Monday, September 15, 2025

"Rindu....apa nak buat dengan rindu yang banyak ni..."

Hotmail betul-betul baik. Boleh access. Dalam flight

Rindu banyak nak buat apa? Pendam je la kot. Aku nak hantar emel tapi…ada banyak tapi…

Salah satunya aku tak nak kena tangkap lagi sekali & kena maki. Kena maki sebab kacau bini orang bikin malu. Sibuk kerja ni lupa sikit pasal hal kena maki. 

Macamlah laki dia tak kawal. Macamlah senang nak percaya semula macam tak pernah berlaku apa. Macamlah tak ada apa simpan dalam hati. Kepercayaan kalau dah hilang susah nak dapat semula. Makin hari makin retak. Lama-lama hancur. Aku tahu sebab aku pernah rasa.

Nabi cakap bukan dalam umat dia yang ganggu hubungan suami isteri. Hidup dalam rahsia penat. Tengoklah tahun lepas aku teruk macam mana. Baiklah tak ada pun. Rindu dari jauh lebih baik. Jiwa tak kacau. Otak tak serabut. Habis pun rindu je. 

Aku tak nak hilang Ara. Tambah lagi bila tengok drama sekerat dua Setia Itu Mahal. Ara pasang, ajak aku tengok. Aku sayang Ara. Aku tak nak kecewakan hati dia. Aku dah ada hidup yang baik dengan Ara. Makan, minum terjaga. Nak nafkah batin, senang dapat. Setakat layankan perangai dia tak ada hal pun. Hidup okey. Dia hormat aku, dengar cakap. Takkan nak jadi bodoh hilang bini baik macam ni. Macam aku selalu cakap dekat perempuan lain "Bini saya baik" - ayat aku tolak cara baik mana-mana perempuan cuba nak rapat. 

Aku tak nak hidup porak-peranda. Aku tak nak hidup orang lain musnah. 

Dia hantar emel, aku baca. Aku cuma anggap kadang-kadang kita perlu lepaskan rasa. Sakit pendam lama. Dia pun bukan nak aku sangat pun. Cuma mungkin nostalgia. Dia pun tahu batas. Dia pun tak nak kacau rumah tangga aku. 

Benda pun dah lama. Kalau mungkin dia pernah rasa untuk patah balik sebab nak perbaiki masa lepas - tak perlu baiki apa pun. Aku sayang dia seadanya pada kelebihan dan kekurangan. Kadang aku pun over. Aku lagi banyak salah. Dia cuma jadi diri sendiri. Aku yang perlu perbaiki diri. 

Mencintai dua orang berbeza, kita takkan jadi orang yang sama. Dan orang tu pun takkan jadi macam orang yang pernah kita sayang. Manusia berbeza. 

Aku tak berjanji dengan diri aku takkan balas emel dia. Aku tak berjanji dengan Tuhan pun. Tapi aku cuba jarakkan diri. Itu yang sebaiknya. Aku tak nak kena tangkap & orang cakap macam-macam. Jaga bini, tengok apa yang kurang, perbaikilah. Jangan kerja nak maki orang je. 

Kalau Ara yang buat, aku penampar Ara dulu. Salahkan pasangan kita, bukan orang lain. 

Kita takkan dapat cinta yang sama. Keindahan tu dah habis. Kita cuma hidup dengan memori. Realiti, komitmen, cara kita semua dah berbeza - banyak di pengaruhi pasangan kita. Kadang-kadang cara kita bercakap pun dah sama macam pasangan kita - pemilihan perkataan. Dah kita pakai dia, dia pakai kita. 

Aku tak nak lukakan hati orang terutama hati orang yang aku sayang. Ara pernah cakap kalau aku nak kejar yang lama, dia sedia berundur sebab nak tengok aku happy. Ara cakap  mungkin dia hanya perhentian sebentar. Dia bukan perhentian. Dia destinasi. 

Moga Allah kuatkan hati aku.  Laki ni kuat macam mana pun, berimanlah setara mana pun - datang perempuan terus cair meleleh. Tak nak cair kena jarakkan diri. 

Kita yang buat pilihan. Kita hiduplah dengan pilihan yang kita buat. 

Sunday, September 14, 2025

13 September 2013

You received good news when you visited Korea. The news was that you were transferred to Hospital Kajang. I was so happy for you. You had been worried about your career, even making alternative plans. You wanted to pursue a Master’s degree, evening classes if I remember right. I couldn’t do much for you. Truth is, I never really did anything for you. The next year, in June, you fell in love with another man. Someone you admired. Someone who gave you everything you wanted. At that time, I was very sick—fighting late-stage cancer. Struggling with work, with cash flow, with medical bills, utilities, and the kids. None of those burdens I shared with you. You were so young, and I didn’t want to weigh you down. The pain is still here. Still bleeding. Time has not healed this wound.

Just a small note on the board… remembering the old days.

Friday, September 12, 2025

"Kalau benci boleh buat kita lupa…kita baja sampai mati rasa. Tak salah pun"
"Marah, benci, dendam"
"Tanam benci dalam hati. Lama-lama otak pun meluat"
"That's not you"
"I can be anyone. Someone you love, someone who melts your heart, someone who can destroy it completely. Someone you’ll curse with every breath, someone whose name will haunt you, whose presence will make your blood run cold. I can love someone until my soul aches for them… and I can crush them so utterly that nothing of them remains, not even a memory you’d dare to recall"
"…………"
"Dah kenapa diam?"
"You’re terrifying me, abang. Seriously. I’m just teasing"
"Sini"
"Tak nak. Takut…"
"Takut apa?"
"Takut dengan abang…"
"Laa"
"Abang tak nampak ke kita menggigil?"
"Ara, Ara. Adoi. Sorry, sorry"
"……………"
"Sorry, sayang"
"Jangan serius. Kita tak suka"
"Okey, okey"


Jun, 2025

Thursday, September 11, 2025

"Ra, benda apa tu?"
"Nenda cakap benda kotor. Abang jumpa dekat mana?"
"Peti ais. Dalam plastik kecik-kecik"
"Banyak ke?"
"Adalah jugak. Apa benda tu?"
"Keputihan perempuan"
"Ha?!"
"Nenda cakap"
"Bentuk lain je"
"Ada, bang. Kita dah Google. Sama"
_

