Monday, July 28, 2014

Surat untuk Adam II

Adam demam sejak dua hari lepas. Daddy susah hati sebab bila Adam demam, Adam tak seaktif biasa. Adam tak senyum. Adam tak gelak. Adam cuma menangis. Lepas Adam demam, Kakak pun ikut demam. Kakak pun merengek macam Adam. Kakak tidur sebelah kiri daddy, Adam tidur sebelah kanan. Hari ini Abang Umar pun demam. Abang Umar tak ada suara. Daddy sunyi.

Kita nak raya tapi semua demam. Raya jadi tak seronok. Daddy sepatutnya masuk wad hari Jumaat lepas untuk pemantauan tapi sebab Adam demam – daddy minta tangguh pembedahan. Macam mana daddy nak masuk wad bila anak-anak daddy tak sihat. Kita sambut raya kali ini sederhana sangat. Pak Long Ocio kerja. Biasanya sibuk macam mana pun dia akan balik raya. Kali ini daddy tak pasti.

Adam ingat tak kita pergi Bibliotheque de I’Assemblee Nationale tempoh hari? Perpustakaan terbesar di Perancis ialah Bibliotheque de I’Assemblee Nationale. Di kutub khanah ini terdapat begitu banyak manuskip asal penulis-penulis hebat Perancis. Malangnya, manuskrip asal karya Jean Paul-Sartre (yang daddy teringin sangat nak tengok) tidak dipertontonkan kerana di simpan di ruangan khas yang memerlukan kebenaran untuk melihatnya. Kebanyakan manuskrip di jilid dengan baik. Ternyata orang Perancis sangat menghargai karya seni. Mereka meletakkan martabat seni di tempat yang tinggi.

Adam ralit ketika berada di sini. Adam pegang dengan cermat setiap manuskrip. Adam cium bau manuskip dan kadang-kadang daddy nampak Adam dakap erat manuskip yang Adam minati. Sungguh lama kita berada di sini. Daddy tahu Adam amat sukakan buku. Adam tak tidur ketika kita menghabiskan masa di sini. Pengunjung terlalu ramai yang datang melawat. Tidak kurang yang datang menelaah. Dan Adam begitu riang menyelak setiap halaman buku.

Antara banyak bahan yang di pamerkan, Abang Umar paling minat pada Kalender Aztek. Kalender ini begitu terperinci. Di gunakan oleh pendeta-pendeta Aztek untuk merancang upacara-upacara dan meramalkan hari-hari yang baik dan hari-hari yang tidak baik. Perpustakaan yang kita lawati ini di bina pada tahun 1792 yang sebelum ini menjadi milik raja. Selepas France National Convention perpustakaan ini di wartakan menjadi menjadi milik rakyat.

Kita juga melawat Basilique du Sacré-Cœur di puncak Butte de Montmartre di sebelah utara Paris. Reka bentuk  Sacré Cœur yang menawan telah di reka oleh Paul Abadie. Gereja ini mula di bina pada tahun 1875 dan siap pada 1914. Gereja ini memiliki kubah yang berwarna putih yang menjadi simbol Paris sejak tahun 1914. Pada tahun 1870-1871, Perancis telah mengalami kekalahan dalam Perang Perancis- Prussian. Warga Katolik Perancis mula mengumpul dana untuk membina gereja ini. Oleh sebab itu, gereja ini turut di kenali sebagai Sacred Heart (Hati Suci) yang menjadi simbol harapan dan kebangkitan Perancis.

Patung-patung Saint Louis dan Jeanne d’Arc  di letakkan pada teres bukit, di atas anak tangga yang curam menuju ke pintu masuk gereja ini. Menara Sacré-Cœur mempunyai Savoyarde iaitu loceng seberat 19 tan yang merupakan salah satu loceng terbesar dan mempunyai gema paling kuat di dunia. Daerah Montmartre mempunyai lebih dari Basilique du Sacré-Cœur. Masyarakat yang tinggal di bukit ini adalah masyarakat tertua dan daerah ini merupakan antara daerah yang terindah di Paris. Pada abad ke 19, daerah ini menjadi pusat para pelukis dan artis berkumpul.

Daddy rasa tak lama lagi Adam akan bangun. Mesti Adam lapar. Daddy akan menulis lagi untuk Adam. Semoga cepat sembuh.


Daddy
20140727