Bahagia itu tidak pernah ada ukuran.
Sesuatu yang subjektif untuk di perdebatkan. Sesuatu yang infiniti. Ada orang
bahagia walaupun kena pukul hari-hari. Kebahagian
sukar di perhitungkan. Tiada ukuran universial untuk mengukur bahagia. Saya
masih berasa bahagia walaupun sering berduka. Seperti pelangi datang selepas
hujan.
Saya cuba lenyapkan rasa duka dalam
hati. Tapi perasaan tak boleh di lenyapkan sampai mati. Sampai bila-bila pun
perasaan sayang, sedih, kasih, suka, gembira tetap wujud. Sebabnya manusia di
lahirkan bersama entity bernama akal.
Akal yang mencipta rasa; bahagia, sakit,
derita, suka, sedih, sengsara. Untuk mewujudkan segala rasa, otak perlu di bangkitkan dahulu.
Hidup memang penat kerana kita bergelut
dengan kehidupan dunia. Setiap satu daripada manusia akan merasa pelbagai rasa
dalam satu detik yang sama. Saya selalu mengeluh kerana penat merasa sakit yang
semakin hari semakin bertambah. Saya cuba bersabar tapi tembok kesabaran runtuh
juga kadang-kadang. Manusia biasa.
Saya cuba bangkitkan cas positif dalam
otak.
Tahun depan banyak perkara menanti.
Antaranya graduasi. Manis, dia bakal menyarung jubah. Harap-harap saya masih di
sisi ketika itu. Atau mungkin saya sudah berhijrah ke alam lain. Harap tidak.
Saya tak mahu lihat airmatanya berderai.
Pernah terfikir untuk kehilangan
orang-orang yang kita sayang? Kehilangan amat pahit. Hari-hari kita doa supaya
orang-orang ini tetap terpelihara dengan kita; di samping kita selalu. Kita
takut nyawa mereka di ambil. Mereka, pinjaman dari Tuhan. Cukup tempoh dipulangkan.
Bagaimana kalau dia pergi dulu sebelum
saya? Bagaimana hari-hari saya nanti? Ketakutan ini tak ada bezanya, sayang.
Saya tetap takut kehilangan. Takut hilang awak dalam kehidupan saya. Saya doa
Tuhan jangan ambil awak dari saya. Saya doa supaya Tuhan tak ambil saya. Kalau
boleh saya nak hari-hari tua saya; awak ada.
Tapi...kalau sakit saya bertambah
teruk...saya akan bebankan awak. Saya akan tambah kesedihan awak. Saya tak mahu
itu. Kalau macam tu saya lebih redha Tuhan ambil nyawa saya.
Walaupun sakit saya bertambah teruk.
Saya tak mahu banyak merungut. Biar saya pendam diam-diam. Saya kedekut. Saya
tak mahu kongsi dengan awak. Saya tetap mahu senyum depan awak walaupun awak
sendiri tahu senyuman saya kadangkala palsu. Terima kasih kerana masih sudi
berbagi kasih dengan lelaki seperti saya.
Saya cuba tidur. Tapi tak boleh. Gusi
masih bengkak, sakit. Berdarah.
Selamat malam, sayang. Bangun nanti,
kena senyum panjang sebab awak on call
sampai malam. Mesti rindu saya nantikan?