henti"
"Abang berubat dekat mana?"
"Perak. Ada kawan bawa"
"Ingat lagi tempat tu?"
"Lupa dah. Nanti tanya kawan. Dia bomoh seluruh Malaysia sampai Siam kenal"
'Dahsyat"
"Minyak cenuai tu hidup. Tak boleh bawa masuk rumah. Nanti kena panah petir. Lepas ambil wajib kena pulangkan kalau tak makan tuan"
"Abang pernah tengok ke?"
"Pernah. Kawan tunjuk. Rumah bomoh tu tengah hutan. Nak pergi jauh siap naik bot. Kena sampai sebelum Asar. Keluar sebelum Maghrib. Macam tu la. Lupa dah"
"Mana abang tahu?"
"Dia cerita la. Abang tak pernah pergi"
"Dia cenuaikan siapa?"
"Bini dia sekarang. Nak expired kena pergi renew. Satu kerja pulak"
"Bini dia tak tahu ke?"
"Mesti la tak tahu. Ara pun. Cenuai bukan setakat minyak. Ada setengah tu kita tengok terus teringat. Jenis guna pemanis muka. Ada yang jampi dekat gambar. Guna asap rokok pun ada. Banyak cara"
"Tak tahu pun"
"Nasib abang kena dulu tak jadi sayang. Kalau tak, parah"
"Takut la"