Friday, December 27, 2013

[29]

“Come to bed early tonight sayang...boleh?”
Cair.  

***

Lambatnya nak tunggu hari Ahad.

[28]

Adam: Abang ada banyak duit?
Umar: Banyak.
Adam: Abang nak beli apa?
Umar: Ada luit macam-macam boleh beli.
Adam: Abang, Adam nak duit.
Umar: Budak tecik-tecik nak beli apa?
Adam: Adam nak beli macam-macam. Abang cakap ada duit macam-macam boleh beli.

[27]

Adam: Abang main bola dengan Adam.
Umar: Teleje banyak.
Adam: (Lepaskan hamster dari sangkar) Abang, hamster keluar.
Umar: (Kejar hamster) Daddy, habishlah luit adik dah lali.
Daddy: Laa...duit Umar terbang ke mana? Kenapa tak pegang elok-elok.
Umar: Bukan luit telbang. Amster dah lali.
Daddy: Adam nakal ye lepaskan hamster Abang Umar?
Adam: Abang tak nak main bola dengan Adam.
Daddy: Tak baik buat macam tu. Kesian Abang Umar kena kejar hamster.
Adam: Sekarang abang main dengan Adam. Abang kejar hamster. Adam kejar hamster.

Wednesday, December 25, 2013

21:27

1.

Minggu lepas Pusat Komuniti jalankan aktiviti mencari dan menyelamat kucing jalanan. Jumpa sekitar 30 ekor kucing. Terus hantar ke klinik haiwan. Doktor setuju beri diskaun 50% untuk rawat kucing-kucing jalanan ini. Beri ubat, mandikan dan carikan tuan.

Minggu ini semua kucing sudah bertuan. Umar kaya! Umar sasarkan hendak mencari 200 ekor kucing. Cuma jumpa sekitar 30 ekor sahaja. Sabtu ini aktiviti ini akan di jalankan lagi. Kucing masih di klinik. Masih ada yang belum di beri rawatan.


2.

Jumpa seekor monyet di tengah-tengah jalan. Monyet cedera di perut. Rasanya di langgar kenderaan. Monyet ini tak dapat bergerak. Nampak merah-merah di  perut (tali perut sudah terjuntai). Monyet ini memandang sayu. Mengharapkan ada manusia sudi membantu.

Bawa ke klinik dan di beri rawatan. Monyet ini selamat tetapi belum pulih. Bila sudah sembuh nanti akan hantar semula ke kawasan yang di jumpai. Monyet ini masih kecil. Tentu ada keluarga.


3.

Volkswagen Kombi telah di hentikan pengeluarannya. Sempat  bida empat buah van untuk di jadikan koleksi peribadi. Harga pasaran Malaysia sekitar RM 46,000. Van ini sangat luas dan selesa. Sesuai juga di jadikan karavan.

Rumah Pokok di jangka siap hujung Febuari. Bila siap nanti van akan di letakkan di sana. Huda sedang siapkan lakaran untuk bina rumah kecil buat kucing-kucing Umar dan hamster Adam.


4.

Sedang mencari sebuah bot untuk bersiar-siar sambil bawa Adam memancing ikan. Berada dalam bot dan lihat matahari terbenam juga amat menarik. Ada sebuah Rumah Pokok, Volkswagen Kombi dan sebuah bot terasa segalanya lengkap.

Set buku akan di pindahkan ke Rumah Pokok. Boleh membaca di sana.


5.

Sudah beberapa kali mengikuti kelas braille tapi masih belum pandai membaca. Perlu usaha lebih kuat lagi. Suka atau tidak, ini adalah persediaan untuk menempuh hari-hari yang lebih mencabar di masa akan datang.

Anak-anak pun cuba belajar sama. Seronok kata mereka.


6.

Tak sempat bawa anak-anak melawat Candi Lembah Bujang. Terasa sebak dan sedih bila candi ini di robohkan kerana sikap pemaju yang bebal sejarah. Alasan yang di berikan amat tidak masuk akal. Candi yang akan di bina semula tidak sama nilainya dengan candi yang telah di robohkan.

Sebaknya amat terasa.


7.

Tahniah sayang sebab berjaya turunkan 1kg. Usaha tangga kejayaan!

Thursday, December 19, 2013

Walau Hanya 1%

1.

