Sunday, June 29, 2014

A love letter that I wouldn’t send to you #2

Abang demam. Badan panas. Esok pergi hospital pukul 9.00 pagi. Nak pergi buat rawatan tapi demam. Badan makin lemah.

Abang bawa anak-anak ke Île de la Cité. Île de la Cité merupakan jantung kota Paris. Di sini ada sebuah gereja yang sangat popular iaitu Notre Dame de Paris (Gereja Notre Dame). Antara bangunan kebanggaan Perancis yang di bangunkan pada abad ke 12. Ukiran bangunan bermotifkan gothik boleh di katakan antara yang terhalus di dunia.

Don terpaksa pikul (angkat) abang naik ke atas. Tak ada lif. Ada 387 anak tangga untuk di daki sebelum sampai ke atas. Pemandangan dari menara cantik. Nampak pantulan bangunan pada riak-riak air pun sudah cukup menggambarkan betapa Notre Dame mempunyai kualiti seni bina yang tinggi. Umar suka tengok batu grotesque yang bertanduk di kepala dan berparuh. Batu grotesque merupakan simbol popular di Paris.

Kemudian abang pergi Sainte-Chapelle. Bangunan yang di bangunkan oleh Saint Louis pada abad ke 13. Sainte-Chapelle di kenali kerana jendela kaca yang indah yang menggambarkan adegan-adegan yang di ambil dari Injil. Hiasan interiornya mewah.

Pilar dan lengkungan yang cantik kerana bersadur emas yang warnanya agak kontra dengan tembok dan langit-langit yang berwarna merah dan biru, di hiasi pula dengan fleurs-de-lis yang diperbuat dari emas.

Di Sainte-Chapelle terdapat Conciergerie (tempat penyiksaan). Conciergerie merupakan sebuah bangunan yang mencerminkan zaman suram dalam sejarah Perancis. Sel-selnya masih menunjukkan bekas-bekas kekejaman Revolusi Perancis dan derita tahanan sebelum di bawa ke tiang guillotine (alat pemenggal kepala). Abang tak lama di sini dan sayang tahu kenapa.

Keindahan Paris sebenarnya terletak pada Seine River yang mengalir dan berkelok-kelok membahagikan kota kepada dua daerah iaitu Rive Droite (sebelah kanan) yang terletak di utara sungai dan Rive Gauche (sebelah kiri) yang terletak di selatan.

Untuk menikmati pemandangan Seine River perlu menggunakan bateau mouche (perahu). Menggunakan bateau mouche, kita akan di bawa melewati bangunan-bangunan besar sekitar Paris. Dan sepanjang menyusuri Seine River, ingatan abang melayang mengingat sayang.

Terdapat sebuah jambatan yang melintasi Seine River yang di panggil Pont Neuf yang selesai di bina pada tahun 1604. Jambatan tertua di Paris berdekatan barat daya Île de la Cité. Di bawah jambatan terdapat sebuah lapangan kecil yang di panggil Square du Vert Galant. Taman yang cantik. Banyak pokok. Orang kata taman ini salah satu taman yang romantik di Paris.

Abang rindu sayang. Taklah banyak sangat – dalam dua titik. 

PS: Puasa tak? Hahaha
PS: Kalau minta kerja jadi pemandu pelancong lulus tak agaknya?


Segala Cinta,

Abang
 Square  du Vert Galant