Selamat sampai Ipoh dengan penerbangan yang agak panjang. Sampai di KLIA sekitar jam 10 pagi. Don sudah sedia menunggu. Minta Don bawa ke S2 Heights. Nampaknya rumah sudah ada pembeli dan telah siap di ubah suai. Berjumpa dengan pemilik baru, seorang perempuan muda. Cuba buka tawaran untuk beli semula rumah tapi dia tak mahu jual.
“Excuse me, Sir. Looking for anybody?”
“Saya saja datang tengok rumah”
“Rumah yang mana satu ye?”
“Rumah yang ni”
“Ini rumah saya tapi bukan untuk di jual”
“Tahu. Saya pemilik asal rumah ni”
“Saya di beritahu tuan rumah jual sebab nak pindah ke luar negeri”
“Dulu cadangnya begitulah. Tapi dah tukar fikiran”
“I see”
“Don’t let your emotions make your decisions”
“Pardon me”
“Rumah ni saya sayang. Tolong jaga dengan baik. Saya tahu bukan rumah saya lagi hmm saya balik dulu. Nanti kalau saya rindu rumah ni saya datang lagi hahaha. Maaf, saya gurau je”
“Okey. Saya masuk dalam dulu”
“Baik”
_ _ _
Umar: Daddy okey?
Daddy: Okey. Cantik kan rumah tu.
Umar: Tapi lumah tu lumah olang.
Daddy: Orang tu tak nak jual.
Umar: Adik ada cadangan daddy.
Daddy: Apa dia?
Umar: Daddy tawin tengan kakak tadi daddy dapat lumah.
Daddy: Ekstrem betul cadangan Umar tu.
Umar: Talah ke daddy cadangan adik?
Daddy: Tak la salah.
Umar: Cadangan adik belnash daddy.
Daddy: Hahaha bernas sangat.
_ _ _
“Sikit kamu makan”
“Dah 4 pinggan. Sedap betul makcik masak”
“Bila kamu nak kawin?”
“Eh tetiba je”
“Aku nak turunkan air tangan ke bini kamu. Aku mati kurus keding kamu tu nanti”
“Orang baru balik dah cakap pasal mati”
“Aku cakap je”
“Terima kasih makcik. Sedap sampai terbayang-bayang dalam mimpi”
“Bila kamu nak bercukur? Aku tengok kamu ni tak ubah macam beruk baru keluar hutan”
“Orang sikit punya tampan ada samakan dengan beruk”
“Orang tua dulu-dulu pesan kalau cantik tak boleh puji cantik. Kena cakap buruk”
“O. Esok Im pergi gunting rambut. Isnin nak pergi Sabah. Ada kerja”
“Kamu ke Sabah buat kerja apa? Cuba cakap dengan aku betul-betul”
“Pergi SOGIP dekat Sipitang”
“Bukan cari yang tu?”
“Tak la. Orang balik dengan penuh semangat ni”
“Bagus. Lega aku dengarnya”
“Makcik jangan risau la. Im tak lari-lari lagi. Kalau makcik nak Im cepat kawin, tolong la carikan”
“Kamu cari sendirilah. Malas aku”
“Hahaha ingat tadi nak jadi ejen cari jodoh”
_ _ _
May love be the heart of this home.