"Ra, pagi tadi masa abang buat breakfast, nampak anak Ocio ambil benda tu letak dekat roti. Dia cakap mak dia selalu campur benda tu dengan cheese. Nak termuntah je rasa"
"Serius, bang?"
"Iye"
"Buang la semua makanan dalam esbox. Ntah pape lagi dia letak. Eee kembang tekak kita"
_

"Abang dah tanya. Ocio tak tahu benda apa. Dia tak pernah tengok"
"Dah buang ke belum?"
"Belum"
"Buang cepat, bang"
_

"Dalam peti ais ada sambal. Bau sambal tu lain"
"Lain acam mana?"
"Hmm…macam ada campur najis manusia"
"Dalam tupperware, kan?"
"Mana Ara tahu?"
"Kita pernah tanya astu dia cakap sambal Indo. Each time nak goreng, dia ambil sikit. Banyak kali tau kita tanya tapi dia tak jawab"
"…………"
"Bang, okey?"
"Okey"
"Abang trigger something ke?"
"Haah"
"Pakai topeng"
"Okey"
_

"Abang dah anxiety, Ara. Hari ni semua tidur hotel. Esok pagi orang bersih rumah datang"
"Siapa aje tak geli. Sib baik kan kita tak makan sangat rumah dia. Geli la, bang. Malas ingat"
"Malam ni nak jumpa imam minta tolong dia tengokkan Ocio. Mana tahu kena nasi kangkang"


Panggilan telefon
September, 2025

Wednesday, September 10, 2025

Ary

"Puki, puki, puki ada mana? Boring ekkk"
"Bahasa tak pernah elok"
"Janda lu amacam?"
"Lu punya janda yang berlonggok apa cer? Nafkah anak bayar tak? Anak pandai buat. Tanggungjawab tak nak"
"Banyak lancau ini budak potong wa punya stim"
"Benda betul. Sakit? Pergi jumpa doktor"

Ary

"Qa id"
"Kait?"
"Qaid"
"Apa sial? Kait? Nak kait baju ke apa?"
"Qaid la. Pemimpin dalam bahasa Arab"
"Wa still tak faham"
"Q.A.I.D. Qaid. Ha"
"Oooo itu macam"
"Eh Ri, anak panggil apa?"
"Wa?"
"Ye la. Baba ke Babah ke apa"
"Abi"
"Hahahahaha nasib baik tak tersembur air aku"
"Wa bukan kafir macam lu daddy daddy"
"Gamps hahahahaha"
Al-Ghazali menegaskan bahawa qadar Ilahi merupakan ketentuan yang sarat dengan hikmah, tanpa sebarang kejadian berlaku secara sia-sia. Setiap peristiwa yang menggembirakan adalah ni‘mah (nikmat) yang menuntut syukr (kesyukuran), manakala setiap peristiwa yang menyakitkan adalah bala (ujian) yang menuntut sabr (kesabaran). Dalam Iḥyaʾ ʿUlum al-Din, khususnya Kitab al-Ṣabr wa al-Shukr, beliau menekankan bahawa nikmat dan musibah merupakan dua sisi daripada satu ketetapan Ilahi. Kedua-duanya berfungsi sebagai jalan untuk penyucian jiwa dan pendidikan rohani, agar hati manusia sentiasa kembali kepada Allah.

Al-Ghazali menyatakan “Seorang hamba tidak terlepas daripada dua keadaan; sama ada nikmat atau bala. Jika berada dalam nikmat, maka kewajipan ke atasnya adalah bersyukur. Jika berada dalam bala, maka kewajipan ke atasnya adalah bersabar. Dengan demikian, setiap keadaan merupakan peluang untuk mentaati Allah.” Menurut al-Ghazali, kesyukuran terhadap nikmat bukan sekadar pengakuan lisan, tetapi penerimaan hakikat bahawa nikmat tersebut adalah anugerah Allah yang mesti digunakan pada jalan ketaatan. Kesabaran terhadap musibah bukan sekadar menahan keluhan, tetapi menyedari ia jalan Allah menghapus dosa dan meninggikan darjat.


Toronto, Canada
September, 2025

Tuesday, September 09, 2025

Doaku untukmu…

Ya Rabb al-‘Alamin,

Engkaulah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Limpahkanlah rahmat dan inayah-Mu ke atas dirinya, kurniakanlah dia ‘afiyah pada tubuh dan rohnya. Janganlah Kau cabut segala nikmat yang pernah Kau anugerahkan kepadanya. Berilah dia yang terbaik dalam setiap urusannya – pada rezekinya, makan minumnya, pakaiannya, akhlaknya, dan budi pekertinya. Lindungilah dia daripada aib, muliakanlah kedudukannya, dan ampunilah segala dosanya.

Ya Allah, keluarkanlah diriku daripada hatinya, agar hatinya menjadi lapang, fikirannya tenteram, dan hidupnya dipenuhi ketenangan dengan limpahan kasih-Mu.


Ogos, 2025

Jalan yang belum pasti

"Rifal call. Dia dekat kondo ajak jumpa. Pandai skandal lepas tu pening"
"Dia skandal dengan siapa?"
"Bini orang. Nak halalkan macam mana. Sebelum semua tahu, baik tekan brek"
"Acam drama Setia Itu Mahal. Ramai tersakiti. Dah elok-elok bahagia layankan first love si oyen tak guna tu"
"Tak tahu aaa dia. Abang cakap jangan main api nanti terbakar diri. Buat laki skandal dia tahu panjang cerita"
"Perempuan tu tahu tak dia laki orang?"
"Tahu"
"Astu?"
"Tu abang cakap dekat dia jangan teruskan buat sakit hati, cemburu tak habis, emosi tak tenteram. Laki skandal dia baik. Buat apa nak rosakkan rumah tangga orang. Kita tak tahu idea tentang kebahagiaan dalam kepala otak sama ke tak dengan realiti akan jadi. Lebih baik pilih kebahagiaan yang kita ada sekarang berbanding jalan yang kita belum pasti kesudahan"


Ogos, 2025

Winnie the Pooh

“Pooh sat very still beneath the stars, with tears gently rolling down his cheeks. He whispered to the night, hoping the stars might carry his words to where they needed to go. ‘I miss you,’ he said softly, his little voice trembling, ‘more than honey, more than anything in all the Hundred Acre Wood.’ And as he gazed at the brightest star above, he wondered if perhaps those we love never truly go away, but instead shine down from the sky, so that when we look up, we can feel them close. The night was quiet, except for the sound of his own heart remembering. ‘It hurts,’ Pooh thought, ‘but maybe that’s because love is so very big, and my heart is only so very small.’ And though the ache stayed, so did a gentle warmth, as if the star itself was whispering back: love doesn’t end, it only changes shape. Pooh wiped his eyes, folded his paws together, and promised that no matter how far away someone seemed, he would keep them close in every thought, in every star, and in every beat of his very small but very brave heart.” — Winnie the Pooh

Say nothing

You say nothing to avoid conflict, yet live in conflict because you say nothing.

