Entah bagaimana Tuhan jadikan hati ini semakin hari semakin gembira tanpa sebarang sebab. Beban yang mengasak dada sejak dua tahun lepas perlahan-lahan tpergi. Tambahan pula agak sibuk dengan jadual kerja yang padat dan pengembaraan bersama anak-anak. Benar, sedikit sebanyak kesibukan berjaya membunuh kerinduan dan ingatan kita kepada seseorang.
Seperti kata Tere Liye, “Ada orang-orang yang boleh jadi sebaiknya cukup menetap dalam hati kita saja, tapi tidak bisa tinggal dalam hidup kita. Maka, biarlah begitu adanya, biar menetap di hati, diterima dengan lapang. Toh, dunia ini selalu ada misteri yang tidak bisa dijelaskan. Menerimanya dengan baik justeru membawa kedamaian.” Ia sesuatu yang indah untuk hidup bersama dengan orang yang kita sayang tapi urusan Tuhan bukan letaknya di tangan kita.
_ _ _
Hari ini abang rasakan abang semakin jauh dari awak. Ini menandakan abang sudah mampu berdiri di atas kaki sendiri tanpa kehadiran awak. Lukanya masih ada, harapnya semakin mengecil dan tidak meninggalkan parut. Kalaupun ada biarlah ia sebagai penanda bahawa abang pernah merasai cinta yang sangat manis bersama perempuan yang sangat istimewa. Ia akan kekal bersama abang, kekal di dalam hati.
Abang mahu mengenang awak dengan ingatan yang membahagiakan supaya abang kekal gembira dan berasa bertuah dapat hidup bersama awak. Abang mahu kekal begitu. Abang mahu sembuh dari kesedihan yang berpanjangan. Hidup mesti jalan terus ke hadapan. Tak boleh lagi menoleh ke belakang. Hidup mesti berani tempuh pelbagai perasaan. Hidup ialah satu pengembaraan yang panjang dan penuh pengharapan seperti kata Stephen Hawking dalam The Theory of Everything, “While there’s life, there is hope”
_ _ _
Ya, alangkah mudah
kalau bisa semudah mereka berkata
kau kulupakan saja
Tetapi apakah yang lebih pedih
daripada mengenang manis berkasih
dan menyedari kini
bahawa kau bukan milikku lagi
Cinta Pertama
Firdaus Abdullah
_ _ _
The best deed of a great man is to forgive and forget - Hazrat Ali
Afghanistan