Tuesday, August 26, 2025

Walaupun kita berkahwin dengan seorang wanita tetapi hakikatnya kita berkahwin dengan 'tiga orang' wanita.

Pertama, dengan 'siapa yang kita jangkakan' sebelum wanita itu berkahwin dengan kita.

Kedua, dengan 'siapa yang sebenarnya dia', yakni sebaik dan sedikit waktu setelah dia berkahwin dengan kita.

Ketiga, dengan 'siapa dia setelah begitu lama' berkahwin dengan kita...

Antara semua yang di atas itu, 'siapa dia setelah begitu lama' berkahwin dengan kita itulah yang paling penting.

Maksudnya, bagaimana kita berjaya mengubah wanita itu menjadi lebih baik setelah lama kita bergaul dengannya.

Apakah setelah berkahwin kita mampu mendidik, membimbing dan memimpinnya untuk berubah daripada kurang baik kepada lebih baik?

Maka begitulah jualah apabila kita bersahabat dengan seseorang. Kita juga bersahabat dengan 'tiga' orang. Pertama, siapa dia sebelum kita bersahabat dengannya.

Kedua, dia yang sebenar setelah mula bersahabat dengan kita. Dan akhirnya siapa dia setelah lama bersahabat dengan kita.

Jika orang itu kurang baik, maka mudah-mudahan dia akan jadi lebih baik apabila kita bergaul dengannya.

Jika dia memang baik, mudah-mudahan kebaikan itu mampu kita teladani untuk kita juga menjadi insan sebaik dirinya.

Maka begitulah sewajarnya hubungan dua orang beriman, wajib saling memperbaiki antara satu sama lain.

Kita berkawan bukan dengan malaikat. Kita bermusuh bukan dengan 'syaitan'. Sahabat kita hanya seorang manusia. Dia tidak sunyi daripada kejahatan dan dia juga punya potensi untuk melakukan kebaikan.

Apabila tangan kiri kotor dan tangan kanan kotor, kita akan temukan keduanya untuk saling membersihkan sesama sendiri. Akhirnya, kedua tangan yang kotor itu menjadi bersih.

Maka begitulah perumpamaan antara kita dan sahabat. Mesti berinteraksi dan berkomunikasi secara harmoni atas prinsip saling berpesan dengan kebenaran dan kesabaran.

Masa silamnya penting tetapi masa kininya lebih penting. Dan paling penting sekali ialah masa depannya.

Jangan dihukum masa kininya dengan kesalahan masa silamnya. Ayuh manfaatkanlah masa kininya untuk membina masa depannya yang lebih cemerlang.

Semua itu hanya dapat dicapai dengan kasih sayang. Dan kasih sayang itu datang daripada iman. Hanya keakraban dengan Allah mampu membina keintiman dengan insan.

Ingatlah, kita boleh menyayangi tanpa memimpin, tetapi kita tidak mungkin memimpin tanpa menyayangi.

Jangan ada kebencian. Jangan ada kedengkian. Mungkar tidak akan dapat dicegah dengan kemungkaran. Mazmumah tidak akan dicegah dengan mazmumah.

Kesukaran mendidik diri seharusnya menimbulkan kesabaran mendidik orang lain. Jangan cepat menghukum hingga tidak sempat memberi kasih sayang...

Mengingatkan bukan kerana nama. Bersuara bukan kerana harta. Berpesan bukan kerana kuasa. Semuanya kerana kita hanya hamba... hamba yang berdosa!


(Facebook)

_

"Baca astu ingat abang. Laki kita ni kan penyabar tau ustaz. Dia acam tak pernah marah kita. Salah kita selalu buat dia marah"
"Mengaku"
"Kita cakap dalam hati aje. Acam mana awak dengar?"
"Sabar je la"


17/8
"Handphone boleh block, kan? Ara tekan je. Buat apa habis tenaga gaduh"
"Masalahnya dia cakap pasal abang. Fitnah tak pandang kiri kanan"
"Block je, Ara. Biar dia. Layan pun tak ke mana. Bukannya kurang duit dalam poket abang"
"Emang la tapi kita geram"
"Hidup dalam dunia ni ada kala kena pekakkan telinga. Kalau kita ambil pusing semua benda, tak ke mana. Buang masa, habis tenaga, tak dapat apa. Kita boleh abai, kita abai. Sampai waktu dia letih diam la tu"


19/8
"Am I doing the right thing?"
"Anything you do for your own peace is the right thing"
"Hmm…"
"Take your time. Process it slowly. There’s no need to hurry"
"Okay"
"You’re not erasing history. You’re just placing it behind you. To move on, you need to let the past stay in the past"
"Okay"
"I’ve got you, hun"
"Kalau Ara nak, kita stay sini. Ara boleh ambil kes. Abang tengok Ara happy je. Rasa bersalah bawa Ara jauh-jauh"
"Kita okey aje kerja mana-mana as long kita ada abangggg"
"Ye je"
"Yeeee. Tak percaya belah dada. Ehhh nooo abang ke lain nanti"
"Abang jugak"
"Relaks je orang makan cendol kedai Cina. Halal tak"
"Cendol, bang mesti halal"
"Ada tak halal. Cendol guna gelatin babi. Cina pakai sebab murah. Susah putus, elastik, springy. Kalau guna tepung senang putus sebab lembut"
"First time dengar"
"Sekian, ilmu baru untuk hari ini"
"Abang puasa, kan?"
"Ha"
"Jom pergi Cameron, buka puasa sana. Kita belanja"
"Bila?"
"Now"
"Lepas tu balik?"
"Ha'a"
"Betul ke?"
"Yeeeee"


14/8
_

"Bang, jom naik Jenting jab"
"Buat apa?"
"Jalan-jalan"
_

"Bang, kita pergi Tioman nak tak?"
"Agak dah. Tak boleh. Minggu ni ada hal. Lain kali okey"
"Alaaa"
"Tak boleh, sayang"
"Acam melting jab, acam nak eskrim"
"Ha jom cari"


15/8
"Memang la semua perempuan nak dia dah nafkah bini sebulan RM 13 ribu"
"Babtu perempuan suka laki orang. Dah terbukti mampu. Bini first 13k, second 13k"
"Ada member bagi sebulan RM 22 ribu tapi bini curang jugak. Kesian dia kerja teruk bini main lain tapi dia memang jarang ada rumah"
"Tak bersyukur"
"Laki bagi Range Rover. Dia pergi bagi skandal guna. Mana tak berasap laki"
"Dia nak apa eh? Laki baik, nafkah melimpah. Tak faham kita"
"Biasa kes bini curang mesti dapat laki baik. Mana-mana kes pun. Jarang dengar bini curang laki perangai teruk. Kalau media cover mesti ada cerita laki kerja macam-macam sebab nak senangkan bini. Jenis tak biasa makan terajang buat laki macam-macam. Tengok perempuan dapat laki angkat tangan, mana ada kes curang. Nak fikir curang pun tak sempat. Ni banyak free time, tidur atas duit, hidup senang mana tak buat perangai"
"Ha'a, kan? Kita tak perasan"
"Abang kan penganalisis handsome hehe"