August 5, 2025

Monday, September 08, 2025

Ary

"Mana, bro?"
"Wa?"
"Ha la"
"Kena lock dalam kain bini"
"Betul-betul la. Mana?"
"Ruma. Apasai?"
"Call Ocio. Aku call tak masuk"
"Esok arr. Busy bro, jilat pepek bini kahkahkah"
"Aku dahlah panas. Jangan tambah"
"Asal lu? Aircond rosak ke cibai?"
"Ocio tak dapat di hubungi"
"Waaaaa, skema gila ayat lu kahkahkahkah"
"Haih. Letih"
"Relaks arrr. Gurau pun sentap. Apasal?"

Thursday, September 04, 2025

Spekulasi

"Ri tu kita malas ambil tahu. Rimas, banyak sangat spekulasi and fitnah. Kita tunggu inkues. Dapatkan inkues tak selari dengan cerita influenza, dia tulis kerajaan cuba sembunyi bukti. Sembunyi apa bang, berpuluh lawyer dalam mahkamah dari pelbagai pihak"
"Abang dah baca siaran media mufti"
"Ada sampai bangsatkan mufti bila pejabat keluarkan kenyataan rasmi. Geram aje kita. Melampau"
"Tu la"
"Abang tahu tak, cerita yang entah apa-apa macam mesin basuh, jerit pembunuh semua tu pesakit mental yang tulis. Siap letak QR minta duit. Ada lawyer senior tegur astu dia play victim. Dia sendiri tulis dia ambil ubat psikiatri"
"Laa. Dia buat cerita ke apa?"
"Abang bayangkan penat kerajaan, pejabat peguam, Bukit Aman nak redakan kemarahan orang ramai sebab cerita dia. Banyak fitnah dari fakta. Ramai doktor di SISPAA kan tak pasal-pasal. Gila kan, bang?"
"Sumber cerita dari orang tak waras tu?"
"Ha'a. Orang percaya bulat-bulat"
"Tu yang gelombang besar"
"Kerja ustazah. Ramai dah betulkan fakta, dia membongkak. Tiba semalam pakar cakap mayat reput, senyap terus geng dia"
"Berat orang nak terima"
"Yeah, it’s tough to take in. People online are still doubting the forensic report, and most lawyers know about it but just keep quiet"

1TB

"Bil belum bayar masuk emel abang. Pakai apa sampai kena sewa storage? Orang guna simpan segala pelan, dokumen tak sampai 1TB. Dia guna 2TB"
"Acam entah apa ntah kita simpan"
"Pack rat"
"Tak eh"
"Habis tu? Hoarding Disorder?"
"Abang nak gaduh ke? Kita dah baik abang cari pasal kannn"
"Abang tanya je"
"Ye ke tanya?"
"Gambar dengan bekas tunang eh?"
"Abang memang saja kan?"
"Ara! Ara! Aduhhh, sakit, Ra. Gurau pun tak boleh. Serius 24 jam nak pergi mana?"
"Tiru ayat kitaaaaa. Eeeee! Geram la"
"Hehehe geram geram meh peluk peluk"
"Tak kuasa"
"Apa yang asyik marah? Perempuan ni tak reti ke relaks-relaks, chill-chill. Mengamuk, marah, tak penat ke jantung? Cuba cool, tenang, tarik nafas haaa. Tengok abang. Tengok je dah senyum"
*tarik nafas*
"Heeee Ra. Sabar, sabar. Abang senyap hehehehe"
_

"Tapi busy tapi sempat scroll. Tengok bra pulak tu"
"Haaa hehe masa rehatkan diri saja Google. Pengetahuan am"
"Benda lain takde eh pengetahuan am?"
"Hehehehe"


September, 2025

Wednesday, September 03, 2025

Perasaan

"Abang nak pergi office kejab. Dalam sejam dua abang balik"
"Kata move out? Tak jadi Doha?"
"Tu exit plan yang abang buat in case teruk sangat tarif tapi setakat ni okey tak perlu pindah. Doha tak memenuhi beberapa kriteria"
"Labuan aje tutup?"
"Tak tutup. Pindah operasi"
"Exit plan kata tutup?"
"Bisnes bersifat dinamik. Keputusan hari ni tak semestinya terpakai untuk esok"
"Kalau perasaan acam mana?"
"Kalau perasaan?"
"Ha'a"
"Ara fikir la dulu. Abang dah lambat"
"Jawab laaa. Malas layan kita kannn"
"Ara, tahu sini Dubai. Jangan mula"
_

"Siapa nak cakap dengan awak?"
"Hujan tak, ribut pun tak. Tiba je"
"7 kali tau gegar dekat Johor sana. Jasin pun gegar tau"
"Habis tu apa kaitan?"
"Awak fikir la sendiri"
"Nak kena kekah ke?"
"Eleh"
"Sorry la abang busy sikit tak bagi Ara perhatian. Company baru launching projek, abang monitor sale"
"Cepat aje turun nada. Kita nak gaduh"
"Tak boleh gaduh sekarang. Abang tengah fokus"
_

"Apa sepah ni? Tak sampai berapa jam dah selerak. Kemas balik"
"Tak nak"
"Kemas balik. Kang kena hempap apa pun tak dapat"
"Tak nakkkk. Abang berat"
"Ha kemas cepat. Pantang tak layan buat sepah"
"Eeeeeeee!"
_

"Kemas pun. Dah, siap kita pergi makan"
"…………"
"Dah senyap pulak"
"…………"
"Ra, mandi eh. Kita pergi makan"
"…………"
"Merajuk dulu. Abang nak mandi"
_

