Tuesday, April 19, 2022

Di Sepanjang Malam Aku Berdoa



Di sepanjang malam berdoa tetapi tidak pernah meminta untuk kembali hidup bersama. Melepaskan untuk selama-lamanya. Cukuplah hanya kekal dalam ingatan dan doa yang di titipkan dalam diam.






Janda Baik,
19 April 2022, 3:15 petang

Tuesday, April 12, 2022

Sunday, April 10, 2022

Kepercayaan

"Kenapa macam sedih je nak balik Malaysia?"
"Mana ada"
"Eleh"
"Betul"
"Cuba cakap terus-terang"
"Hara je memandai"
"Abang dah tamatkan kontrak kan?"
"Kontrak apa?"
"P.I abang tu"
"Mana Hara tahu?"
"Ara jumpa dalam paper shredder and then Ara cantumkan"
"What?!"
"Sorry. Ara bukan nak menyibuk. Ara cuma nak tahu je"
"Banyak betul masa kan"
"Abang marah ke?"
"Hara buat apa dalam bilik kerja abang?"
"Tak buat apa. Ara lalu lepas tu dengar bunyi. Ara masuk nak tutup suis"
"Hara tak percayakan abang?"
"Bukan macam tu"
"Habis?"
"Ara happy sangat abang dah tamatkan kontrak. Abang dah tak ambil tahu hal dia. Ara tak nak buruk sangka dengan abang tapi Ara cemburu..."
"Hmmm"
"Abang, Ara minta maaf"
"Dah. Apa menangis bulan puasa ni"
"Ara sayang abang. Sayang sangat"
"Abang nak mandi. Kata nak masak sama-sama"
"Tak nak lepas. Sayang nak berpisah"
"Abang nak mandi je"
"Nak ikut!"
"Hey, puasa. Kang, haa"
"Hihihi"

Saturday, April 09, 2022

Ramadan 2022

"Thanks abang"
"Sini satu kali"
"Hihihi muah"
"Hara kemaskan dapur boleh? Abang nak pergi masjid"
"Okey abang. Take care"
"Hara tak nak ikut sekali?"
"Tak kot. Tak larat"
"Demam ke?"
"Tak"
"Tak payah kemas dapur. Balik nanti abang kemas. Hara rehat je"
"Okey abang"

.

Rasa bahagia dapat sediakan sahur untuk anak-anak dan isteri sejak 1 Ramadan lagi. Tidur awal. Bangun selepas 3 jam untuk mandi dan solat taubat serta tahajud. Seterusnya bertadarus. Selesai tadarus, siapkan sahur untuk anak-anak dan isteri.