16/8
"Pokok ni nama kelentit kering. Bagus buat ubat"
"Ubat apa, bang?"
"Batin lelaki. Asah sampai keluar getah, lepas tu sapu dekat jalak lenteng. Fuh! Depan je bukan seluruh"
"Pernah guna ke?"
"Tak. Sembang kena deras hahahahaha"
_

"Ary call nanti abang bagitahu dia"
"Itu aje kan? Acam tak reti bual benda lain"
"Dulu dia cuba gambir Sarawak. Dia kata best. Dia la kata"
"Abang ajar, kan?"
"Dah dia tanya"


22/8
"Acam muka banyak bulu"
"Sakit kena muka?"
"Tak"
"Hmm"
"Bicep berapa kilo?"
"Timbang la"
"Acam dada mmm"
"Hmm?"
"Kita tak suka orang lain pegang abang"
"Mana ada siapa pegang abang"
"Peluk?"
"Tak ada"
"Raba?"
"Pun tak ada"
"Mmm…"
"Abang kan selalu ada wuduk. Isnin, Khamis puasa. Bila puasa, badan lemah nafsu tak kuat"
"Acam ramai aje try abang"
"Tapi abang milik si jelita Nurhara"
"Tapi…"
"Baik 'check in' dari fikir banyak benda"
"Mengada tau abang ni"
"Boleh kot check in kejab. Sempat lagi"
"Astu tanya astu masa bergerak"
"Heeeeee"
_

"Habis dah check abang?"
"Hihihi dah"
"5 minit. Lepas tu kita bangun"
"…………"
"Tak nak 'check out' boleh?"
"Boleh bang, tapi masjid memanggil"
"Okey, balik sambung hahahahaha"


23/8
"Bab tu kita tak nak jadi mommy auto garang acam mommy mommy di luar sana"
"Macamlah jadi ibu tak garang"
"Takkkk"
"Nantikan, kita mesti ada menantu pakai niqab"
"Bini Umar?"
"Ha'a. Dia kan Islamik"
"Tidur, Ra"
"Kejab aje kan…Babang dah besar. Acam bertuah mak yang melahirkan dia. Sejuk perut"
"Dia dapat ibu yang baik. Anak di bentuk dari asuhan ibu"
"Acam satu-satu anak tinggalkan rumah…"
"Kita buat anak baru. Sentiasa rumah ada anak kecik. Settle masalah"
"Kita nak, abang tu banyak alasan"
"Tengah fikir, travel berapa beg nak bawak letak barang anak"
"Kita beli kapal sendiri"
"Seat paling banyak 19 kot. Cuba kira kalau tambah anak cukup tak seat"
"Kita 2, yang besar 3, kembar 4. Acam ada 10 agi kosong"
"Anak je. Yang lain?"
"Kita nak triplet aje"
"Aje?"
"Tak calah pun"
"Betul ke Ara nak?"
"Boleh tak?"
"2027?"
"2026 laaa"
"2027 kembar dah besar. Kalau tahun depan banyak tu nak bawa barang anak kulu-kilir"
"Tidur la, bang"
"Eh merajuk"
"Tak kuasa"


24/8

Burger

"Betul orang cakap, lepas kawin kena toleransi dengan perubahan pasangan. Contohnya, dulu tak makan sangat burger. Sekarang selalu beli. Dulu tak tengok drama Melayu, sekarang rajin layan"
"Makan burger pun calah"
"Ra, burger tak elok untuk usus"
"Kadang-kadang aje"
"Tak boleh"
"Biar la kita"
"Ara belanja budak-budak makan burger sampai besar terbiasa. Sos banyak, cheese leleh tak elok untuk perut. Sos tinggi kandungan gula"
"Astu abang marah?"
"Belanja budak makan healthy food"
"Sekali-sekali aje. Woodfire sedap. The Permenant Choice Burger not bad. Papa Burger sedap and harga sangatlah marhean. Sekian review untuk memanaskan lagi hati suami hihihi"

Basuh kaki

Daddy: Hasha, basuh kaki dulu balik dari kubur sebelum masuk rumah
Hasha: Asha pakai kasut

Monday, August 25, 2025

Permata untuk Isteri


A few days ago, I was in the car with Ara, driving from Johor Bahru to Mersing. She played a song on YouTube that happened to be my favorite, but she didn't know that. It’s amazing how a single song can bring back so many memories. This one made me smile as I thought of someone special who is always on my mind. The writer Khalil Gibran once said that remembering someone is like meeting them again. Even if people are no longer in our lives, they stay in our hearts. 


25.08.2025, 4:20 am
Kuala Lumpur

Friday, August 22, 2025

Rumah

"Kenapa tutup? Abang nak tengok"
"Tak best"
"Ajak orang tengok lepas tu off. Buka la abang nak tengok apa jadi"
"Kita sedih. Tak nak"
"Sedih apa?"
"Kita tak nampak orang tu. Kita nampak abang"
"Part mana?"
_

"Abang merasa tidur atas tilam masa masuk asrama. Dekat rumah Ummi tidur atas alas lupa panggil apa. Masa tu tak ada lagi katil. Abang besar sikit baru ada katil double. Masuk asrama kira heaven la ada katil sendiri"
"Best kan masuk asrama?"
"Ara sedih part bilik tu, kan? Haa memang macam tu la kalau orang tak pernah ada bilik sendiri tambah-tambah kalau dalam bilik ada toilet tak payah share. Dengar orang cerita bilik ada toilet best je dengar. Tapi abang tak merasa sampai ada rumah sendiri. Masa tu sewa. First time rasa seronok betul. Duduk bilik tak keluar-keluar. Orang tak pernah ada rumah macam tu la"
"Jangan cakap acam tu kita sedih"
"Rumah Ummi tak ada aircond. Abang kalau lalu tengok rumah orang, orang situ kan kaya-kaya, ada aircond…abang macam mesti rumah dia sejuk, tak panas. Macam mana rasa duduk rumah ada aircond. Tapi rumah Ummi tak panas, okey je. Aircond merasa masa naik kereta. Tak pun masa naik bas balik asrama. Dulu bas lompat tak ada aircond macam RapidKL. Semua kena buka tingkap"

Thursday, August 21, 2025

Setia Itu Mahal

"Cerita apa tu?"
"Antara cinta pertama dan lelaki yang selalu ada. Astu dah kawin dengan lelaki yang selalu ada, curang dengan cinta pertama. Tak faham kita"
"TV3?"
"Sekarang tengah panas kes tukang masak. Ramai aje sokong dia bunuh skandal wife tu"
"Cerai je buat apa nak bunuh tapi cakap boleh la nak buat bukan senang. Kalau dah marah"
"Dari bekas lelaki yang pernah tersakiti asbab di curangi hihihi"