"Biar aje kita"
"Laaa. Abang pergi mandi"
"Kita merajuk, kan?"
"Mandi dulu nak gaduh pun. Kejab lagi kedai tutup, berlapar"
"Biar la. Kita mati aje"
"Sunyi la abang kalau Ara tak ada"
"Sembang"
"Ra, wajah yang sempurna, alis mata yang cantik, bibir yang memikat…hmm…mandi eh"
"Ayat tak habis"
"Abang tengah fikir. Ara mandi dulu"
"Jual ayat astu tak habis"
"Otak fokus kerja"
_

"Bang…belum habis kerja?"
"Belum"
"Kepala ok tak?"
"Pening"
"Kerja tak fikir kesihatan"
"Hmm"
"Jangan abaikan diri. Tidur sekejab"
"Okey"
_

"30 minit gerak abang"
"Jantung abang kenapa?"
"Tak ada apa"
"Degup lain"
"Tak cukup rehat kot. Letak tangan tempat lain"
"Tidur, sayang. 10, 9, 8, 7"


Dubai, UAE
September, 2025

Robot manusia

"Serius la"
"Kenapa?"
"Phone abang tanya kita siapa. Abang setting apa dekat phone?"
"Ooo tu hahaha"
"Banyak nau tanya. Orang nak guna aje pun. Astu dia cakap access denied"
"Hahahahahaha"
_

"Abanggggg apa niiii"
"Apa?"
"Off laaaa"
"Hahahahaha"
"Kita nak laki kita reply. Abanggggg"
"Selalu okey okey je. Okey la tu"
"Tak nak dia reply. Abang reply sendiri. Abanggggg"
"Kenapa?"
"Kita tak suka. Robot abang acam manusia. Laki kita manusia robot. Takde la dia nak miss you, love you, U, U, U apa ntah. Cakap I pun tak pernah. Off laaa"
"Nanti la abang kerja banyak ni"
"Dia auto reply, kan?"
"Ha"
"Eeeeee tak suka la"
_

"Kejab lagi abang layan Ara. Abang sibuk ni"
"Now, abang"
"Tak boleh. Abang busy"
"Alaaa kejab aje"
"Jangan nak merengek-rengek dekat sini. Kang haa"
"Haa apa? Apa? Cepat laaa"
"Aku la ada jugak ni kang"
"Simpan aje muka garang tu acam la kita takut sangat"
"Ra"
"Mmm okey…kita takut…mmm buat tau…bila abang free ke"
"Okey"


Ogos, 2025

Sunday, August 31, 2025

Love-Hate

Saturday, August 30, 2014

“I hope you won’t hate me…”
_

It's 3:47 a.m. I just finished work after closing a great deal. As I sit at my desk, I'm reading some old blog posts from 2014. Ten years is a long time; she's an adult now. I had been in love with her since she was 13 years old, and I still love her, even though she loves someone else. There isn’t much to write down. I had forgotten which month we broke up, but last year she reminded me—it was in mid-June. Surely, she remembers well; it was the month she met someone special. Just a few weeks before that, I listened to her story. She told me about her little brother, Fuad, who wanted to inherit their parents’ money, claiming that as the youngest, it should go to him. But their parents wanted the money to be passed down to the grandchildren for education. She didn’t agree. She told her parents to keep the money for travel or anything else—because it was theirs, not something to be given away. It was around RM200,000.

Thank you, my love, for all the wonderful memories.

Salah siapa?

"Actually dia tak salah pun. Si Oyen menggatal. Dia acam sunyi, husband doktor kan. Busy manjang. Bis hidup dia hancur. Husband dia fight hak penjagaan anak"
"Kalau nusyuz tak dapat hak penjagaan, kan?"
"Ha'a"
"Oyen tu tak fikir ke anak perempuan tu?"
"Emang tak la. Takdenya laki curang fikir benda acam tu"
"Ye ke?"
"Confident tau kita jawab"
"Tapi kalau betul sayang mesti kena fikir. Kalau husband perempuan tu tangkap dah sah-sah guna alasan curang untuk fight hak penjagaan anak"
"Ada ke laki curang fikir acam tu? Acam tak logik aje"
"Kalau betul sayang…mesti fikir kebahagiaan orang yang kita sayang. Takkan dia sendiri jadi punca hidup orang tu kacau-bilau, merana sampai cerai-berai, hilang anak semua"
"Bang, kalau fikir acam tu acam pelik dia curang sebab orang curang kan selfish"
"Dah habis drama?"
"Hero dia tak best la. Tua, tak sesuai. Acam bagi la hero ensem cikit"


30/8

Perfect

"Abang, bangun. Dah pukul 10"
"Ara, cabut bateri jam"
_

"Abang okey?"
"Kepala pening"
_

"Terima kasih, Ra. Tak selamat dah pagi-pagi sekarang"
"Acam rela tak selamat"
"Ehhhh"
"Hihihi"
_

"Songkok okey?"
"Perfecto"
"Sampin?"
"Handsome dah, bang"
"Cuba betulkan butang"
_

"Hehehe"
"Jangan eh"
"Apa?"
"Abang tu"
_

"Orang kata baby nangis malam-malam tak bagi mak bapak dia buat adik baru. Tu la dia tak tahu dapat bapak macam daddy dia ni buat anak waktu pagi"
"Ada aje point"
"Mesti la. Abang kan handsome"
_

"Bye, darling"
"Bye, abang"
"Tahun lepas kita ada siri buat waktu pagi dekat Bangkok"
"Jangan ungkit eh"


29/8

Ubi rebus + kopi o

"Ubi rebus + kopi o. Fuuu. Mana beli?"
"Kita kan keluar dengan kakak angkat"
"Haa. Lupa"
"Siapa bagi bunga?"
"Ara punya"
"Kenapa, bang?"
"Kenapa apa?"
"Semalam dah bagi. Abang lupa?"
"Tu semalam. Ni hari ni"
*peluk*
*peluk*

_

"Ara masak sardin telur?"
"Ha'a. Kita dah beli roti siap"
"Bau sedap"
"Kita ke sardin?"
"Ada ke bau yang boleh kalahkan Ara?"
"Tak tahu hihihi"
_

"Kita punya laaa"
"Kongsi"
"Jab kita ambil"
"Tak payah. Minum dari bekas yang sama kan nikmat"
"Nikmat mmm?"
"Nikmat yang tak mampu di ragui, tak siapa boleh tandingi"
*sandar*
*rangkul*

Thursday, August 28, 2025

Guilty

I had trouble signing into my Hotmail account, so I chose to use the Gmail account that you created for me. This went on for months. Today, I was lucky enough to finally log in. Microsoft has buried Skype, and now I have nowhere to turn when I miss you. Maybe you were right when you wrote in our blog—that you only missed me, but never wanted me back. I got the wrong idea. Some people say we miss the nostalgia, not the person.

