Friday, October 12, 2018

'Till the end of time



Hampir seminggu saya sakit kepala. Saya masih belum buat sebarang pemeriksaan lanjutan. Mungkin saya takut barah yang pernah saya hadapi dulu datang kembali. Penyakit sepert barah boleh datang kembali pada bila-bila masa tanpa di duga, tanpa memberi banyak petanda. Sungguhpun saya sihat, saya tetap berjaga-jaga dengan segala kemungkinan yang ada. Hidup saya terlalu banyak dugaan hingga saya rasa terlalu penat untuk meneruskan kehidupan. Dalam perjalanan ke Sri Hartamas, melalui lebuh raya yang sesak, saya terpandang papan tanda Kajang lalu segala kenangan ligat berputar.

Kenangan yang biasa-biasa sahaja seperti menemani awak sepanjang perjalanan balik ke rumah dari tempat kerja kerana awak terlalu letih untuk memandu dan teramat mengantuk. Hingga saat ini, saya masih teringatkan awak. Kalaulah saya punya kuasa untuk menghalang segala ingatan dan lintasan yang datang tentu sahaja saya lakukan. Tapi saya tak punya kuasa mengawal hati dan fikiran. Sungguh-sungguhkah saya seorang sahaja yang teringatkan awak? Benarkah semuanya telah berakhir 4 tahun dulu? Apakah kita sudah benar-benar melupakan hal silam? Apakah awak tak pernah mengingati saya? Tak pernah merindui saya? 

Begitu bencikah awak pada saya hingga segala-galanya dingin dan beku? Saya tahu awak seorang yang keras hati dan saya tak akan cuba memujuk walaupun keras hati awak hanyalah seperti keras kerak nasi; lambat-laun akan lembut. Sepanjang awak menempuh alam perkahwinan, adakah awak benar-benar bahagia bersama lelaki yang awak pilih sebagai peneman hidup? Apakah awak tak pernah bergelut untuk melupakan saya? Saya benar-benar berharap dia menjaga awak dengan baik sekali. Kalau awak bahagia, saya sangat bersyukur. Sekiranya tidak, hati saya walang tak terkira. "Your happiness is my happiness."

Saya tak gembira jika mendapat khabar awak tak bahagia bersama dia. Kegembiraan awak sangat penting buat saya. Saya juga berharap kegembiraan saya sangat penting buat awak. Saya mahu awak berasa gembira melihat saya bahagia sepertimana saya gembira melihat awak bahagia. Banyak kenangan yang ingin di lupakan tapi tak dapat di lupakan begitu sahaja. Saya tentu sahaja ingin melupakan setiap ketawa bahagia yang kita kongsikan bersama setiap pagi sebelum kita sama-sama berlalu pergi ke tempat kerja. Saya ingin lupakan setiap pelukan hangat dan kata-kata manis yang kerap di ucapkan. 

Semuanya tak dapat di kuburkan begitu sahaja. Sama seperti saya tak dapat lupakan pelukan erat di malam hari saat kita berkongsi mimpi. Saya tak pernah lupakan betapa awak gemar tidur di dada saya, mendengar setiap degup jantung yang bergetaran. Mungkin sahaja itu yang paling saya rindukan. Banyak perkara yang tak mungkin saya lupakan seperti breakfast in bed setiap pagi di hari minggu. Terlalu banyak perkara ingin di titipkan di sini. Saya tak mahu menjadi lelaki yang hidup dalam ruang kenangan kerana ruang itu terlalu sesak dengan segala memori yang terlalu berharga untuk di lupakan tapi tak mahu di ingati. 

Bagaimana harus saya hidup dengan beban perasaan yang seakan enggan meninggalkan diri ini? Katakanlah apa yang harus saya lakukan agar semua beban yang saya pikul ini hilang di bawa angin. Nasihatkanlah saya supaya saya tidak menoleh ke belakang, melihat sisa kenangan, mengenang masa silam penuh rintihan. Terlalu pedih menerima hakikat dunia cinta kita sudah berakhir. Kita telah di pisah oleh jarak dan masa serta perhubungan baru. Kita sudah tak ada lagi dalam kamus hidup masing-masing tapi cinta kita seolah-olah enggan melepaskan kita untuk berputus asa sedang kita sudah menempuh kehidupan baru. 

Dalam segala keindahan, awaklah yang paling indah. Walaupun awak meninggalkan saya dengan sembilu luka dan panah kekecewaan, keindahan itu tak pernah hilang. Masih dan akan terus ada. Saya, sang arjuna yang setia dengan cinta. Sanggup terluka demi orang tercinta. Mungkin saya terlalu buta dalam menilai cinta. Mungkin dunia cinta saya terlalu utopia. Mungkin, segala-galanya mungkin. Benar kata Haruki Murakami, “No matter how much suffering you went through, you never wanted to let go of those memories”. Kesakitan, kesengsaraan, dan kepiluan sebahagian dari cerita cinta kita. Bukankah begitu?

_

Now your picture's that you left behind
Are just memories of a different life
Some that made us laugh
Some that made us cry
One that made you have to say goodbye

What I'd give to run my fingers through your hair
Touch your lips, to hold you near,
When you say your prayers, try to understand
I've made mistakes, I'm just a man

When he holds you close, when he pulls you near
When he says the words
You've been needing to hear, I'll wish I was him
'Cause these words are mine, to say to you

'Till the end of time
Yeah I, will love you, baby
Always and I'll be there
Forever and a day, always


Always
Bon Jovi





23 September 2018
3.50 pagi