Friday, April 26, 2013

Muhammad Spatikush


Daddy: Umar main bola dengan siapa tadi?
Umar:  Dengan kawan adik.
Daddy:  Apa nama kawan Umar tu?
Umar: Spatikush. Muhammad Spatikush.
Daddy: Muhammad Spatikus? Pelik je.
Huda: Spartacuslah adik.
Umar: Betullah adik tebut. Spatikush.
Huda: Kakak nampak adik belanja adik Spartacus ais krim.
Umar: Adik dia nama Angelina. Kakak tangan nak goship.
Huda: Kakak tak ada cakap apa-apa pun. Kan daddy?
Daddy: (angguk)
Umar: Adik mana ada fair tengan dia.
Daddy: Amboi Umar! Dashyat je ayat kan. Meh sini daddy nak tengok Umar ni.
Umar: Daddy nak tengok apa?
Daddy: Daddy nak check betul ke anak daddy ni kecik lagi. Macam besar sangat dah.
Umar:  Heeeee adik tecik lagi. 

Thursday, April 18, 2013

4.04am


1.

Tiba-tiba Umar berbaik dengan Adam. Umar ajak Adam main, belanja Adam ais krim (Adam ambil kesempatan minta ais krim paling mahal dan ajaibnya Umar tak marah pun), lapkan mulut Adam (Umar tak suka adik dia comot) dan tengok TV sama-sama.

Perkembangan yang sihat. Masih mushkil kalau-kalau Umar ada agenda lain memandangkan Umar agak licik pemikirannya. Umar suka kenakan Adam. Umar jarang melakukan sesuatu perkara tanpa sebarang niat.

Umar tak kenakan Adam. Lega.


2.

Aiman datang rumah semalam dalam keadaan serabai dan berbau hapak. Katanya sudah dua minggu dia balik dari Jepun. Dia rindukan Adam. Aiman tak hadirkan diri di mahkamah untuk bicarakan kes penjagaan Adam. Kes di anggap selesai di luar mahkamah.

Tak pasti sama ada Aiman datang untuk ambil Adam atau sekadar melawat. Umar nampaknya tak begitu selesa dengan kehadiran Aiman. Umar takut Aiman ambil Adam.

Jujurnya, kalau Aiman berniat untuk ambil Adam kembali kali ini, rasanya biarlah Aiman ambil. Tak ada ayah dalam dunia ini yang tak sayangkan anak dia. Rasa berdosa juga kerana panjangkan kes ke mahkamah dulu. Kasih sayang seorang anak tak dapat di pisahkan daripada ayahnya.


3.

Adam seperti tak begitu mengenali Aiman. Dia seakan enggan bermesra dengan Aiman. Bila Aiman ajak dia bermain pun dia tak nak. Seperti biasa, jam 2 pagi dia akan bangun dan minta susu. Adam akan tidur dengan daddy sampai Subuh. Selalunya Adam tak tidur. Adam akan ajak daddy main lego, bacakan dia buku atau paling mudah menonton TV. 

Tentulah kalau Adam tak mahu tinggal dengan Aiman tak ada sesiapa boleh paksa Adam untuk lakukanny. Perasaan Adam perlu fikirkan juga. Semuanya untuk kebaikan Adam. Kalau Aiman hendak ambil Adam semula – tak ada perkataan lain untuk tenangkan hati selain redha. Sebenarnya, dalam hati berharap juga agar Adam tak ke mana-mana.

Daddy sayang Adam. Daddy tahu Adam pun sayang daddy. Adam tak boleh tidur kalau daddy tak ada. Adam akan ambilkan tuala bila daddy batuk. Adam akan peluk dan temankan daddy bila daddy tak larat. Daddy tahu Adam sayangkan daddy.


4.

Hari ini kita dapat bercakap lebih kurang 10 minit sebelum awak masuk tidur. Seperti biasa, rindu saya masih berbekas. Sampai bila-bila pun rindu saya tak akan habis. 

Selamat pagi, sayang. Selamat bekerja seikhlas hati.

Rahsia


Umar: Daddy nak undi apa?
Daddy: Undi adalah rahsia.
Huda: Adik bukan boleh undi lagi.
Umar: Adik plihatin. Kakak tengki.
Huda: Adik bukan tahu apa-apa pun.
Umar: Adik tahu temua lahsia telajaan.
Daddy: Amboi! Dahsyat je Umar ni kan. Mana Umar tau?
Huda: A’ah mana adik tahu?
Umar: Lahsia. 

Selamat Hari Lahir (yang terlewat), sayang!


12  tahun dulu.


Pencarian.

Orang tani mengambil nipah,
Hendak di bawa ke Inderagiri,
Seluruh alam kucari sudah,
Belum bersua pilihan hati.


Titik mula. 