Still, I feel joy when I write to you, even though I don’t want to get caught—not by my wife, nor by your husband. This longing, or perhaps this suffering, feels as though it is designed for me. I don’t want to ruin your life or your marriage. I love my family too; they mean a lot to me. We were taught that love is exclusive to one person. Is that true? We both love our partners—each remarkable in their own way—yet here we are, caught in something undefined.

In 2005, the New England Journal of Medicine reported that intense separation distress can manifest physically: weakening the immune system, affecting the heart, and even causing Takotsubo cardiomyopathy—what people call “broken heart syndrome.” Missing someone dear raises cortisol, the stress hormone, and prolonged absence can disturb sleep. I feel this deeply. My nights are restless. My body lies down, but my mind refuses to rest. 

I still haven’t managed to get deep sleep like I did last year. I cannot sleep peacefully; my mind remains awake. Losing you was hard, but it became even harder when I started feeling guilty toward my wife and your husband. The burden of infidelity eats away at me from the inside, leaving me restless. I feel like a bad person. Sometimes, I wonder how I allowed myself to drown in something I had always avoided—the act of infidelity. 

I am a weak man. I gave time and space, and it happened. I could have said no, but I chose not to. That was my fault. I wanted to write about other things, but in the end, I wrote this instead. That failure rests on me. I had wanted to write about other things, lighter things, but in the end, my heart betrayed me, and these words are all that came out. They are a mirror to my choices, my failings, and the tangled truth I cannot escape.

Wednesday, August 27, 2025

Sambar

Pagi

"Ara yang cantik, Ara yang manja"
"Nak apa, bang?"
"Nak Ara, kalau tak boleh kopi pun okey"
"Happy je. Dapat job?"
"Job memang ada, tak terbuat. Masalah tak pernah selesai"
"Client tak bayar?"
"Ya, ya, ya tak bayar suruh siapkan. Minta company advance dulu"
"Kenapa pelik-pelik aje perangai?"
"Kopi apa bancuh?"
"Kita ke kopi mmm?"
"Sambar naik atas je la"
"Sabar, bang"
"Seru datang tanpa di undang"
_

"Abang, bangun"
"Pukul berapa dah?"
"11.15. Tak pergi Zuhur tak?"
"15 minit"
_

"Ra, terima kasih banyak-banyak. Kejab lagi abang busy sikit nak settle kerja. Client mengaum"
"Jangan stres tau"
_

"Abang…"
"Hmm?"
"Thanks…"
_

Petang

"Sekuntum bunga, sebuah puisi"
"Cakap busy"
"Mood baik. Kerja pun dah siap"
"Bang, bunga apa ni? Bukan bunga kubur, kan?"
"Bukan la. Ara ni"
"Gurau je. Maceh tau"
_

Malam

"Terima kasih selalu gembirakan hati abang"
"Were you truly happy, abang?"
"Segala pemberian Allah tu istimewa terutamanya kegembiraan yang di berikan oleh seorang isteri. Jaga penampilan, berhias untuk suami, rajin masak, jaga makan pakai. Ada teman ibadah, cakap-cakap. Semua tu sumber kegembiraan, datang dari Ara"
"…………"
"Ehem 9:30 pagi pun on hahahahahaha"
"Eeeee jangan la. Tak sempat tau layan perasaan. Kacau je"
"Terima kasih, Ara untuk dulu, kini dan masa-masa akan datang. Moga Allah berikan syurga paling indah untuk Ara"
"Aamiin"

Complicated

"Kita dengar podcast. Laki kaya emang pentingkan duit dia aje, kan? Tak takut hilang wife"
"90% macam tu"
"Means dia tak sayang ke acam mana?"
"Sayang"
"Astu tak takut kehilangan?"
"Benda lain tolak tepi. Duit dulu"
"And dia cakap pernah takde perasaan dekat wife"
"Benda tu biasa. Ramai laki akan alami"
"Complicated sangat"

Kubur

"Laki kita suka healing dekat kubur. Free aje pergi kubur"
"Tadi pergi kubur lama. Dah naik semak tak ada orang kemas"
"AJK kan ada?"
"Kalau ada, tak semak-samun. Macam terbiar lama"
"Kita nak pergi mall jab g. Teman tau"
"Ha"
"Esok pergi mana?"
"Bersih surau. Karpet bau hapak. Banyak tempat naik lumut. Toilet jangan tanya"
"Budak-budak ikut tak?"
"Ha"
"Acam nak ajak jalan-jalan"
"Bawak girls. Laki ikut abang"
"Acam tak best"
"Sedih tengok kubur, waris tak datang. Manusia bila mati cepat orang lupa. Kubur ulama besar terbiar, kubur orang biasa lagi la. Dari muda abang suka bersih kubur tapi jarang dapat buat. Lepas sakit hari tu lagilah. Sekarang dah sihat, boleh buat. Abang suka ziarah kubur makam-makam ulama, orang-orang besar. Tengok seni ukir batu nisan. Kaji tentang ilmu dia orang"
"Jujur cakap, kita terkejut abang ajak ziarah semua tu. Sampai pergi travel pun kubur masuk dalam list itinerary"
"Ala bukan semua tempat kita lawat kubur. Kita pergi kubur orang penting je. Nabi sarankan kita selalu ziarah kubur untuk beri keinsafan, renung diri kita, amal dan perbuatan kita sebab tempat terakhir nanti ruang yang sempit. Hidup jangan sombong, bila bercakap jaga lidah. Bila sampai umur sekarang, betul orang cakap hidup kita sebenarnya tak lama. Yang kita rasa lama masa alam sekolah. U sekejab je. Kerja, lepas tu kawin. Tiba-tiba umur kita makin banyak. Dosa pun banyak, kena tambah rasa syukur, banyakkan istighfar"