Wednesday, August 20, 2025

Just live well

"Don’t think of me too often. I don’t want you getting sad. Just live well. I’m walking beside you every step of the way." — Me Before You


Bandar Sunsuria, Sepang
19.08.2025, 9:30 pm

Tuesday, August 19, 2025

Manusia

"Bangggg"
"Ha"
"Abang cerita Palestin minum arak kannn. Sekarang ramai tengah share hal sama. Eee teruknya"
"Sikit masa lagi keluar macam-macam cerita buruk termasuk hal seleweng dana, ambil kesempatan semua ada"
"Orang penat lawan astu tunjuk perangai. Menyampah"
"Semua tempat, semua bangsa sama je. Bukan asal Palestin je baik"
"Astu betul la Hamas yang serang Israel?"
"Haah"
"Mmmm"
"Panjang mmmm tu"
"Mmmm"
"Jangan tengok yang perangai teruk. Tengok yang baik. Yang jahat tu abai je la"



Oktober, 2024

Saturday, August 16, 2025

Yasmin Nahar

I. REKOD INSIDEN


1. Umur 15 Tahun
  • Laporan Polis: Mendakwa menjadi mangsa culik dan rogol oleh Aiman hingga mengakibatkan kehamilan.
  • Akibat: Aiman dihukum 20 tahun penjara dan 5 sebatan (Penjara Sungai Buloh).
  • Fakta Mahkamah: Hubungan secara sukarela bermula ketika berumur 12 tahun; dakwaan rogol disahkan palsu.
2. Umur 16 Tahun
  • Laporan Talian Nur 15999: Mendakwa didera oleh bapa kandung.
  • Tindakan: Pihak polis dan JKM menempatkan Yasmin di bawah perlindungan; bapa hampir ditahan.
  • Keputusan Siasatan: Dakwaan disahkan palsu; Mahkamah memerintahkan penempatan di Sekolah Tunas Bakti, Kedah.
3. Umur 18 Tahun (Kes Bella)
  • Laporan Polis: Mendakwa Bainun mendera Bella dengan air panas.
  • Akibat: Bainun dipenjara 12 tahun (Penjara Wanita Kajang).
  • Fakta Sebenar: Kejadian berlaku di Kondominium Wangsa Maju semasa Bella di bawah jagaan Yasmin; Bainun tiada di lokasi; laporan dibuat atas motif menyelamatkan diri.
4. Umur 20 Tahun
  • Laporan Palsu: Menuduh suami melakukan keganasan rumah tangga semasa hamil.
  • Konteks: Perkahwinan diatur oleh bapa bagi menutup aib; identiti suami tidak didedahkan.
  • Isu Kredibiliti (Kes Bella): Pihak pembelaan mendedahkan percanggahan keterangan; mahkamah tetap mengiktiraf Yasmin sebagai saksi kredibel.

II. LATAR BELAKANG PSIKIATRI


1. Diagnosis
  • Gangguan Bipolar (direkodkan sejak remaja).
2. Sejarah Rawatan
  • 2018: Cubaan bunuh diri dengan mengelar pergelangan tangan semasa hamil; dirawat di Wad Psikiatri HKL.
  • Penjagaan: Dipelihara oleh Bainun di Rumah Bonda sehingga selepas bersalin.
3. Isu Prosedur Mahkamah
  • Rekod psikiatri dibangkitkan dalam sidang kamar (in-chamber).
  • Hakim menolak pendedahan atas dasar kerahsiaan rekod pesakit bawah umur.

Kronologi Kes Siti Bainun

1. Latar Kes Bella

1.1. Februari – Jun 2021
  • Tempoh kejadian pengabaian dan penderaan terhadap remaja sindrom Down, Bella, yang ketika itu berusia 13 tahun, di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
1.2. 3 Mei 2023
  • Mahkamah Majistret menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun ke atas Siti Bainun selepas beliau disabitkan bersalah atas dua pertuduhan pengabaian dan penyiksaan.
  • Hukuman turut disertakan dengan ikatan kelakuan baik selama 5 tahun (RM5,000 dengan seorang penjamin), serta perintah menjalani 200 jam khidmat masyarakat dalam tempoh 6 bulan selepas pembebasan.
  • Permohonan penangguhan pelaksanaan hukuman ditolak.
1.3. 2 Mei 2024
  • Mahkamah Tinggi menolak rayuan Siti Bainun untuk mengetepikan sabitan dan hukuman.
  • Permohonan penangguhan pelaksanaan hukuman turut ditolak.
1.4. 20 Mei 2024
  • Siti Bainun menarik balik rayuan terhadap penolakan penangguhan pelaksanaan hukuman di Mahkamah Tinggi untuk memfailkan permohonan baharu.
1.5. 21 Februari 2025
  • Mahkamah Rayuan menetapkan tarikh 19 Mei 2025 bagi pendengaran rayuan terhadap sabitan dan hukuman.
1.6. 3 Jun 2025
  • Mahkamah Rayuan memutuskan tarikh 14 Ogos 2025 sebagai pendengaran terakhir rayuan.
  • Pihak pembelaan memohon untuk mengemukakan bukti baharu.

2. Perkembangan Baharu – Laporan Polis Kes Zayn Rayyan


2.1. 6 Disember 2023
  • Kanak-kanak autistik berusia 6 tahun, Zayn Rayyan Abdul Manaf, ditemui meninggal dunia di Sungai Buloh.
2.2. Tarikh Laporan Polis (2024)
  • Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada Allahyarham Zayn Rayyan, membuat laporan polis yang secara tidak langsung mengaitkan nama Siti Bainun.
2.3. Keterangan Laporan
  • Dalam laporan, Ismanira mendakwa beliau telah diperkenalkan kepada Siti Bainun oleh individu bernama Mona Din, yang ketika itu didakwa membantu keluarga mencari pelaku pembunuhan Zayn.
  • Nama Siti Bainun kemudian muncul dalam dokumen laporan polis, sekali gus menimbulkan persepsi negatif baharu terhadap beliau di ruang awam dan media sosial.
2.4. Reaksi Pihak Pembelaan
  • Peguam Siti Bainun menafikan sebarang hubungan antara anak guamnya dengan keluarga Allahyarham Zayn Rayyan.
  • Mereka mendakwa terdapat unsur manipulasi maklumat dan tekanan luar, termasuk cadangan oleh individu bernama Mahmud Jumaat supaya Ismanira mengaku bersalah melakukan pembunuhan tersebut, sebelum maklumat itu disebarkan di platform Edisi Siasat.
3. Status Terkini (14 Ogos 2025)
  • Mahkamah Rayuan menolak rayuan terakhir Siti Bainun dan mengekalkan sabitan serta hukuman penjara 12 tahun yang diputuskan oleh Mahkamah Majistret pada 3 Mei 2023 dan disahkan Mahkamah Tinggi pada 2 Mei 2024.
  • Panel tiga hakim sebulat suara mendapati tiada kesilapan fakta atau undang-undang dalam keputusan mahkamah terdahulu, dan pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melebihi keraguan munasabah.
  • Permohonan pihak pembela untuk mengemukakan bukti baharu ditolak kerana tidak memenuhi kriteria undang-undang yang ditetapkan.

