Tuhan, hadiahkan aku seorang perempuan yang boleh aku jadikan teman di setiap detik dalam hidupku, yang menunjuk jalan ketika aku buntu, menegur ketika aku membuat salah, penguat ketika aku lemah dan penenang ketika aku resah gelisah. Hadiahkan aku seorang perempuan sebagai pelengkap hidupku kerana tanpanya aku kesunyiaan. Fitrah lelaki perlukan seorang teman seperti Adam perlukan Hawa.
Tentu, janji manis-Mu tak pernah mungkir seperti yang termaktub dalam Surah al-Anfal ayat 70 “Jika Allah mengetahui ada kebaikan di dalam hatimu, niscaya Dia akan memberikan yang lebih baik dari apa yang telah diambil darimu". Bila Kau ambil sesuatu yang paling aku sayang - Kau berjanji pengantinya sesuatu yang lebih baik.
Aku menunggu dengan sabar. Buat rusuk kiriku, kita masih belum bertemu dan entah siapa yang bakal Tuhan hantarkan untukku. Sungguhpun begitu, aku tetap mahu ucapkan “Selamat datang rusuk kiriku, bidadari syurga hatiku. Dampingilah aku tanpa jemu”.
_
"Melting hati kita tau"
"Masa ni belum pergi Kino. Abang pergi sebab susah beli online. Sekarang dah senang sebab Ara ada. Satu dunia punya buku boleh beli"
"Kelakar je tak reti guna online banking "Boleh tolong beli buku abang tak?". Kita macam… abang ni baru keluar gua ke apa hihihi"
"Eyy bab mengata abang laju je"
"Why January 28th? Is there something special 'bout the date?"
"Bila-bila kita boleh doa"
"Eleh"
"Ye la"
"Anniversary kita abang tak ingat. Ini kan tarikh lama"
"Nanti ingatkan"
"Malas kita"
"Mamat romantik tu ingat semua tarikh?"
"He never missed wishin' me on our anniversary, my birthday, or Valentine's Day"
"Perfect guy"
"Abang tu birthday Ara pun lupa. Tarikh betul salah bulan. Bulan betul salah tarikh. Kita macam… apa je yang abang ingat. Lama-lama kita malas fikir. Tak nak sakit hati"
"Jujurnya"
"Last year abang tak wish pun birthday kita"
"Eh ye ke?"
"Ha'a"
"Betul ke tak wish?"
"Tak…"
"Aduhhh abang betul-betul lupa. Sorry"
"Tak apa. Abang kan busy. Tak pernah celeb birthday Ara dari sebelum kita kawin"
"Abang betul-betul minta maaf. Betul-betul abang lupa. Kejab, abang nak catat dalam.notes"
"Alaa tak payah beria"
"I am so sorry. I'll make it up next time. Abang minta maaf sangat, Ara. Abang betul-betul lupa"
"It's okay, abang. Kita kena terima orang yang kita sayang tanpa ubah apa-apa, kan? Baik dan buruk dia"
"Abang minta maaf sangat. Abang tak buat lagi lain kali"
_
The worst feeling ever.
Panggilan telefon
27-01-2024