Monday, October 20, 2025

"Abang kalau boleh nak guna bata merah tapi memang tak boleh kalau low cost. Bata kita boleh beli, nak plaster makan modal. Kerja renyah. Lambat"
"Banyak aje kita tengok rumah mahal guna bata putih. Banyak dia orang untung"
"Rumah 400 ribu, modal kadang tak sampai 100 ribu pun. Barang tak beli hardware. Order kilang. Contoh kita beli hardware simen 1 paket RM 23, kilang tolak tak sampai RM 10. Tu baru simen. Batu cari kuari. Beli besi dekat kilang tak habis guna. Kadang untung satu projek boleh tapau barang modal untuk next projek"
"Astu kalau untung kenapa jual mahal? Harga acam tak masuk akal"
"Yela, dah harga tanah mahal. Kos bina rumah tak mahal mana. Tanah sekaki dah berapa sekarang. Pecah lot individu nak bayar dekat Pejabat Tanah pun dah puluh ribu belum campur birokrasi nak cop itu ini. Masa kita buat pelan, sebelum summit kena cop. Cop tu harga RM 3,500, swasta. Naik office kena tendang, ulang buat lagi, cop lagi. Keluar lagi RM 3,500 sampai lulus. Tu baru satu cop. Hantar pulak pelan rumah, sekali buat dalam RM 700 harga zaman dulu. Majlis tolak, buat lagi. Kadang buat pelan sampai puluh ribu"
"Ha'aaaaaa la. Tak terfikir"
"Kalau syarikat kecik, Melayu pulak mana nak dapat harga murah macam Cina dapat. Bukan senang nak dapat line, deal direct kilang. Nak dapat simen bawah RM 10 kena baling duit dekat kilang RM 650,000 macam cagaran"
"La ye ke?"
"Ha. Bukan senang nak dapat. Kadang kena cari orang adjust. Tu kedai buku kesayangan Ara tu, kalau tak ada introducer jangan mimpi publisher senang-senang dapat masuk situ"
"Sama aje la"
"Standard je tu. Banyak company buat. Kita nak yang trusted. Tak nak deal dengan mana-mana orang yang kita tak kenal"


13/10