Hai Ummi

Hari ini, Im buka semula folder di telefon bimbit. Sejak dahulu, Ara sering berkongsi pelbagai maklumat, khususnya berkaitan isu jenayah. Malangnya, Im tidak pernah terfikir untuk menyimpan atau memuat naik ke blog peribadi sebagai tanda kenangan. Tahun lepas, ketika perempuan dari masa silam muncul kembali, Im menyimpan segala gambar yang di hantarnya, meskipun ada yang tidak begitu penting kerana kenangan harus diabadikan. Ketika itu Im tersedar, Im tidak berusaha mencatat kenangan bersama Ara. 

Ara yang banyak mengambil berat, sentiasa setia di sisi. Penyesalan itu tidak mampu mengubah apa-apa. Sejak hari itu, apa sahaja gambar, video atau infografik—kerana Ara maklum minat Im terhadap rajah dan diagram—yang Ara hantar, Im akan simpan. Sebahagiannya di muat naik ke blog. Di tengah jadual harian yang padat, Im tetap mencuri ruang untuk membaca setiap siaran media atau dokumen yang Ara kongsikan. Ummi tentu tahu, Im tidak begitu meminati bidang guaman, justeru tidak memberi banyak perhatian.

Esok, 14 Ogos 2025, merupakan tarikh rayuan terakhir Siti Bainun Ahd Razali di Mahkamah Rayuan. Sekiranya gagal, dia akan menjalani hukuman penjara selama 12 tahun. Difahamkan, sehingga kini dia menanggung hutang kira-kira RM200,000 meliputi kos guaman, sewa rumah, bayaran kereta, utiliti, serta kerugian Rumah Bonda. Sejak kes Bella mendapat perhatian ramai, komuniti guaman di Malaysia seolah-olah terbahagi kepada dua kumpulan. Ara banyak berkongsi kisah tentang mereka—dan tidak semuanya sedap didengar.

Keadaan menjadi lebih rumit apabila laporan polis oleh Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada Allahyarham Zayn Rayyan, mengaitkan nama Siti Bainun. Menurut dakwaan, Ismanira diperkenalkan kepada Siti Bainun oleh Mona Din ketika membantu keluarga mencari pelaku pembunuhan namun selepas itu nama Siti Bainun muncul dalam aduan rasmi. Hal ini mencetuskan spekulasi baharu serta persepsi negatif di media sosial, yang berpotensi mempengaruhi prosiding rayuan dan menambah tekanan terhadap pihak pembelaan. 

Dalam salah satu hantaran bertarikh 11 Ogos 2025, jam 8:34 malam, sebuah catatan telah di muat naik yang menimbulkan persoalan serius. Nama Siti Bainun di laporkan muncul dalam dokumen rasmi (laporan polis) meskipun beliau tidak pernah mengenali Ismanira Abdul Manaf. Persoalan utama yang timbul adalah sama ada wajar, atau pernah berlaku, seorang peguam menasihatkan anak guamnya supaya membuat pengakuan bersalah terhadap kesalahan berat seperti pembunuhan semata-mata bagi meredakan tekanan masyarakat.

Jika pendedahan ini benar, bukan sahaja mengejutkan malah membongkar sisi gelap yang jarang terlihat dalam proses perundangan negara. Ia mendedahkan individu yang sepatutnya menjadi penggerak keadilan turut terlibat, sekali gus menandakan wujudnya defisit keyakinan awam yang kian meruncing. Jika tidak ditangani secara tuntas dan berkesan, keadaan ini berpotensi menghakis integriti institusi kehakiman sekaligus melunturkan kepercayaan terhadap keluhuran undang-undang dan keadilan tinggal sekadar retorik murahan.


Ogos 13, 2025

Friday, August 15, 2025

Walanon tersembunyi

"Abang tak suka apa nama. Itu memang jelas dan terang"
"Walanon tersembunyi ekk"
"Walanon terus"
"Eleh. Walanon tu walanon aje lah"
"Ada benda yang abang suka, ada benda yang abang tak suka. Ada benda yang abang tak nak masuk campur"
"Contohnya?"
"Pasal qazaf"
"Tengah panas sekarang"
"Isu ni sensitif sebab melibatkan hukum agama. Kalau Ara ada dokumen mahkamah masa perbicaraan, abang nak baca"
"Ada. Hujahan Mendiang Karpal Singh masa prosiding pembelaan"
"Apa dia cakap?"
"Acane eh nak terang? Alaa abang tapaya tahu"
"Kenapa pulak?"
"Ara rasa abang tak perlu tahu sebab abang kan tak nak terlibat dengan qazaf"
_

"Abang tahu kan implikasi qazaf"
"Hukum Hudud 80 sebatan, kesaksian ditolak selama-lamanya. Pelaku di anggap fasik"
"Kalau fasik tak boleh jadi wali, kan?"
"Ya, kena gantikan dengan wali hakim"
"Tapi, kalau dia masih walikan anak dia, sah ke? Anak yang lahir tak di anggap anak luar nikah?"
"Ada khilaf. Kalau rukun nikah lain cukup (akad, saksi, dll.), pernikahan boleh dianggap sah melainkan terbukti fasik itu terlalu berat dan ditolak secara syarak"
"Kedudukan anak macam mana?"
"Sepengetahuan abang, selagi perkahwinan sah menurut syarak, anak yang lahir adalah anak sah taraf"
"Tapi kan dekat FB ramai cakap anak tak sah taraf"
"Siapa tu lagi pandai dari ulama?"


April, 2025

Mimpi ikan

Hasha: Daddy
Daddy: Ha ni kenapa bangun? Pampers penuh?
Hasha: Asha mimpi
Daddy: Mimpi apa?
Hasha: Ikan suruh Asha makan
Daddy: Ikan suruh Hasha makan dia?
Hasha: *angguk*
Daddy: Dia tak mati ke kalau Hasha makan dia?


