Lama
menghabiskan masa di Square du Vert Galant. Umar baca novel. Huda melukis. Adam mewarna. Saya cuma
dengar lagu dan termenung. Kadangkala melayan Adam mewarna. Datang seseorang
menyapa.
“Im kan? Where have you been? Tiba-tiba muncul”. Saya
cuma tersenyum dan kaget (barangkali). Siapa sangka saya akan menjumpainya di
sini. Saya mengenalinya. Cuba-cuba mengingat nama namun gagal.
“Jangan ambil
hati. Saya kenal tapi tak ingat nama”. Saya tak mahu dia kecil hati kerana saya
tak mengingati namanya. Saya harap benar dia tak berkecil hati.
“Min. Yasmin”. Okey.
Yasmin. Betul. Ini Yasmin. Kali terakhir berjumpa sewaktu zaman kampus. Terasa
cepatnya masa berlalu. Yasmin junior saya sewaktu di kampus dulu.
Kami berbual
pelbagai perkara yang kebanyakanya menyentuh hal kampus dan nostalgia zaman
remaja (kalau boleh saya katakan begitu).
“What happened? You look terrible”.
“Brain cancer. Stage 4"
Kami berborak
hampir dua jam sebelum dia minta diri untuk pulang. Dia perlu bertemu seseorang
atas urusan peribadi.
“Tak nak bagi contact number?”
“Belum beli lagi.
E-mel boleh?”
Dia ketawa.
Katanya zaman sekarang manusia tak lagi berhubung melalui e-mel. Whatsapp,
Viber, Line, WeChat dan segala macam aplikasi hampir mengambil alih tempat
e-mel.
“Give me your cell phone.
Nak masukkan nombor”
“Hand phone bateri habis”
Sebelum balik
dia sempat bertanya “Bila nak pergi London?”
“Dua minggu
lagi. Nak bawa anak-anak beli buku. Kenapa Min?”