"Ara, kayuh jom. Bawa buku sekali"
"Okey"
.
"Orang suruh bawa buku. Dia bawa fail kes"
"Kita bawa 2 buku eh and ni bukan fail kes. Notebook je"
"Kenapa Ara minat sangat dengan kes tu?"
"Bilik tidur terbakar. Tilam, badan dan handphone si mati ada kesan petrol. Laporan post-mortem menyatakan tiada kesan asap pada paru-paru si mati. Hujah pihak pembelaan, kematian akibat terhantuk pada bucu katil. Terdapat 16 kecederaan pada badan si mati. Luka menembus berukuran 5x4 sentimeter di bahagian parietal kiri, luka menembus berukuran 2x1 sentimeter di sebelah kanan dahi dan luka menembus berukuran 2x1.5 sentimeter di bahagian atas bahagian depan leher. Kecederaan luka tembus akibat anak panah"
"Anak panah tu siapa punya?"
"Anak tiri si mati"
"Okey"
"Si mati di temui hanya memakai seluar dalam. Waktu kematian tidak dapat di pastikan. Pakar anggarkan antara jam 11.30 malam pada 13 Jun 2018 hingga jam 4 pagi hari berikutnya. Terdapat 2 orang pakar. Salah seorang pakar menyatakan anggaran waktu kematian ialah kurang dari 24 jam sebelum proses bedah siasat dijalankan. Bedah siasat dimulakan pada jam 5 petang pada 14 June 2018. Waktu kematian dalam kertas pertuduhan ialah antara 11.30 malam pada 13 Jun dan 4 pagi 14 Jun 2018"
"Okey, faham"
"Tapi pelik, kalau dia masih hidup pada waktu pagi, kenapa PA dia call, mesej, dia tak jawab. Kawasan rumah dia ada guard, kena ada kad akses kalau nak masuk"
"Motif pembunuhan?"
"Tak pasti"
"Duit, dendam, cemburu?"
"Duit maybe tapi dendam tak pasti. Penama penerima EPF bekas isteri dia"
"Eh?"
"Pelik kan?"
"Pelik juga la kenapa dia tak tukar nama isteri baru"
"Tak mungkin dia lupa tukar. Betul tak?"
"Sengaja tak nak tukar?"
"Maybe but why?"
"Hara rasa ada orang tolong cover up?. Saja bakar nak sembunyikan motif sebenar"
"Katanya ada letupan tapi semasa prosiding, letupan tak wujud. Berita tentang letupan keluar sebelum pakar autopsi keluarkan kenyataan rasmi"
"Kerja orang dalam?"
"OKT di lepas dan di bebaskan. Tak ada direct evidence OKT adalah pembunuh"
"Dia ada masalah dengan abang dia yang hidup mewah tapi suka berhutang. Abang dia buat pinjaman tapi letak nama dia. Dia kena bayar sebab tak nak nama sangkut dekat bank"
"Mana abang tahu ni?"
"Abang selalu baca blog dia. Dia tulis dah hilang hormat pada abang dia sebab sikap suka susahkan keluarga"
"Salah satu hujah pihak pembelaan tentang krisis keluarga. Tapi di luar mahkamah, kakak dia kata dah berbaik"
"Luka yang spesifik biasanya orang dalam bidang perubatan yang pakar. Kebetulan abang si mati yang kaki hutang tu doktor kalau tak salah. Tapi takkan dia nak masuk bilik tidur nak membunuh"
"Tak ada kesan gumpilan atau tanda kediaman di ceroboh. Tentu orang yang dia kenal"
"Rasanya"
"Hal yang menarik lagi, pintu terkunci dari dalam"
"Patutlah Ara minat sangat. Abang ada baca bekas laywer dia tulis yang motif adalah dendam di sebabkan duit dan hutang tapi bukan melibatkan abang si mati"
"Yang ni Ara tak tahu. Ceritalah. Nak catat"
"Nak catat eh"
"Haah"
"In the midst of my chaos, I found solace in you”
"Jual ayat ehhh"
"Ye"
"Sempattt"
"Mesti!"
.
Mengayuh basikal bersama Hara di Parque La Sabana. Kemudian mencari tempat redup di tepi tasik lalu duduk bersama membaca buku. Berbual hampir sejam mengenai sebuah kes jenayah yang masih banyak tanda tanya.
Parque Metropolitano La Sabana, San José, Costa Rica
18 Mei 2023, 9.30 pagi