Dari mana punai melayang,
Dari paya turun ke padi,
Dari mana datangnya sayang,
Dari mata turun ke hati.


Cuba memikat

Burung terbang menarik rotan,
Lalu hinggap di kayu jati,
Tujuh gunung tujuh lautan,
Belum dapat belum berhenti.


Kena reject

Berdesir angin di rumpun bambu,
Sayup terdengar di waktu pagi,
Hancur hatiku menanggung rindu,
Orang di rindu tidak peduli.


Putus harap.

Buah selasih si putik pauh,
Buat santapan di pagi hari,
Orang kukasih semakin menjauh,
Rasa tak mungkin bertemu lagi.


Dalam genggaman.

Apa guna pasang pelita,
Kalau tidak dengan sumbunya,
Apa guna bermain mata,
Kalau tidak dengan sungguhnya.


Gila bayang.

Buah jambu di sangka kandis,
Kandis ada di dalam cawan,
Gula madu di sangka manis,
Manis lagi senyuman puan.


Berjanji.

Hilir rakit berkajang kain,
Di mana teluk singgah bertimba,
Niat tidak pada yang lain,
Adinda seorang tiadalah dua.


Berjauhan.

Dua paya satu perigi,
Seekor bujuk anak haruan,
Puan di sana saya di sini,
Bagai pungguk rindukan bulan.


Mula merindu.

Tinggi bukit Gunung Siantan,
Budak-budak melambung telur,
Puan di sana rindu tak makan,
Saya di sini rindu tak tidur.


Memasang impian

Sayang Musalmah pergi ke taman,
Hendak memetik sekuntum bunga,
Sudah ada dalam genggam,
Bilakah dapat hidup bersama.


Hari ini dan selamanya.

Layang-layang di atas bukit,
Kayu tengar dari seberang,
Cinta sayang bukan sedikit,
Racun penawar puan seorang.


Selamat Hari Lahir sayang! Tanggal 12 April, hari Jumaat yang istimewa. Saya masih dan akan menyayangi awak seperti 12 tahun yang lepas. Saya juga coretkan 12 pantun berdasarkah setiap takah yang kita lalui bersama. 

Awak tahu...saya merindui zaman ketika saya selalu menelefon awak dari jauh semata-mata untuk bacakan awak serangkap pantun. Saya akan tersenyum sepanjang hari. 


*Pantun di petik dari Sekalung Budi Seuntai Bahasa

Wednesday, April 10, 2013

[20]


1.

Saya patut keluar awal macam biasa dan terus ke masjid. Mungkin sebab seharian awak sibuk dan bila balik saya pun sudah tidur jadi saya ambil keputusan untuk tak ke masjid Subuh tadi. Baru nak bercakap, awak kena keluar rumah.

Tak, saya tak marah.


2.

Nurse salah beri suntikan. Suntikan yang hampir bawa maut. Tiba-tiba selepas suntik susah nak bernafas. Saya rasa bergelut. Saya rasa tak ada harapan. Tapi saya cuba juga sehabis daya. Mujur saja nyawa saya masih bersisa.

Doktor bagi morfin. Kena ambil macam biasa.


3.

Petang tadi hujan lebat. Sejuk. Badan saya cramp. Boleh tak kalau awak peluk saya erat-erat? Saya rasa sejuk sangat. Lapan helai t-shirt saya pakai. Tiga helai baju sejuk. Enam lapis stokin. Enam lapis selimut. Tapi masih sejuk. Badan saya menggigil. Saya tak boleh tidur.

Tadi telinga dan hidung berdarah. Saya cuba makan tapi batuk teruk. Muntah berdarah. Saya cuma makan ubat tapi kemudian muntah juga. Kepala saya masih rasa sakit. Kali ini betul-betul saya rasa macam nak hentak kepala kuat-kuat ke dinding bagi rasa sakit hilang.


4.

Hari ini saya tak pergi dialisis.

Saya tak ada mood.
Saya tak ada kawan nak sembang.
Saya tak ada kawan nak tengok rintik hujan.


5.

Saya rasa marah. Entah siapa yang saya marahkan. 

Monday, April 08, 2013


5.30 pagi.

Adam menangis. Umar menyamar jadi hantu dan sakat Adam. Nyaris Adam tak terjatuh dari tangga. Lepas setengah jam baru Adam dapat tidur. Umar memang nakal. Lepas menyakat, dia terus pergi masjid.


3.30 petang

Umar menangis. Adam tolak Umar masuk dalam kolam renang. Bila Umar masuk rumah nak mengadu, Adam pun ikut dari belakang. Sepanjang Umar mengadu – Adam gelak sakan. Sungguh-sungguh dia gelak. Puas hati agaknya. Dendam berbalas eh?

