Hari ini 28 Januari, hari ulang tahun kita. Sungguhpun abang suka bermain dengan nombor, abang selalu gagal mengingat tarikh penting ini atau bagi abang tarikh bukan sesuatu yang penting. Abang malah tak dapat mengingat dengan jelas tarikh/hari kita secara rasminya berpisah. Biarlah ingatan tentang itu hilang begitu saja. Itu lebih baik. Sempena ulang tahun kita, abang akan tinggalkan cinta kita di sini. Ia bermula pada tarikh ini dan tamat pada tarikh ini juga.
Abang tak merancang dan ini berlaku secara kebetulan. Abang kira ia tidak ada kena-mengena dengan tindakan “kejam” menoktahkan cinta kita pada tarikh awak setuju menjadi sebahagian dari hidup abang. Setelah apa yang kita kongsikan bersama, setelah banyak yang kita tempuhi, sejujurnya, rancangan Tuhan adalah yang terbaik buat kita. Berpuluh kali kita gaduh tentang isu yang sama, berjuta kali isu tak percaya timbul, malah beribu kali juga kita terluka dengan perkara yang sama. Setelah di teliti sehalus-halusnya, inilah yang terbaik buat kita.
Jangan pernah meragui kasih sayang abang pada awak dan abang tak pernah merasa ragu cinta awak pada abang. Abang percaya awak sangat sayangkan abang. Dan abang juga tahu awak lebih dari tahu yang abang sangat mengasihi awak. Ia cinta yang sangat manis. Tumbuh secara perlahan-lahan dan hidup subur buat seketika hinggalah bermacam rasa tak puas hati antara kita muncul. Dunia kita sangat berbeza malah citarasa kita tak pernah sama tapi itulah sebenarnya yang menjadikan cinta kita sangat indah bila di kenang, sangat manis untuk di simpan di dalam hati.
Sejauh manapun abang sayangkan awak, realiti memisahkan kita. Hidup perlu di teruskan seadanya. Bukan bermaksud abang tak setia pada cinta pertama. Ia tak mungkin dapat di lupakan tapi masa silam adalah masa silam dan tak mungkin dapat di ubah. Past is past. Tapi masa depan dapat di ubah. Kalau abang terpaku terlalu lama di satu pintu tanpa menoleh pada pintu yang lain, abang akan membuang terlalu banyak masa dan tenaga. Masa lepas adalah sejarah. Banyak perkara yang abang pelajari. Abang perlu perbaiki diri untuk menjadi lelaki yang lebih baik di masa hadapan.
Sayang, ini adalah nota perpisahan. Abang tanpa rasa berat ingin lepaskan awak pergi. Abang tak marah lagi dengan awak. Abang tak kecewa. Abang rela dengan hati terbuka lepaskan belatan yang membelenggu hidup abang. Awak cakap, kalau abang sayangkan awak, abang harus lepaskan awak. Di sini sayang, abang lepaskan awak. Tamatlah cerita cinta kita. Awak yang manis, terima kasih kerana pernah menyayangi lelaki yang serba kekurangan ini dengan sepenuh hati.
“This is not a goodbye, my darling, this is a thank you. Thank you for coming into my life and giving me joy, thank you for loving me and receiving my love in return. Thank you for the memories I will cherish forever. But most of all, thank you for showing me that there will come a time when I can eventually let you go. I love you” . ― Nicholas Sparks
_ _ _
Tuhan, hadiahkan aku seorang perempuan yang boleh aku jadikan teman di setiap detik dalam hidupku, yang menunjuk jalan ketika aku buntu, menegur ketika aku membuat salah, penguat ketika aku lemah dan penenang ketika aku resah gelisah. Hadiahkan aku seorang perempuan sebagai pelengkap hidupku kerana tanpanya aku kesunyiaan. Fitrah lelaki perlukan seorang teman seperti Adam perlukan Hawa.
Tentu, janji manis-Mu tak pernah mungkir seperti yang termaktub dalam Surah al-Anfal ayat 70 “Jika Allah mengetahui ada kebaikan di dalam hatimu, niscaya Dia akan memberikan yang lebih baik dari apa yang telah di ambil darimu”. Bila Kau ambil sesuatu yang paling aku sayang - Kau berjanji pengantinya sesuatu yang lebih baik.
Aku menunggu dengan sabar. Buat rusuk kiriku, kita masih belum bertemu dan entah siapa yang bakal Tuhan hantarkan untukku. Sungguhpun begitu, aku tetap mahu ucapkan “Selamat datang rusuk kiriku, bidadari syurga hatiku. Dampingilah aku tanpa jemu. ”
My heart is a pen in your hand.
It is all up to you
to write me happy or sad.
I see only what you reveal
and live as you say.
All my feelings have the color
you desire to paint.
From the beginning to the end,
no one but you.
Please make my future
better than the past.
- Rumi
Band E Amir Natinal Park, Afghanistan