6/4

Sit down

Hasha: Sit down

"Dia tengah training kucing ke apa, bang?"
"Garang, kan? Semua kucing dengar cakap dia. Kecik lagi dah macam singa"
"Jab gi dia suruh burung sit down jem member"
"Hahahahaha"


April, 2025

Makna kasih sayang

"Kita nak tanya tapi jangan marah tau"
"Apa?"
"Betul ke anak yatim tak tahu maksud kasih sayang?"
"Laa kan abang dah cakap hari tu"
"Kita senanya tak tahu abang cakap betul-betul ke gurau"
"Betul la tak tahu"
"Serius?"
"Ye. Kenapa?"
"Ri tu kita tak percaya astu tadi ada video dekat rumah anak yatim"
"Mana nak tahu Ara dah tak hidup dalam sebuah keluarga. Hidup dengan kawan-kawan tak rasa duduk rumah. Sama rasa macam duduk asrama. Dulu masa sekolah cuti semua orang happy. Abang cuti ke tak cuti ke sama je. Dari asrama sekolah balik asrama anak yatim. Kawan fly Europe, abang kerja. Abang selalu fikir kalau abang ada keluarga duduk dekat rumah apa rasa, apa kena buat, perasaan macam mana, apa rasa bilik tak payah kongsi. Tak tahu nak terang tapi macam tu la"
"…………"
"Abang memang tak tahu makna kasih sayang tu apa. Abang tak faham. Bila abang tengok mak-mak kawan masa dekat sekolah, abang nampak beza. Tak sama mak kawan dengan Ummi. Kalau mak macam ni, kalau penjaga macam ni. Ummi ada je sifat keibuan…cuma…ada beza. Mana sama mak dengan penjaga haa macam tu. Ara faham ke apa abang cuba cakap? Macam tak sampai maksud"
"Faham"
"Abang membesar dengan tercari-cari makna kasih sayang sampai dah besar umur 30 pun sebab abang rasa ada yang tak cukup, lopong"
"Abang jumpa?"
"Jumpa"
"Apa dia?"
"Perhatian… Bila abang sedar apa yang lopong, fahamlah banyak benda. Belajar tak meminta, belajar terima seadanya. Ummi memang kurang bagi perhatian dekat abang sebab abang bukan budak masalah. Abang tak ada masalah disiplin, dekat sekolah okey tak buat hal. Ummi tak pening hal abang. Duit abang cari sendiri. Ummi pun busy kerja. Duit nak pakai banyak"
_

"Abang tak tahu rasa kasih sayang ayah. Abang tak pernah dapat. Dulu…masa balik asrama, abang balik naik bas. Sampai dekat stesen, kena angkut beg sampai dorm. Beg besar tak ada roda. Beg roda orang kaya je pakai. Taklah jauh sangat tapi jalan kaki dengan beg berat jauh la jugak. Lenguh kaki tangan. Masuk pagar nampak mak ayah hantar anak. Salam, cium tangan, mak usap kepala, ayah peluk. Kadang abang teringin…abang tak ada ayah. Bila abang dapat Umar, abang selalu peluk dia… sampailah sekarang. Abang kurang dapat kasih sayang masa membesar. Abang selalu tunggu kalau demam Ummi letak tangan dekat dahi abang"
"Mmm…"
"Abang tak pandai mintak…abang cepat kecil hati kalau orang lain dapat, abang tak dapat sampailah makcik cakap rezeki orang beza-beza. Abang tak dengki cuma rasa jauh hati. Lepas faham konsep rezeki yang makcik cakap…abang faham hidup ni tak sama untuk setiap orang. Kalau dia lahir anak orang senang, rezeki dia yang Allah bagi. Kita tak boleh pertikai. Jalan hidup manusia beza-beza. Makcik selalu cakap jangan dengki dengan rezeki orang nanti Allah bagi rezeki yang lain. Abang selalu ingat apa makcik cakap"


Ogos, 2025

Bercinta selepas nikah

"Mana saya tahu. Saya bercinta lepas nikah. Order lain dapat lain hahahaha"
"Abanggggg! Jangan lari! Eeeee!"
"Benda betul. Tengok matang, dewasa rasa ngam la sekali sampai aduuu macam Bubu tak lari jauh"
"Abang tidur luar malam ni"
"Tak apa. Kembar ada boleh teman. Apa ada hal"
"Eeeeeeee! Benci la"
"Nampak? Macam Bubu kan?"

Burger ayam

"Saja kan sakitkan hati abang?"
"Entah"
"Nak jealous apa, Ra? Orang tu bukan sayang abang pun"
"Tapi abang sayang dia kan"
"Penting ke?"
"Penting"
"Kejab, abang bagi Ara baca satu benda"
_

"Cepat la"
"Tak ada. Hilang pulak"
"Abang main-mainkan kita ke apa?"
"Tak. Hari tu ada"
"Jangan macam ni boleh tak?"
"Betul ada simpan dah tak ada mana abang tahu. Abang memang simpan je"
"Suka buat kita marah"
_

"Dah baca? Puas hati?"
"Kenapa simpan? Tak sakit hati ke?"
"Sakit…"
"Astu? Tarikh bila, bang?"
"Abang tak nak gaduh dengan Ara. Nak cemburu apa. Dah baca kan? Dah tahu"
"Tak, masalahnya kenapa abang simpan?"
"Tak ada jawapan. Beratus kali baca. Baca je lah…sampai hati betul-betul sakit. Ada luka yang tak akan pernah sembuh, ada luka yang mudah berdarah"
"Kenapa abang mesti sakitkan hati sendiri? Tak sayang diri?"
"Tak semua benda ada jawapan. Ara pun takkan faham dan tak perlu faham"
"Abang sedih? Frust? Jealous?"
"Ke Ara yang sedih, frust, jealous tapi tak mengaku?"
"Jangan jadi hakim perasaan kita"
"Tanya je"
"Were you just convincing yourself she never loved you?"
"Entah"
"She loved you. And even when you doubted it, you felt it in your gut"
"It doesn’t matter anymore"
"It matters to you. Don’t pretend it doesn’t"
"Buat apa kita bincang benda ni. Bukan ada faedah pun"
"Bang"
"Hmm"
"Kita lapar. Acam nak makan burger ayam double special"
"Mana boleh makan burger. Makanan proses tak baik untuk usus"
"Acam la Kajang baik ngat untuk hati abang"
"…………"
"Tak boleh jawab, kan? Kita nak makan. Jom!"
"3 pagi ni burger semua tutup"
"Jom laaaa"
"Abang je jadi burger boleh? Tapi bukan ayam la. Hotdog special taruh 2 biji telur haa"
"Tak nak"
"Pergi siap"
"Sayang abang!"


13/8

Thursday, August 14, 2025

Doing things changes things

"Doing things changes things. Not doing things leaves things exactly as they were"
"Apa-apa je la"
"Mengamuk-mengamuk. Itu aje la abang tahu"
"Nak kena baling luar?"
"Baling la"
"Melawan"
_

"You okay?"
"Sakit dada"
"Jangan marah"
"Hmm"


4/6

Manusia cakap

Daddy: Raysha ikut Ibu pergi mana?
Raysha: Court
Daddy: Best tak?
Raysha: Best!
Daddy: Raysha buat apa dekat situ?
Raysha: Acha makan coklat
Daddy: Ramai orang?
Raysha: Ramai
Daddy: Raysha buat apa lagi?
Raysha: Acha dengar manusia cakap
Daddy: Manusia eh bukan orang

Realiti



"Realiti. Hadam"
"Tahu"
"Kalah tu kalah aje, bang"
"Ha"
"Sekadar mengeruhkan keadaan"
"Tak payah sedarkan abang. Abang sedar diri"
"Baguslah"
"Ara bangun 4:30 pagi semata-mata nak hantar benda ni?"
"Tak eh. Kita nak keluar"
"Pergi mana? Awal lagi"
"Beli nasi kerabu"
"Tak payah. Tidur, tidur"
_

"Ara tak payah hantar benda macam tu"
"Kenapa? Sakit hati?"
"………"
"Tak jawab kenapa?"
"Tak ada apa"
"Eleh sentap kan"
"Tak"
"Orang dah buang"
"Ye"

Wednesday, August 13, 2025

Digital zen

Organising apps into folders may seem like a small thing. However, it can genuinely make us feel happier. There are many reasons why this happens. It is a simple act with powerful effects. It brings a sense of order to our digital lives.

