Ingatan kita pada seseorang hanya sebuah kerinduan yang panjang. Merindu bukan bermakna kita mahu dia kembali. Mungkin kerana dia adalah satu-satunya perkara yang membuat kita bahagia suatu masa dulu, kita berasa damai dan tenteram bila mengingatinya. Kenangan seringkali membawa kita ke masa lepas. Masa lepas yang sempurna. Masa lepas yang sering singgah di fikiran kita. Masa lepas yang membuat kita tersenyum bahagia.
Rasanya tentu amat pedih. Luka lama tak pernah sembuh. Setiap hari kita belajar untuk balut luka kita dengan cara kita sendiri. Masa tak pernah mengubati luka di hati kita. Masa malah tak pernah mengubah apa-apa kecuali diri kita. Masa juga tak akan mampu membuat kita lupa pada seseorang; terutama seseorang yang memberi kita harapan untuk hidup. Seseorang yang mempunyai makna besar dalam hidup kita.
Apabila dia membuat keputusan dengan memilih lelaki lain, itu adalah keputusan paling tepat, paling sesuai dan paling sukar di lakukan. Kita berhenti di antara dua persimpangan. Dia memilih untuk belok ke kiri dan melepaskan tangan kita. Kita melangkah ke simpang kanan tanpa genggaman di tangan. Kita sendirian. Kita tak lagi berteman. Kita keseorangan. Kita kesunyian dan berasa kehilangan - kehilangan segala-galanya dalam sekelip mata.
Melepaskan orang yang kita sayang pergi bukan suatu yang mudah di lakukan. Kadang-kadang kita berharap dia kembali semula pada kita. Kadang-kadang dalam diam kita harap dia kirimkan berita atau bertanya khabar tentang kita. Kadang-kadang kita berharap dia jug merindui kita sebagaimana kita merindui dirinya. Kadang-kadang kita berharap dia mengenang saat manis ketika bersama kita. Kadang-kadang kita mahu saja mati dari mengenang dia.
Setelah kehilangan orang yang kita sayang, kita tak tahu siapa diri kita yang sebenar. Kita buntu, kita hidup dalam dunia kita sendiri. Kita jauhkan diri dari orang sekeliling. Kita ingin lari tapi tak tahu ke mana lagi kita mampu larikan diri. Ingatan kita selalu tentang dia. Apa sahaja yang berada di sekeliling kita mengingatkan kita pada dia. Kita terpenjara dalam kenangan silam. Kita tak tahu cara untuk lepaskan diri dari mimpi-mimpi indah yang lepas.
Saya benar-benar sayangkan awak. Saya ingin sekali lepaskan awak pergi. Pergilah jauh dari memori saya, dari kenangan silam kita. Saya masih terasa sebak setiap kali mengenangkan awak. Awak memilih dia, lelaki yang sangat sempurna berbanding saya. Saya mohon supaya Tuhan tidak jodohkan kita kembali. Bukan kerana saya tidak lagi mencintai awak tapi kerana saya sangat sayangkan awak. Awak cinta pertama saya. Tak pernah ada perempuan lain menghuni hati saya selain awak.
Cinta kita yang dulu tak mungkin kembali. Menurut Jay Asher “You can’t go back to how things were. How you thought they were. All you have is…now”. Diri kita sudah berbeza apatah lagi cinta kita. Oleh sebab itu, saya tak mahu kita dijodohkan kembali. Saya mahu cinta kita biarlah kekal begini dalam ingatan saya. Awak yang tiada tolok bandingannya, tak sempurna tapi cukup mengindahkan hidup saya. Saya mahu mengenang awak dengan ingatan yang baik-baik sahaja.
Awak dengan dia seperti orang sejodoh bagai cincin, sesuai benar, padan sekali. Jaga dia baik-baik, sayang dia sepenuh hati. Dia lelaki yang Tuhan jodohkan dengan awak, lelaki yang Tuhan tuliskan untuk awak sejak di Luh Mahfuz lagi. Hidup bahagia dengan lelaki yang awak pilih untuk beri segala-galanya pada awak. Tentu sahaja dia lelaki terbaik kerana awak memilih dia dan Tuhan berkehendakkan begitu juga...
_
tragedies will always be found
in the things we love and if we are
not willing to see the beauty in
losing something that means the
world to us, then imagine how
terrible it will be to live for them.
we must always welcome the end of
all things. for sometimes, knowing
nothing lasts forever is the only
way we can learn to fall in love
with all the moments and all the
people that are meant to take our
b r e a t h a w a y.
― R. M. Drake
12.20 pm
Turkey - Saskatchewan