Sunday, January 29, 2017

Di saat rindu merah menyala

Awak tahu, abang lelaki yang sangat pemalu. Menurut Ummi, abang shy and innocent boy. Mungkin sebab abang lelaki klasik, abang jarang cakap abang sayang awak. Sepanjang kita bersama, abang rasa boleh di kira hanya beberapa kali sahaja abang ucapkan kata sayang. Seingat abang, tak pernah walau sekali abang ucapkan  “I love you too”

Michael Faudet kata “The most beautiful sound in the world to me is not forest birdsong or babbling ... It's hearing you whisper, I love you, over and over again”. Bohonglah kalau abang cakap abang tak rindu awak cakap “I love you”. Merindui awak tak akan pernah habis, tak akan pernah selesai. Merindui awak suatu perjalanan yang tidak berpenghujung.


* * *

Abang lupa nombor telefon awak masih abang simpan. Tadi, sewaktu abang scroll senarai contact di WhatsApp, secara tak tersengaja abang terjumpa display profile awak. Oh! Awak sudah berpunya; “Let the world know who we are, let them envy how great we are together”. Ah! Status yang bunyinya sangat mengagumkan. Kita dulu cuma “Just the two of us”.

Abang cuba tahan air mata tapi nampaknya abang gagal. Orang kata “That physical feeling of extreme pain; like you just got a bullet, you get in your chest when you see the person you love, love someone else”. Hakikatnya, sakit terkena peluru tidak sesakit ini. Luka ini lebih dalam, lebih perit, lebih sakit dari segala kesakitan yang ada di atas dunia ini.


* * *

Lelaki yang berdiri di sebelah awak nampaknya tak ada persamaan dengan abang. Abang yakin perwatakannya sangat berbeza dengan abang (dan yang penting dia tak ada bulu dada; awak tak suka lelaki berbulu (kan)). Dia tak suka menyimpan jambang, tak masculine, tak fashionable, tak metrosexual seperti abang dan paling penting, abang lebih kacak, tampan dan menawan dari dia, kan? 

Sudah agak lama kita tak berbual panjang sambil ketawa dan mungkin kita tak akan berbual panjang dan ketawa bersama-sama lagi. Apa pun, abang ucapkan tahniah dan selamat bertukar status tak lama lagi. Semoga awak bahagia hingga ke syurga walaupun abang tahu dan sangat yakin awak masih belum mampu lupakan abang sepenuhnya.


* * *

Is there life after death? 
I don't know, 
but I died when you left
and I'm still alive.

― William C. Hannan




5.30am
Oahu North Shore