First, it provides clarity and control. When our phone screens appear neat and tidy, we feel calm. There is no messy visual clutter to overwhelm our minds. We also regain a sense of control because we decide exactly where each app belongs.

Second, it improves efficiency. Grouping apps into folders allows us to find them quickly without swiping through endless pages. We can arrange them by purpose — such as Social, Tools, or Games — which saves mental energy every day.

Third, it offers aesthetic satisfaction. Clean screens look beautiful and well-arranged. We feel as though we have reached a state of digital peace or “zen”. Folders act as small compartments that bring harmony to our virtual space.

Finally, it creates a sense of achievement. Even small acts of tidying trigger the release of dopamine — the brain chemical that makes us feel good. This is why organising our apps can leave us both productive and happy.

As a simple tip, try renaming folders with emojis. For example, use 📸 for Photos or 🎵 for Music. This makes folders more fun and instantly recognisable. A touch of creativity can make organisation more delightful.

Once a month, remove apps you no longer use and unsubscribe from services you no longer need. This saves storage, data, and money while keeping your phone streamlined and your life simpler.

Every week, restart your phone. This helps it run more smoothly, clears hidden issues, and refreshes the system. Remember, phones need rest too — just like humans. A quick restart can even extend your device’s lifespan.

Be an intentional phone user. Arrange your apps, remove the unnecessary, and restart regularly. Use your device with purpose. Small habits like these will keep your digital world calm, efficient, and truly meaningful.


August 3, 2025

Tuesday, August 12, 2025

Post-Meal

🍽 Post-Meal Digestive Tips

💧 Sip, Don’t Guzzle
After eating → 1–2 sips water only.
Full glass → wait 30–60 mins.

⚠️ Why Wait?
Too much water = diluted stomach acid → slower digestion.

🚶 Walk It Off
2–5 mins light walking → better digestion + lower sugar spikes.

⛔ No Lie-Down
Avoid lying down right after meals → prevents reflux & bloating.


_

"Rajin nau tulis panjang-panjang. Pendek kan boleh tak?"
_

"Simple and mudah faham tapi kan acam kosong aje. Bang, letak la icon"
_

"Simple but nice. Bang, lukis boleh tak?"
"Malas"

5 minit

"Abang…esok kita jumpa psikiatri, boleh?"
"Tak nak"
"Dah lama tau abang tak check. Jom la"
"Nanti kena follow up. Malas"
"Abang nak tengok kembar besar, kan? So, kenalah jaga mental, tak boleh stres-stres"
"Tak ada perubahan pun"
"Kita cuba tak salah, kan?"
"Malas"
"Ara tak nak hilang abang, please"
"Tak nak"
"Tiger, please"
_

"Bang…menung apa?"
"Awal bangun"
"Abang tak tidur?"
"Tidur. Hujan, terjaga"
"Nak puasa tak?"
"Ha"
"Jom sahur"
"Kejab"
"Bang"
"5 minit"



11/8

Rambut

"Laa tak habis lagi?"
"Belummmm"
"Tunggu je dia jadi duda terus pandai gunting rambut, jaga badan, jaga makan, jaga kesihatan. Wangi, handsome. Sebab masa tu sibuk cari pengganti. Sekarang tak jaga semua tu sebab ada bini"
"Acam tu eh teorinya"
"Iye"


9/8
_

"Hari tu kan abang dah cakap laki kalau biasa rambut panjang tak nak rambut pendek"
"Bini dia marah rambut sana sini astu manjang gaduh"
"Bilik air ke lantai?"
"Semua"
"Panjang sangat ke rambut dia?"
"Sampai pinggang, bang. Siap sanggul tak tahan tu"
"Biasa laki rambut panjang dapat bini rambut pendek tapi kalau dua-dua panjang, aduu masak nak menyapu"
"Astu la bini dia stres"
"Laki rambut rock ni biasa hati tisu. Macam abang cakap hari tu, perlukan belaian dan perhatian yang banyak. Jenis manja leleh-leleh. Cakap lebih kang sentap berhari-hari siap silent treatment"
"Muka ganas aje kita tengok"
"Macam mana eh dia buat anak? Bini usap-usap rambut ke?"
"Mana kita tahu. Abang ni kan, takde la sampai kita fikir ke situ"
"Yela, kan manja kena usap-usap kot baru tidur. Penat mendayung. Eh masa mendayung rambut tak masuk mata bini ke?"
"Abanggg dahhhhh"
"Hahahahahaha"


12/8

Saturday, August 09, 2025

Derma buku

"Abang ingat tak?"
"Mula dah"
"Dengar laaa"
"Apa?"
"Abang kan suka derma buka dekat penjara, kan?"
"Ha. Kenapa?"
"Jangan la gengster. Tak suka laaaa"
"Cerita. Abang nak dengar"
"Acam tu"
"Apa ceritanya?"
"Sekarang dah ada orang buat sama acam abang"
"Bagus la. Lagi ramai lagi bagus"
"Itu aje kita nak cerita"
"Bagi nanti abang nak tengok benda tu"
"Kita tahu abang suka benda-benda acam ni"
"Ni gedik ni kenapa?"
"Malas layan abang"
"Dah pulak"


4/5

Kereta rosak

"Abang, kita nak tanya"
"Apa dia?"
"Ri tu kan abang beli kereta rosak"
"Ha. Kenapa?"
"5, kan?"
"4 je"
"Mana kereta tu?"
"Bukan abang punya"
"Bistu?"
"Dah bagi orang"
"Siapa?"
"Sedekah dekat tempat kemahiran. Guna untuk belajar repair"
"Oooo"
"Dah lupus dekat JPJ. Kalau ada tv rosak pun boleh bagi dekat institut kemahiran dari buang merata rosakkan alam sekitar"
"Babtu suka beli kereta rosak"
"Ha"
"Kenapa kita tak tahu eh? Salah abang tak gitau kita"
"Anak dulang mas mana tahu benda-benda ni semua"
"Mengata kita ke?"
"Tak"