26/8

Tuesday, August 26, 2025

Alternative to Nescafé

  • Tchibo
  • Emran Café

Bahasa Melayu

"Doktor dah betulkan. Nurtizen kan suka batu api. Doktor cakap terjun mesti sendiri. Takkan beramai-ramai"
"Terjun adalah kata kerja / perbuatan. Kata kerja tak transitif tak perlukan objek dan tidak perlu ayat penyambut. Terjun dah ada kata penolak, boleh berdiri sendiri, tak perlu keterangan tapi boleh letak untuk sampaikan maksud. Ha macam tu"
"Analisis bahasa Melayu tinggi dia bagi kita"
"Orang kita ni pelik. Tulis BI salah grammar malu. Tulis BM lintang-pukang relaks je. Tak sayang bahasa sendiri"


Ogos, 2025

Deep Sleep

  • Ashwagandha: Take in the early evening
  • Magnesium Glycinate: Take after dinner or 1–2 hours before bed
  • Chamomile Tea: Drink 30–60 minutes before bed

Tiga wanita

Walaupun kita berkahwin dengan seorang wanita tetapi hakikatnya kita berkahwin dengan 'tiga orang' wanita.

Pertama, dengan 'siapa yang kita jangkakan' sebelum wanita itu berkahwin dengan kita.

Kedua, dengan 'siapa yang sebenarnya dia', yakni sebaik dan sedikit waktu setelah dia berkahwin dengan kita.

Ketiga, dengan 'siapa dia setelah begitu lama' berkahwin dengan kita...

Antara semua yang di atas itu, 'siapa dia setelah begitu lama' berkahwin dengan kita itulah yang paling penting.

Maksudnya, bagaimana kita berjaya mengubah wanita itu menjadi lebih baik setelah lama kita bergaul dengannya.

Apakah setelah berkahwin kita mampu mendidik, membimbing dan memimpinnya untuk berubah daripada kurang baik kepada lebih baik?

Maka begitulah jualah apabila kita bersahabat dengan seseorang. Kita juga bersahabat dengan 'tiga' orang. Pertama, siapa dia sebelum kita bersahabat dengannya.

Kedua, dia yang sebenar setelah mula bersahabat dengan kita. Dan akhirnya siapa dia setelah lama bersahabat dengan kita.

Jika orang itu kurang baik, maka mudah-mudahan dia akan jadi lebih baik apabila kita bergaul dengannya.

Jika dia memang baik, mudah-mudahan kebaikan itu mampu kita teladani untuk kita juga menjadi insan sebaik dirinya.

Maka begitulah sewajarnya hubungan dua orang beriman, wajib saling memperbaiki antara satu sama lain.

Kita berkawan bukan dengan malaikat. Kita bermusuh bukan dengan 'syaitan'. Sahabat kita hanya seorang manusia. Dia tidak sunyi daripada kejahatan dan dia juga punya potensi untuk melakukan kebaikan.

Apabila tangan kiri kotor dan tangan kanan kotor, kita akan temukan keduanya untuk saling membersihkan sesama sendiri. Akhirnya, kedua tangan yang kotor itu menjadi bersih.

Maka begitulah perumpamaan antara kita dan sahabat. Mesti berinteraksi dan berkomunikasi secara harmoni atas prinsip saling berpesan dengan kebenaran dan kesabaran.

Masa silamnya penting tetapi masa kininya lebih penting. Dan paling penting sekali ialah masa depannya.

Jangan dihukum masa kininya dengan kesalahan masa silamnya. Ayuh manfaatkanlah masa kininya untuk membina masa depannya yang lebih cemerlang.

Semua itu hanya dapat dicapai dengan kasih sayang. Dan kasih sayang itu datang daripada iman. Hanya keakraban dengan Allah mampu membina keintiman dengan insan.

Ingatlah, kita boleh menyayangi tanpa memimpin, tetapi kita tidak mungkin memimpin tanpa menyayangi.

Jangan ada kebencian. Jangan ada kedengkian. Mungkar tidak akan dapat dicegah dengan kemungkaran. Mazmumah tidak akan dicegah dengan mazmumah.

Kesukaran mendidik diri seharusnya menimbulkan kesabaran mendidik orang lain. Jangan cepat menghukum hingga tidak sempat memberi kasih sayang...

Mengingatkan bukan kerana nama. Bersuara bukan kerana harta. Berpesan bukan kerana kuasa. Semuanya kerana kita hanya hamba... hamba yang berdosa!

(Facebook)

_

"Baca astu ingat abang. Laki kita ni kan penyabar tau ustaz. Dia acam tak pernah marah kita. Salah kita selalu buat dia marah"
"Mengaku"
"Kita cakap dalam hati aje. Acam mana awak dengar?"
"Sabar je la"


17/8

Abai

"Handphone boleh block, kan? Ara tekan je. Buat apa habis tenaga gaduh"
"Masalahnya dia cakap pasal abang. Fitnah tak pandang kiri kanan"
"Block je, Ara. Biar dia. Layan pun tak ke mana. Bukannya kurang duit dalam poket abang"
"Emang la tapi kita geram"
"Hidup dalam dunia ni ada kala kena pekakkan telinga. Kalau kita ambil pusing semua benda, tak ke mana. Buang masa, habis tenaga, tak dapat apa. Kita boleh abai, kita abai. Sampai waktu dia letih diam la tu"


19/8

Let the past stay in the past

"Am I doing the right thing?"
"Anything you do for your own peace is the right thing"
"Hmm…"
"Take your time. Process it slowly. There’s no need to hurry"
"Okay"
"You’re not erasing history. You’re just placing it behind you. To move on, you need to let the past stay in the past"
"Okay"
"I’ve got you, hun"

Belah dada

"Kalau Ara nak, kita stay sini. Ara boleh ambil kes. Abang tengok Ara happy je. Rasa bersalah bawa Ara jauh-jauh"
"Kita okey aje kerja mana-mana as long kita ada abangggg"
"Ye je"
"Yeeee. Tak percaya belah dada. Ehhh nooo abang ke lain nanti"
"Abang jugak"

