Tuesday, December 08, 2015

Just to have you back again

You realize how much you truly miss someone when something happens, good or bad, and the only person you want to tell is the one person who isn’t there. - Unknown

Sehingga saat ini abang masih rindukan awak. Tahun depan tahun kedua kita berpisah. Abang masih rasa sunyi dan tak dapat sesuaikan diri. Abang masih rasa kekosongan, resah, gelisah, sedih, tertekan. Abang tak tahu nak kawal perasaan dengan baik. Abang tak tahu nak buat apa bila abang rindukan awak. Abang masih berlari - tak tahulah bila akan berhenti. Abang tak tahu nak buat apa kecuali lari. Abang tak dapat fokus, rasa runsing, moody. Jalan singkat yang ada - lari ke tempat lain.

Sejak tiga empat hari lepas abang marah-marah. Entah apa yang abang marahkan sangat. Kesilapan kecil jadi isu besar. Perkara mudah jadi teramat rumit. Abang tak boleh berfikir dengan baik. Abang mungkin terlalu ikutkan perasaan. Mungkin abang masih tak mampu kawal perasaan. Abang tak berjaya jadi lelaki yang pandai kawal hati dan emosi. Memendam rindu terlalu menyeksakan. Rasa seperti memikul bebanan yang amat berat dan tak mampu bertahan. Sungguh, abang tak mampu memendam rindu. Ia terlalu menyesak dada.

Ada banyak cerita abang ingin kongsikan dengan awak. Abang baru dapat tender dan berjaya tempatkan diri dalam beberapa lapangan baru. Abang juga akan buka sebuah anak syarikat tak lama lagi. Tapi semua berita yang ada abang tak dapat kongsikan dengan awak. Ada beberapa berita kurang baik tapi seperti biasa, abang tak berkongsi berita kurang baik dengan awak sejak dulu lagi. Tentu awak pun ada banyak cerita tapi tak dapat cerita dengan abang. Cerita dengan orang lain tak sama macam cerita dekat abang, kan, sayang?

Awak sihat? Abang harap awak okey. Abang selalu risaukan awak bila baca tentang Sabah - penculikan, gempa bumi (walaupun gegaran kecil). Awak jaga diri baik-baik dekat tempat orang. Abang cuma nak cakap abang rindukan awak, rindu sangat. Pukul 1.10 pagi. Abang kena tidur sebab esok akan bergerak ke Taipei. Abang penat berlari sebenarnya tapi kalau abang duduk rumah lebih menyeksakan. Terkenang awak sesuatu yang menghiris hati. Abang tak kuat. Abang tak tahu nak lawan macam mana lagi. Abang tak tahu nak buat apa pun sebenarnya,

_ _ _

You taught me how to love
What it's of, what it's of
You never said too much
But still you showed the way
And I knew from watching you
Nobody else could ever know
The part of me that can't let go

And I would give anything I own
Give up my life, my heart, my home
I would give everything I own
Just to have you back again

Is there someone you know
You're loving them so
But taking them all for granted
You may lose them one day
Someone takes them away
And they don't hear the words you long to say

Everything I Own
Bread



Kowloon, Hong Kong