3/5

Durian belanda

"Mula-mula abang tanam sebab abang suka makan. Buah tu susah cari walaupun nama durian. Tak komersial"
"Tak sangka mahal acam ni"
"Dekat kampung-kampung orang buang je. Biasa orang ambil daun buat ubat. Dekat Amerika sebiji $28"
"Mahai aihhh. Buah kecik aje pun"
"Yang susah nak dapat sekarang buah rembusa. Buah letup-letup tu. Dulu kalau jalan kaki nampak dalam semak ada buah ni punya happy. Sanggup redah masuk. Dia berangkai"
"Astu tak cari dekat kedai buah?"
"Ra, cuba Google. Anak dulang mas ni la pelik-pelik je"
"Takde jual ke, bang?"
"Buah hutan. Tumbuh sendiri. Bagus untuk sendi"
"Oooo hihi kita first time dengar"
"Dah semua orang gila tanam sawit, abang tanam durian belanda. Pasaran tak banyak persaingan. Kalau sawit kena ada pekerja nak kait buah. Ladang tak boleh jauh dari ren. Kalau jauh susah nak jual. Modal pun besar. Lagi satu, harga dekat Felda tak sama harga luar. Harga Felda tinggi. Felda pun dah banyak sepet masuk pajak. Baru ni ladang sawit orang Malaysia dekat Indon kena sita"
"Boleh ke dia orang masuk Felda?"
"Dah tua, tak larat nak urus. Anak ramai masuk kerja kerajaan"
"Ooo"
"Satu lagi abang tanam buah nona. Ara kenal buah nona?"
"Tak"


5/8

Pendapatan haram

"Kerja dia kan memang hentam abang je dari dulu. Sekali kantoi main crypto. Nak kaya jugak la konon zuhud sangat tapi tak nak main Bursa nak invest tapi tak nak rugi"
"Orang zaman now tolak tepi halal haram. Semua nak hidup bermewahan"
"Nak kaya tapi malu nak mengaku. Tu sebab main crypto. Tak fikir sumber haram bagi anak bini makan. Besar kesan pendapatan haram dalam rumah tangga"
"Dia orang jawab kubur lain-lain, bang"

Rain

"Mmm…"
"Hmm…"

Dancing in the rain with her, I pull her closer, feel her warm breath on my skin and we keep moving, as though the world beyond the falling rain no longer exists.


August 8, 2025

Nota

"Boleh abang baca semua nota Ara?"
"Nope, you can’t"
"Why not?"
"They’re my notes and they’re private"
"Selit dekat buku tak di kira private. Anyone can see them"
"You have the choice not to read but you chose to read"
"Yelah dah abang buka ada kertas. Curious nak baca melainkan Ara tulis dalam diari memang abang tak pernah buka"
"Humans have free will, abang. That means choice. We’re always presented with a choice and free to take it"
"Okay… I choose to read. I’m sorry"
"Do you choose me every day?"
"Yes"
"Without fail?"
"Yeah"
"Even in my lowest?"
"Everything in you"
"Everything in me?"
"My love isn’t blind. It has a compass, it has purpose, it has a destination, it carries weight"
"And what is that purpose?"
"To guard you from the road that leads to the flames. I hold a key that can grant a woman entry to paradise and I want that woman to be you"

Friday, August 08, 2025

Notes

A few days ago, I stumbled upon a handwritten note hidden within the pages of a novel my wife is reading. It read— “The cruelest fate is to be the second choice of a heart still mourning its first.” — 11 June 2025.

Tuesday, August 05, 2025

Pantai dalam rumah

"Tak fikir. Nak fikir apa. Dah tahu anniversary mesti la sibuk berkelinjan dalam kain laki dia tak keluar-keluar"
"Fikir dah kan. Astu kita cakap jangan ingat"
"Ara yang main tembak. Abang fikir duit nak masuk. Client nak buat indoor beach"
"Bestnyaaaaaa"
"Dia nak pantai dalam rumah. Asal nak sungai tengah rumah"
"Share pleaseee"
"Lepas tu Ara minat Ara mintak"
"Alaaaaaa"
_

"Ra, beli abang spender oren. Tak nak boxer, nak spender"
"Brand apa?"
"Tak kisah. Janji oren"
"Seat kereta oren, spender oren, baju oren, kasut oren, stokin oren. Apa lagi eh?"
"Oren lawa apa. Jarang orang guna. Laki rare yang ada taste macam abang je guna"
"Ayat tak menahan"


4/8

Monday, August 04, 2025

Asrama

"Saya dan suami both SBP. Husband mmg berkeras taknak anak anak masuk asrama F1 sbb dulu masa bersekolah mmg ramai yg suka kaum sejenis tp bila report sekolah x ambil tindakan sbb nak jaga nama baik. So sesiapa yg parents boarding school mmg jaaaaaarang sgt nak lepas anak masuk asrama terutama lelaki"

(Facebook)
_

"Tu salah satu sebab tapi sebab utama abang nak anak-anak membesar depan mata abang. Abang nak ajar anak macam-macam kemahiran dalam hidup. Bila besar nanti senang tak macam abang semua kena belajar sendiri. Apa yang kita bentuk pada anak kita adalah apa yang generasi kita seterusnya akan terbentuk"
"Kita ikut abang aje"
"Raba, rogol, cabul dekat asrama lelaki memang benda biasa. Tak payah report. Tak akan ada tindakan. Abang rasa tak selamat kalau tak pakai baju bila dalam ruang berkongsi sebab tu abang tak buka baju walaupun depan Ara. Abang tahu Ara tak membahayakan, Ara takkan buat apa-apa tapi tu la"
"Sorry tau, bang. Kita moody masa tu"
"Masa kecil abang ada childhood trauma. Abang tak bagitahu Ara. Dalam rekod yang Ara baca abang minta keluarkan. Bila masuk sekolah, abang selalu kena kacau dari hari pertama sekolah. Berbelas orang datang tindih belakang abang masa abang tengah tidur tengah malam. Tak ada siapa datang tolong. Nasib masa tu ada guard datang round. Guard memang kerap round waktu malam. Banyak lagi cerita"