Beberapa hari berada di ICU. Doktor kata peluang amat tipis sekali. Dapat bertahan hingga tahap ini merupakan satu pencapaian yang mengagumkan. Ramai pesakit kanser yang meninggal dunia. Tetapi ada juga yang sembuh. Buat pesakit kanser, jika mempunyai peluang untuk hidup cuma 1% sekalipun, pasti ramai yang akan cuba mengambil peluang. Walau hanya 1%.

Kesakitan, kalau di layan akan menjadi lebih teruk.


2.

Umar dan Huda sudah balik dari mengembara. Umar kata banjir di Palestin agak teruk juga. Umar dan Huda membantu Ocio bersama kawan-kawannya mengagih bantuan untuk rakyat Palestin. Ini merupakan pengalaman pertama anak-anak melalui situasi banjir, pengalaman di tempat orang pula.

Umar dan Huda juga ke Syria memberi bantuan. Musim sejuk di Syria berada di tahap yang membimbangkan. Sekurang-kurangnya 12 kontena (lagi) di perlukan untuk menghantar bantuan kepada rakyat Syria untuk mereka menempuh musim sejuk ini.

Kawan Umar bernama Yazid kehilangan ibu akibat cuaca sejuk di sana.


3.

Krew Pusat Komuniti menghantar bantuan kepada mangsa banjir di Pahang dengan dua buah van. Ada beberapa individu yang menelefon untuk bertanya status barangan yang di hantar. Rupa-rupanya krew Pusat Komuniti menggunakan nama Kelab Remaja Rosak Akhlak (KRRA). Patutlah ada individu “besar” yang menelefon bertanya itu dan ini.

Hilmi selaku ketua projek menjalankan program agihan bantuan banjir dengan baik sekali. Dia jugalah individu yang bertanggungjawab memberikan nama KRRA. Hilmi kata dia hanya bersikap sarkastik kepada individu-individu yang bertanya.


4.

Minggu lepas, dua orang bayi di buang di Pusat Komuniti. Kedua-duanya bayi lelaki. Di buang berdekatan tong sampah. Masih bertali perut. Hampir setiap hari ada kes pembuangan bayi. Di Ipoh, beberapa bulan lepas ada seorang bayi baru lahir di kelar menggunakan pisau cukur (untuk membuatkan bayi tersebut diam – bagi menyembunyi kelahiran dari pengetahuan umum).

Tak apalah buang di Pusat Komuniti dari di bunuh hidup-hidup.


5.


Selamat berdiet sayang!

Thursday, December 12, 2013

2:22am

1.

Aku kembali lagi. Mengutip memori yang saja aku tinggalkan di sini. Carl, sekolah kita masih tidak berubah. Susun aturnya masih sama cuma ada penambahan dewan. Dewan baru berhampiran asrama.

Kedai makan tempat kita melepak dulu sudah tiada lagi. Orang di sini kata kedai itu sudah muflis. Aku cuba mengingat nama kedai tapi aku gagal. Aku rasa nama kedai itu Kinto. Restoran Kenas juga sudah muflis. Studio Zai Am tempat kau jamming dulu masih ada. Pemilik yang sama.


2.

Aku ke rumah Aunty Mai. Rumah kesayangan kita semua. Rumah masih bersih. Aku rasa Uncle Rizal ada ke sini – membersihkan habuk dan debu. Sejak kau tak ada, tak ada sesiapa yang rajin ke sini. 

Hampir berbelas tahun berlalu. Uncle Rizal masih setia. Sesetia bulan pada langit malam. Cinta selalu membuatkan kita celaru. Aku tak berjumpa dengannya. Kalau berjumpa pun aku rasa aku tak lagi kenal dia. Sosok yang aku tak begitu ingat.


3.

Adam merengek. Dia rindu Umar. Jadi aku bawa dia ke sini. Dia kanak-kanak yang periang. Kawannya baru saja meninggal akibat kegagalan fungsi buah pinggang. Aku jarang mengingat kau sebagai adik. Kau seperti seorang abang pada aku.

Aku teringatkan Om beberapa hari lepas kemudian Am seterusnya Poci dan Iman. Kalau semua masih ada aku rasa kita keluarga paling gembira di dunia. Aku selalu harap Om meninggal bukan kerana bunuh diri. Aku cuba sedapkan hati. Aku rasa kecewa dan tak mampu memikirkan tentang itu.


4.

