Monday, December 26, 2016

Perancangan Tuhan

Mulai tahun depan anak-anak akan bersekolah secara rasmi. Setelah melalui ujian bahasa Inggeris dan beberapa ujian yang lain serta temuduga secara tidak rasmi dengan pngetua sekolah, Huda telah di terima masuk sebagai murid di sebuah sekolah di Negeri Sembilan. Perancangan awal, Huda akan tinggal di asrama manakala Umar dan Adam akan mendaftarkan diri di sebuah sekolah di Ipoh. Oleh sebab Umar tetap mahu bersekolah di sekolah yang sama dengan Huda, keputusan yang di ambil adalah berpindah ke Negeri Sembilan. Huda pula tak perlu tinggal di asrama kerana sekeluarga akan berpindah ke sana.

Malangnya, hanya permohonan Huda sahaja yang berjaya. Permohonan Umar gagal. Setelah membuat penilaian silibus dan kurikulum, Umar akan di daftarkan di Mont'Kiara International School (M’KIS) Mont Kiara manakala Adam akan bersekolah berdekatan Taman Melawati KL, International School of Kuala Lumpur (ISKL). Setelah permohonan Umar gagal, dia berasa tertekan. Ini adalah kekecewaan pertama yang Umar hadapi. Oleh sebab itu, Adam dan Umar di daftarkan di sekolah yang berasingan supaya masing-masing tidak perlu berasa perlu bersaing. Dan ini dapat mengatasi tekanan. Umar di daftarkan di sekolah yang menggunakan silibus dan kurikulum Amerika. 

Huda akan belajar menggunakan silibus UK dan Umar pula akan mengikuti silibus US. Bila di fikirkan semula, kurikulum UK dan US tak begitu banyak perbezaan. Selain silibus UK dan US, sekurang-kurangnya terdapat tiga alternatif lain iaitu Perancis, Jepun dan Kanada. Malangnya, satu-satunya sekolah yang menawarkan kurikulum Kanada terletak di Johor. Adam dan Umar mempunyai pilihan sama ada ingin bersekolah di aliran Jepun atau Perancis atau kekal pada rancangan pertama; mengikuti pembelajaran silibus US. Adam membuat pilihan ingin mengikuti kurikulum Jepun dan Umar kata dia mahu mengikuti pembelajaran gaya Perancis. 

Sekolah Perancis dan Jepun yang terletak di Kuala Lumpur tidak kelihatan begitu prestij seperti sekolah yang menggunakan kurikulum US dan UK. Prasarana sekolah juga tidaklah begitu mewah seperti sekolah di Mont Kiara tapi silibus yang di tawarkan agak menarik. Untuk Adam, amat tepat pilihan yang di buat kerana Jepun amat terkenal dengan pendidikan yang berkualiti untuk kanak-kanak pra-sekolah. Sekolah Jepun menggunakan sepenuhnya tenaga pendidik dari negara Jepun. Murid akan di kelompokkan kepada beberapa kumpulan mengikut kefasihan bahasa Inggeris. Medium pembelajaran yang di gunakan adalah dalam bahasa Jepun. 

Setelah meneliti jadual persekolahan, di dapati cuti persekolahan antara sekolah aliran Perancis berbeza dengan sekolah aliran UK. Cuti yang tidak selaras antara sekolah menyulitkan rancangan percutian dan aktiviti sewaktu musim cuti sekolah. Oleh sebab itu rancangan untuk menyekolahkan Umar di Lycée Français de Kuala Lumpur (LFKL) di batalkan serta-merta. Adam juga tidak akan mendaftarkan diri di Japanese School of Kuala Lumpur (JSKL). Setelah bermesyuarah, keputusan yang di ambil ialah Umar akan bersekolah menggunakan kurikulum Kanada dan Adam akan mengikuti pembelajaran mengikut sistem pendidikan Jepun. 

Oleh sebab permohonan Umar telah di tolak maka Huda mengambil keputusan untuk tinggal di asrama sementara Adam dan Umar akan bersekolah sekitar KL. Memandangkan arwah Ummi dan Daddy mempunyai beberapa buah rumah sekitar KL, ini adalah keputusan yang terbaik sebenarnya kerana tidak perlu menyewa/membeli rumah. Namun keputusan ini tidak bertahan lama kerana setelah mengetahui kalander persekolahan yang tidak sama, masing-masing berasa tidak seronok untuk ke sekolah. Setelah membuat beberapa kali penelitian, keputusan yang di ambil ialah mendaftarkan Umar di sekolah yang menggunakan kurikulum Kanada dan Adam masih kekal mengikuti silibus Jepun. 

Kami sekeluarga akan berpindah ke Johor Darul Ta’zim. Nampaknya percaturan Tuhan lebih hebat. Anak-anak sangat sedih bila mendapat tahu tree house dan kabin di tepi tasik akan di jual awal tahun depan sebagai alternatif menjimatkan duit untuk membeli rumah sekitar Semenyih/Pajam/Nilai yang berdekatan dengan sekolah Huda. Namun di sebabkan permohonan Umar di tolak, alternatif lain yang ada ialah berpindah ke KL. Sekali lagi berlaku halangan apabila jadual persekolahan tidak sama. Oleh sebab sistem pendidikan Kanada merupakan sistem terbaik di dunia, maka keputusan yang di ambil ialah berpindah ke Johor. Dan di Johor tiada masalah kerana rumah peninggalan Walid masih ada di sana.