20/6

Birr al-walidain

"Kalau dah tak nak ambil tahu, memang dia yang tak nak bukan sebab perangai mak ayah. Takkan dia tak tahu letak duduk syurga dia. Ada jenis laki memang nak jaga anak bini je. Lain-lain tak nak ambil tahu. Dia bagi alasan mak dia itu ini tapi yang sebenarnya dia tak nak susah-susah, tak nak remeh, tak nak pening kepala. Jaga anak bini lagi senang dari jaga mak ayah"
"Anak laki acam tu la, bang. Sayangkan bini berlebihan sampai mak letak tepi"
"Dan janganlah harta-hartamu dan anak-anakmu melalaikan kamu daripada mengingati Allah. Dalam tafsir di sebut birr al-walidain. Dalam Syarh Riyadhus Salihin, Sheikh Ibn Uthaymeen sebut keterikatan yang berlebihan kepada isteri dan anak-anak sehingga mengabaikan ibu bapa adalah satu bentuk ketidaksyukuran yang menyebabkan kesilapan dalam meletakkan keutamaan, kerana ibu bapalah yang menjadi sebab kewujudan seseorang selepas Allah"
"…………"
"Laa apa tengok abang macam tu. Ishhh"
"Sejuk tau hati dengar suami kuliah"
"Dalam semua urusan kehidupan, seseorang mungkin mampu menyembunyikan sifat dirinya kecuali dalam 3 keadaan. Pertama: Isteri diuji apabila suami jatuh miskin. Kata Umar Al-Khattab, "Kami dapati sebaik-baik wanita ialah yang sabar ketika miskin dan bersyukur ketika senang". Kedua: Suami diuji apabila isteri sakit atau tak berdaya. Sama ada dia kekal penyayang, bertanggungjawab, dan melindungi isterinya atau menjadi jauh dan berkeluh-kesah. Di situlah hakikat kesetiaan dan belas ehsannya terzahir. Nabi cakap "Mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya, dan sebaik-baik ialah yang paling baik terhadap isterinya." Ketiga: Sifat sebenar adik-beradik terlihat ketika pembahagian harta pusaka. Ramai yang berebutkan harta peninggalan mak ayah, sedangkan ketika orang tua masih hidup dan sakit, tiada yang sudi menjaga. Surah Al-Ahqaf "Dan manusia itu terhadap ibu bapanya benar-benar bersikap tidak bersyukur"
"Insaf jab kita"
"Waktu kecil, mak ayah sabar layan kerenah anak. Bila mak ayah tua, tanya 2 kali anak dah melenting. Mak call tak angkat, tak ada mood. Bagus betul orang sekarang. Layan mak bila ada mood"
"Ikhlas masuk neraka, bang. Syurga kan mahal"
"Kebanyakkan yang abang tengok, kalau anak di besarkan dalam keluarga yang mak ayah dia jaga orang tua nanti dah besar bila mak ayah dia sakit, dia pun buat benda yang sama. Kepimpinan melalui teladan. Kalau anak tengok kita abai orang tua, dia pun akan buat benda yang sama bila dah besar"
"Boleh tak abang tulis? Kita nak copy paste dekat FB"
"Nanti bila abang rajin"
"Abang pernah malas ke?"


20/7

Kajang

"Nak pergi Kajang ajak kita tau. Kita acam nak mengenali Kajang"
"Buat apa pergi jauh sangat"
"Eleh"
"Eleh apa?"
"Kajangggg tengok dia ni. Marah dia jab. Dia takut awak aje "
"Bukan takut. Malas gaduh"
"Gaduh kalah kannnn hihihihi"
"Ey!"
"Apa? Nak gaduh?"
"Ha jom la gaduh"
"Berani sangat"
"Berani"
"Dengan Kajang takut hihihi"
"Sini! Bukan main sakat orang"
"Tak nakkkk"


Julai, 2025

Masa silam

"Ra, abang nak tanya sikit"
"Apa, bang?"
"13 Julai 2025, abang jumpa nota 'Jangan pernah hadir dalam hidup orang yang masih hidup di masa lalu.' Abang cuba tak fikir tapi hmm Ara cakap pasal abang?"
"Abang terasa?"
"Haah…"
"Kenapa?"
"Macam tuju dekat abang. 14 Julai Ara tulis 'Jangan paksa diri hadir dalam hidup seseorang yang cuma rindukan kenangan, tapi tak pernah hargai kehadiran.' Hmm…"
"Sedih?"
"15 Julai. 'It's never easy to love someone whose heart still belongs to another'…"
"Kenapa, abang?"
"Tengah fikir tapi otak celaru sikit tak sistematik"
"Comel aje hihihi"
"Orang serius tanya, dia gelak"
"Abang"
"Hmm?"
"Kadang-kadang teringat bukan sebab rindu dengan 'orang' tapi dengan kenangan"
"Mungkin…nota-nota tu sebab abang, kan?"


17/7

Hilang

"Ra ada padam apa-apa dalam notes abang?"
"Takde. Kenapa, bang?"
"Ada nota hilang"
"Nota apa?"
"Tak ada apa"
"Semua sorok"
"Abang nak hantar emel. Tak jadi"
"Kajang?"
"Haah. Anniversary dia"
"Beria"
"Ara tak delete, kan? Sebab semalam abang dah clear folder. Tak check sebelum delete"
"Tuduh kita ke apa senanya"
"Tak, tak. Abang ter-delete, abang tak perasan kot"
"Boleh tulis semula, kan?"
"Ayat tak ingat dah"
"Rewrite"
"Tak kot. Malas"
"Astu marah kita?"
"Tak. Abang tanya je. Tahu Ara tak buat"
"Nampak, Allah tak izin"
"Hmmm…"
"Sentap"
"Tak"
"Eleh"
"Tak ada, sudah. Tak payah pening fikir"
"Jab g dia sujud atas tikar semayang tak bangun-bangun acam ri tu sampai kita kelams"
"Haa hari tu. Ish, orang sujud lama dia beria nangis ingat laki mati"
"Siapa aje tak kelam eh laki sujud lama ngat"

_

"Abang takde hati? Ke hati dah mati?"
"Elok je ada sini"
"Tapaya wish. Anniversary kan. Tak payah baik ngat. Menyampah tau kita"
"Ke jealous?"
"Tak kuasa ehhhh"
"Cadang hari ni nak mintak izin bini sebelum hantar. Dah hilang tak jadi"
"Berapa kajang tulis, bang?"
"7 perenggan je"
"Kenapa tak genapkan seploh?"
"Tu pun dah panjang"

_

"Dah tulis, bang?"
"Apa?"
"Surat untuk kekasih abang"
"Ara"
"Okey, sorry, Kajang. Dah tulis?"
"Tak"
"Kita izinkan"
"Tak ada mood. Lagipun abang tulis lama. Tulis, padam, edit, tulis, padam semua, tulis balik. Ambil masa jadi tak payah. Dah Ara kata Allah tak izinkan. Tak berani abang"
"Kita cakap aje. Abang ni kan"
"Tak apa la. Doa dah cukup"
"Ikhlas?"
"Tak pernah tak ikhlas"
"Semoga Allah panjangkan jodoh Kajang"
"Amin"
"Dengan abang"
"Tak jadi amin"
"Kenapa, bang?"
"Tak nak"
_

"Sakit dada"
"Okey tak?"
"Okey"
"Lama kan tak sakit?"
"Haah"
_

"Ara…"
"Abang okey?"
"Pukul berapa dah?"
"2.00"
"Kenapa tak kejut? Sorry abang terlena"
"Dada macam mana?"
"Ara tak tidur? Kaki lenguh? Sorry, Ara. Abang tak sedar. Makan ubat terus lelap"
"Okey tak?"
"Tidurlah. Masuk Subuh nanti abang gerak"