Apabila terbaca kisah seorang pemuda menjadi atheist akibat tidak tahan dugaan hidup, ingatan aku melayang pada kau. Dugaan hidup selalu membuatkan kita goyah. Aku percaya kau manusia yang sangat baik sungguhpun setiap malam kau bertemankan botol arak di pantai. Aku percaya kau bukan seorang pemabuk. Kau minum untuk melepaskan rasa di hati.

Rasa Tuhan bebankan kau dengan dugaan yang maha berat. Rasa Tuhan tak pernah sayangkan kau. Sejak kecil hingga meningkat dewasa hidup kau tak pernah surut dengan dugaan. Kau pilih jalan yang paling Ummi kesali – minum arak. Setiap orang yang mengenali kau amat kecewa dengan jalan yang kau pilih.


5.

Aku selalu tanya pada diri sendiri. Kenapa Tuhan suka uji manusia? Kenapa manusia selalu di datangi ujian yang berat. Om pilih untuk bunuh diri. Kau pilih untuk mabuk. Aku juga pernah pilih untuk bunuh diri dan keluar dari agama yang aku anuti.

Aku tak pernah berniat untuk keluar agama. Cuma lintasan itu selalu bermain di fikiran. Tidak ada siapa yang mengetahuinya. Lintasan itu cuma datang bila aku tertekan di himpit dugaan yang berat termasuklah sakit yang aku tanggung ini.

Dan aku masih waras dan itu bukan punca aku berminat untuk belajar teologi.


6.

Aku harap malam ini bila aku tidur aku akan kembali ke zaman ketika kita masih kecil. Kalau kau jumpa Ummi, tolong cium pipi Ummi untuk aku. Aku sangat rindukan Ummi.


Semoga kita dapat berjumpa lagi.

Monday, December 09, 2013

2:54am


1.

Tak banyak perkara berlaku. Anak-anak masih mengembara. Mengutip ilmu dan teladan. Adam balik awal. Adam rindu daddy. Ocio “pos” Adam bersama kawan dia. Huda dan Umar bersama Ocio. Kini mereka di Iran. Umar ingin melihat sendiri komuniti Syiah di sana.

Sudah 3 ekor anak kucing mati. Seekor mati di kerat-kerat badannya (di cincang lumat). Dua ekor lagi mati akibat keracunan. Jiran lemparkan makanan dan kucing makan. Kucing yang masih ada di rumah telah di kurung di dalam sangkar. Tak bebas keluar jika tiada sesiapa di laman rumah.

Takut juga kalau jiran mengganas lagi.


2.

Hasrat untuk menyambung pelajaran tidak kesampaian. Berminat untuk sambung Ijazah Sarjana Muda dalam bidang pendidikan. Permohonan di tolak dengan alasan Orang Kurang Upaya tidak sesuai mengambil kursus pendidikan. Tidak pasti sama ada di Malaysia OKU boleh menjadi guru atau tidak. Jika ya, adakah guru OKU di benarkan mengajar murid normal atau guru-guru OKU hanya di benarkan mengajar pelajar-pelajar OKU sahaja?

Permohonan untuk menyambung pelajaran peringkat Sarjana juga di tolak dengan alasan yang sama.


3.

Pusat Komuniti di minta menamatkan perkhidmatan kerana di dakwa melatih kader-kader militan. Hal ini berpunca dari  poster puisi Widji Thukul yang di gantung sekitar Pusat Komuniti. Peminat Widji Thukul pasti tahu gaya penyampaian puisi-puisinya. Minta Don turunkan poster puisi tersebut tapi di tentang keras oleh beberapa remaja. Mereka kata “Pakcik tak sepatutnya takut dengan pihak penguasa”.

Dan poster pun tidak di turunkan.

4.

Pesta Buku 1Malaysia akan berlangsung 11 Nov ini. Big Bad Wolf sedang berlangsung. Kalau pesta buku dapat di jalankan di bandar-bandar kecil lebih baik. Masyarakat di bandar sudah terasuh dengan budaya membaca. Bahan bacaan juga mudah di dapati.

Masyarakat di kampung  dan pekan-pekan kecil mengalami pelbagai kesulitan untuk mendapatkan bahan bacaan berkualiti. Jika tumpuan banyak di berikan kepada masyarakat bandar dalam semua aspek kehidupan, masyarakat di pekan dan bandar-bandar kecil akan terus ketinggalan dalam arus pembangunan Sekali-sekala pesta buku di adakan di kampung-kampung dan pecan-pekan kecil apa salahnya.


5.

Semoga semuanya baik-baik saja buat Umar & Huda.