"Kita dua-dua tempuh benda yang sama"
"Curang tak boleh di maafkan. Sampai mati Ara benci!"
"Bukan curang, Allah yang bolak-balikkan hati. Allah uji dia, Allah uji kita. Semua Allah uji. Kenapa dia buat, apa reaksi kita. Kalau Allah tak izinkan, tak jadi semua tu"
"Tapi curang tu pilihan, abang. Bukan Allah tetapkan"
"Semua benda atas muka bumi ni bergerak atas kehendak Allah. Allah yang rancang untuk kita. Kita cuma jalani apa yang telah tertulis. Dah takdir kita rasa semua tu"
"Curang tetap pilihan!"
"Ara nak lawan takdir Allah?"
"Tak, tapi hati Ara sakit sangat"
"Hati abang pun"
"Apa dosa Ara, abang?"
"Kan Allah uji orang yang Dia sayang sebab Allah nak bagi pahala sabar"
"Sakit sangat abang…"
"Sakit sebab Ara tak lepaskan. Ara dendam. Lepaslah, nanti hati jadi tenang"
"Susah"
"Redha dengan apa yang Allah uji kita. Itulah yang paling berat tapi kita kena buat. Pujuk hati Ara"
"Mmm…"
"Allah uji Ara, Ara benci. Ara tak ingat tapi abang, selepas semua terjadi, tetap sayang, tetap ingat, tetap rindu, tetap memaafkan, tetap ingat yang baik-baik. Siapa lagi berat ujian? Abang ke Ara?"
"Abang"
"Tapi abang tak pilih benci. Benci tak bawa kita ke mana pun. Benci memudaratkan hati kita. Jangan sebab satu kesalahan, kita lupa semua perkara baik dia buat untuk kita. Kita manusia, kita pun buat salah"
"Tapi dia buat kesalahan besar"
"Sebab dia curang, Allah temukan kita, kan? Kalau tak, kita pun tak kenal"
"Mmm…"
"Betul tak? Ara pun tak duduk Costa Rica, tak bela itik, tak petik sayur, tak sauk ikan, tak sedut madu, tak lahirkan 4 anak kembar"
"Entah"
"Hati perempuan memang keras macam batu"
"Tahu tak apa"
"Demikianlah perempuan, ia hanya ingat kekejaman orang kepada dirinya walau pun kecil dan ia lupa kekejamannya sendiri pada orang lain padahal begitu besarnya"
"Tolong sikit. Kita setia. Dia yang main kayu 3,4,5"
"Abang baca quote Hamka je. Jangan la marah"
"Nak tidur luar ke?"
"Hahaha ugut pulak"