Cendol haram

"Relaks je orang makan cendol kedai Cina. Halal tak?"
"Cendol, bang. Mesti halal"
"Ada tak halal. Cendol guna gelatin babi. Cina pakai sebab murah. Susah putus, elastik, springy. Kalau guna tepung senang putus sebab lembut"
"First time dengar"
"Sekian, ilmu baru untuk hari ini"

Jenting

"Abang puasa, kan?"
"Ha"
"Jom pergi Cameron, buka puasa sana. Kita belanja"
"Bila?"
"Now"
"Lepas tu balik?"
"Ha'a"
"Betul ke?"
"Yeeeee"


14/8
_

"Bang, jom naik Jenting jab"
"Buat apa?"
"Jalan-jalan"
_

"Bang, kita pergi Tioman nak tak?"
"Agak dah. Tak boleh. Minggu ni ada hal. Lain kali okey"
"Alaaa"
"Tak boleh, sayang"
"Acam melting jab, acam nak eskrim"
"Ha jom cari"


15/8

Penganalisis handsome

"Memang la semua perempuan nak dia dah nafkah bini sebulan RM 13 ribu"
"Babtu perempuan suka laki orang. Dah terbukti mampu. Bini first 13k, second 13k"
"Ada member bagi sebulan RM 22 ribu tapi bini curang jugak. Kesian dia kerja teruk bini main lain tapi dia memang jarang ada rumah"
"Tak bersyukur"
"Laki bagi Range Rover. Dia pergi bagi skandal guna. Mana tak berasap laki"
"Dia nak apa eh? Laki baik, nafkah melimpah. Tak faham kita"
"Biasa kes bini curang mesti dapat laki baik. Mana-mana kes pun. Jarang dengar bini curang laki perangai teruk. Kalau media cover mesti ada cerita laki kerja macam-macam sebab nak senangkan bini. Jenis tak biasa makan terajang buat laki macam-macam. Tengok perempuan dapat laki angkat tangan, mana ada kes curang. Nak fikir curang pun tak sempat. Ni banyak free time, tidur atas duit, hidup senang mana tak buat perangai"
"Ha'a, kan? Kita tak perasan"
"Abang kan penganalisis handsome hehe"


16/8

Kelentit kering

"Pokok ni nama kelentit kering. Bagus buat ubat"
"Ubat apa, bang?"
"Batin lelaki. Asah sampai keluar getah, lepas tu sapu dekat jalak lenteng. Fuh! Depan je bukan seluruh"
"Pernah guna ke?"
"Tak. Sembang kena deras hahahahaha"
_

"Ary call nanti abang bagitahu dia"
"Itu aje kan? Acam tak reti bual benda lain"
"Dulu dia cuba gambir Sarawak. Dia kata best. Dia la kata"
"Abang ajar, kan?"
"Dah dia tanya"


22/8

Banyak bulu

"Acam muka banyak bulu"
"Sakit kena muka?"
"Tak"
"Hmm"
"Bicep berapa kilo?"
"Timbang la"
"Acam dada mmm"
"Hmm?"
"Kita tak suka orang lain pegang abang"
"Mana ada siapa pegang abang"
"Peluk?"
"Tak ada"
"Raba?"
"Pun tak ada"
"Mmm…"
"Abang kan selalu ada wuduk. Isnin, Khamis puasa. Bila puasa, badan lemah nafsu tak kuat"
"Acam ramai aje try abang"
"Tapi abang milik si jelita Nurhara"
"Tapi…"
"Baik 'check in' dari fikir banyak benda"
"Mengada tau abang ni"
"Boleh kot check in kejab. Sempat lagi"
"Astu tanya astu masa bergerak"
"Heeeeee"
_

"Habis dah check abang?"
"Hihihi dah"
"5 minit. Lepas tu kita bangun"
"…………"
"Tak nak 'check out' boleh?"
"Boleh bang, tapi masjid memanggil"
"Okey, balik sambung hahahahaha"


23/8

Garang

"Bab tu kita tak nak jadi mommy auto garang acam mommy mommy di luar sana"
"Macamlah jadi ibu tak garang"
"Takkkk"

Anak baru

"Nantikan, kita mesti ada menantu pakai niqab"
"Bini Umar?"
"Ha'a. Dia kan Islamik"
"Tidur, Ra"
"Kejab aje kan…Babang dah besar. Acam bertuah mak yang melahirkan dia. Sejuk perut"
"Dia dapat ibu yang baik. Anak di bentuk dari asuhan ibu"
"Acam satu-satu anak tinggalkan rumah…"
"Kita buat anak baru. Sentiasa rumah ada anak kecik. Settle masalah"
"Kita nak, abang tu banyak alasan"
"Tengah fikir, travel berapa beg nak bawak letak barang anak"
"Kita beli kapal sendiri"
"Seat paling banyak 19 kot. Cuba kira kalau tambah anak cukup tak seat"
"Kita 2, yang besar 3, kembar 4. Acam ada 10 agi kosong"
"Anak je. Yang lain?"
"Kita nak triplet aje"
"Aje?"
"Tak calah pun"
"Betul ke Ara nak?"
"Boleh tak?"
"2027?"
"2026 laaa"
"2027 kembar dah besar. Kalau tahun depan banyak tu nak bawa barang anak kulu-kilir"
"Tidur la, bang"
"Eh merajuk"
"Tak kuasa"


24/8

Burger

"Betul orang cakap, lepas kawin kena toleransi dengan perubahan pasangan. Contohnya, dulu tak makan sangat burger. Sekarang selalu beli. Dulu tak tengok drama Melayu, sekarang rajin layan"
"Makan burger pun calah"
"Ra, burger tak elok untuk usus"
"Kadang-kadang aje"
"Tak boleh"
"Biar la kita"
"Ara belanja budak-budak makan burger sampai besar terbiasa. Sos banyak, cheese leleh tak elok untuk perut. Sos tinggi kandungan gula"
"Astu abang marah?"
"Belanja budak makan healthy food"
"Sekali-sekali aje. Woodfire sedap. The Permenant Choice Burger not bad. Papa Burger sedap and harga sangatlah marhean. Sekian review untuk memanaskan lagi hati suami hihihi"

Basuh kaki

Daddy: Hasha, basuh kaki dulu balik dari kubur sebelum masuk rumah
Hasha: Asha pakai kasut

Monday, August 25, 2025

Permata untuk Isteri


A few days ago, I was in the car with Ara, driving from Johor Bahru to Mersing. She played a song on YouTube that happened to be my favorite, but she didn't know that. It’s amazing how a single song can bring back so many memories. This one made me smile as I thought of someone special who is always on my mind. The writer Khalil Gibran once said that remembering someone is like meeting them again. Even if people are no longer in our lives, they stay in our hearts. 