Umar demam terkejut

Baby Girl

Huda: Kakak rasa kalau kita ada adik girl mesti best.
Umar: Adik tak nak.
Daddy: Heeee daddy pun suka ada baby girl. Haa mama lagi suka (excited)
Huda: Kan daddy? Mesti best. Boleh pakai gaun, eeeee comel!
Umar: Hali tu takap ada adik tecik boy. Adik tecik girl nak datang. Adik tak nak.
Daddy: Daddy nak!
Huda: Kakak pun!
Umar: Adik nak lali dari lumah. Adik asyik tene buli.
Huda: Adik yang buli Adam tau.
Umar: Kakak tukeeeee tayang adik tecik-tecik tu.
Daddy: Nanti Abang Umar ada 2 adik! Yeay!
Umar: Tape Abang Umar?
Huda: Eleh...adik la.
Umar: Adik ni tecik lagi. Tak nak jadi abang.
Daddy: Boleh pulak main tak nak tak nak. Nak jugak. Nanti dapat baby girl.
Umar: Tiba-tiba adik lase adik demam panash.
Huda: Hahahaha

Perfect Sunday


Secangkir kopi suam tersedia di atas meja. Di sisip bersama sebuah buku lama. Alunan lagu-lagu jazz memenuhi ruang.

Cuaca yang redup dan nyaman. Sambil hirup kopi dan pandang pemandangan.

Hari Ahad yang sempurna bila awak ada dengan saya.

:)

Saturday, April 06, 2013


Umar: Adik nak tumpang mandi bilik air daddy.
Daddy: Boleh. Bilik air Umar ada rosak apa-apa ke?
Umar: Tak losak. Adik tak nak bilik air adik kotor.
Daddy: Okey... Macam tu eh?

***
Daddy: Kenapa tak lap kepala tu?
Umar: Adik lupa.
Daddy: Meh daddy lapkan.
Umar: Okey!
Daddy: Daddy lupa...tangan daddy tak boleh angkat. Macam mana nak lap.
Umar: Adik tunduk kepala. Adik letak tangan daddy atas kepala adik. Adik pegang tangan daddy. Adik gerak-gerak macam ni.
Daddy: (senyum)

Rindu belum terurai.


1.

Mata masih pedih. Kadang-kadang kabur dan mengambil masa untuk pulih. Mata yang kabur sebelah kiri. Mata kanan tak lagi berfungsi. Guna kanta pembesar untuk membaca tak praktikal sebab tangan tak boleh di gerakan.

Beberapa hari hanya berbaring. Rasa seperti lemah seluruh badan.


2.

Teringin nak pijak rumput. Petang semalam Umar ajak pergi taman. Rehat dalam 15 minit kemudian balik ke rumah. Tak tahan angin luar. Tak hujan, panas pun tidak. Cuaca yang nyaman untuk merehatkan badan.

Tapi badan tak lagi selesa bila di sapa angin. Keluar dengan memakai 3 lapis baju, jaket, snow cap, stokin  3 lapisan dan sarung tangan.

Umpama berada di musim sejuk.


3.

Saya rasa sunyi bila awak makin sibuk tapi saya faham tugas awak memang berat dan memenatkan. Kita jarang berbual. Bila awak balik rumah dalam keadaan stres, saya tak mahu kacau dan tambahkan beban yang awak hadapi.

Bekerja dengan manusia lain memang sukar. Manusia ada pelbagai kerenah yang sukar kita terima. Kerenah yang luar biasa menguji tahap kesabaran kita. Semua itu lumrah. Saya harap awak menjadi semakin kuat. Banyak lagi dugaan yang akan awak hadapi.

Dunia tak menjanjikan kesenangan.


4.

Saya tak berasa kehilangan walaupun kita jarang luangkan banyak masa bersama. Ia sesuatu yang aneh. Perasaan kita terlalu peribadi untuk di kongsi dengan semua orang. Ada hal-hal lebih indah kalau kita sahaja yang merasanya tanpa berkongsi dengan sesiapa.

Rasa itu peribadi sifatnya.


5.

Rindu belum terurai. 

Wednesday, April 03, 2013

Sikit Hari Lagi...


1.

Rancangan untuk melawat projek syarikat yang giat di jalankan harus di batal. Penglihatan semakin teruk. Sepanjang dua hari hanya baring di katil. Kepala makin sakit. Mata semakin pedih.

Doktor tak boleh buat apa-apa lagi...


2.

Walaupun doktor tak cakap tapi hakikatnya mata kiri akan hilang deria penglihatan pada bila-bila masa sahaja. Kemudian mata kanan.

Selepas ini...apa-apa pun tiada lagi.


3.

Saya masih cuba untuk menerima.

Bagaimana nanti kalau dunia tiba-tiba menjadi kelam dan gelap?


4.

Untuk kali ini saya tak menangis lagi.