25.08.2025, 4:20 am
Kuala Lumpur

Friday, August 22, 2025

Rumah

"Kenapa tutup? Abang nak tengok"
"Tak best"
"Ajak orang tengok lepas tu off. Buka la abang nak tengok apa jadi"
"Kita sedih. Tak nak"
"Sedih apa?"
"Kita tak nampak orang tu. Kita nampak abang"
"Part mana?"
_

"Abang merasa tidur atas tilam masa masuk asrama. Dekat rumah Ummi tidur atas alas lupa panggil apa. Masa tu tak ada lagi katil. Abang besar sikit baru ada katil double. Masuk asrama kira heaven la ada katil sendiri"
"Best kan masuk asrama?"
"Ara sedih part bilik tu, kan? Haa memang macam tu la kalau orang tak pernah ada bilik sendiri tambah-tambah kalau dalam bilik ada toilet tak payah share. Dengar orang cerita bilik ada toilet best je dengar. Tapi abang tak merasa sampai ada rumah sendiri. Masa tu sewa. First time rasa seronok betul. Duduk bilik tak keluar-keluar. Orang tak pernah ada rumah macam tu la"
"Jangan cakap acam tu kita sedih"
"Rumah Ummi tak ada aircond. Abang kalau lalu tengok rumah orang, orang situ kan kaya-kaya, ada aircond…abang macam mesti rumah dia sejuk, tak panas. Macam mana rasa duduk rumah ada aircond. Tapi rumah Ummi tak panas, okey je. Aircond merasa masa naik kereta. Tak pun masa naik bas balik asrama. Dulu bas lompat tak ada aircond macam RapidKL. Semua kena buka tingkap"

Thursday, August 21, 2025

Setia Itu Mahal

"Cerita apa tu?"
"Antara cinta pertama dan lelaki yang selalu ada. Astu dah kawin dengan lelaki yang selalu ada, curang dengan cinta pertama. Tak faham kita"
"TV3?"
"Sekarang tengah panas kes tukang masak. Ramai aje sokong dia bunuh skandal wife tu"
"Cerai je buat apa nak bunuh tapi cakap boleh la nak buat bukan senang. Kalau dah marah"
"Dari bekas lelaki yang pernah tersakiti asbab di curangi hihihi"

Wednesday, August 20, 2025

Just live well

"Don’t think of me too often. I don’t want you getting sad. Just live well. I’m walking beside you every step of the way." — Me Before You


Bandar Sunsuria, Sepang
19.08.2025, 9:30 pm

Tuesday, August 19, 2025

Manusia

"Bangggg"
"Ha"
"Abang cerita Palestin minum arak kannn. Sekarang ramai tengah share hal sama. Eee teruknya"
"Sikit masa lagi keluar macam-macam cerita buruk termasuk hal seleweng dana, ambil kesempatan semua ada"
"Orang penat lawan astu tunjuk perangai. Menyampah"
"Semua tempat, semua bangsa sama je. Bukan asal Palestin je baik"
"Astu betul la Hamas yang serang Israel?"
"Haah"
"Mmmm"
"Panjang mmmm tu"
"Mmmm"
"Jangan tengok yang perangai teruk. Tengok yang baik. Yang jahat tu abai je la"



Oktober, 2024

Saturday, August 16, 2025

Ringkasan Sambung Bicara Siti Bainun

 

Yasmin Nahar

I. REKOD INSIDEN


1. Umur 15 Tahun
  • Laporan Polis: Mendakwa menjadi mangsa culik dan rogol oleh Aiman hingga mengakibatkan kehamilan.
  • Akibat: Aiman dihukum 20 tahun penjara dan 5 sebatan (Penjara Sungai Buloh).
  • Fakta Mahkamah: Hubungan secara sukarela bermula ketika berumur 12 tahun; dakwaan rogol disahkan palsu.
2. Umur 16 Tahun
  • Laporan Talian Nur 15999: Mendakwa didera oleh bapa kandung.
  • Tindakan: Pihak polis dan JKM menempatkan Yasmin di bawah perlindungan; bapa hampir ditahan.
  • Keputusan Siasatan: Dakwaan disahkan palsu; Mahkamah memerintahkan penempatan di Sekolah Tunas Bakti, Kedah.
3. Umur 18 Tahun (Kes Bella)
  • Laporan Polis: Mendakwa Bainun mendera Bella dengan air panas.
  • Akibat: Bainun dipenjara 12 tahun (Penjara Wanita Kajang).
  • Fakta Sebenar: Kejadian berlaku di Kondominium Wangsa Maju semasa Bella di bawah jagaan Yasmin; Bainun tiada di lokasi; laporan dibuat atas motif menyelamatkan diri.
4. Umur 20 Tahun
  • Laporan Palsu: Menuduh suami melakukan keganasan rumah tangga semasa hamil.
  • Konteks: Perkahwinan diatur oleh bapa bagi menutup aib; identiti suami tidak didedahkan.
  • Isu Kredibiliti (Kes Bella): Pihak pembelaan mendedahkan percanggahan keterangan; mahkamah tetap mengiktiraf Yasmin sebagai saksi kredibel.

II. LATAR BELAKANG PSIKIATRI


1. Diagnosis
  • Gangguan Bipolar (direkodkan sejak remaja).
2. Sejarah Rawatan
  • 2018: Cubaan bunuh diri dengan mengelar pergelangan tangan semasa hamil; dirawat di Wad Psikiatri HKL.
  • Penjagaan: Dipelihara oleh Bainun di Rumah Bonda sehingga selepas bersalin.
3. Isu Prosedur Mahkamah
  • Rekod psikiatri dibangkitkan dalam sidang kamar (in-chamber).
  • Hakim menolak pendedahan atas dasar kerahsiaan rekod pesakit bawah umur.