"Ara, abang nak keluar dah ni"
"Tak tidur?"
"Tak boleh tidur"
"Mmm mmm"
"Sini hujan tapi tak lebat"
"Ubat dah makan?"
"Dah"
"Ubat tidur?"
"Dah. Tak jalan"
"Apa yang jalan?"
"Entah"
"Bengkak tak mata?"
"Mata kita bionik mana boleh bengkak. Mata robot"
"Mengada eh mengada"
"Betul la"
"Mata sedih"
"Takkk"
"So, masa nampak kita dekat Kino dah move on ke belum?"
"Apa?"
"Hihi tak ada apa"
"Belum"
"Astu?"
"Abang tunggu dapur info. Lambat kot eh telur banyak tu"
"Ha'a. Abang sayang kita tak?"
"Ye"
"Berapa banyak?"
"Kejab fikir"
"Semalam abang tumbuk apa?"
"Almari. Pecah berkecai"
"Agak dah"
"Ara cakap jangan tumbuk cermin dengan dinding je"
"Semua la. Abang pun"
"Lepas berbuka abang karate"
"Lamanya fikir. Tak sayang kita ke"
"Fikir kena dalam-dalam"
"Tak payah la jadi Carl Jung"
"Penat pulak nak fikir"
"Alaa abanggg"
"Apa yang paling susah di jaga dalam dunia ni?"
"Hati orang"
"Tak, hati sendiri. Setiap hari kita hancurkan hati kita untuk orang sebab kita tahu hati kita kuat. Kalau hati kita rajuk, mudah di pujuk. Kalau hati orang, susah di rungkai"
"Abang mengata kita ke?"
"Haah haha"
"Kita nak lari la"
"Eh jangan"
"Takuttt"
"Haah. Orang yang pernah merasa kehilangan akan sentiasa merasa takut. Itu bezanya dengan orang yang pergi meninggalkan kita. Dia tak akan pernah merasa takut kehilangan kerana dia yang melangkah meninggalkan kita"
"Mmm mmm"
"Boleh letak dekat Facebook. Dapat 200 tanda suka sila belanja haha"
"Yang cinta tersedih tu kan tak sangka banyak orang likeee"
"Tengok tadi. Beribu tu"
"Tu la pasal. Tak sangka"
"Belum abang ada Facebook"
"Tak payah-tak payah"
"Eh hahaha tak payah pulak. Hari tu suruh"
"Awak main jauh-jauh. Enjoy private life awak. Jangan masuk kawasan kita"
"Nak abang tolong update kan boleh hahaha"
"Tak payah-tak payah. Suhh suhh main jauh-jauh"
"Kita ni bayang je, Ara. Bayang yang tak di hargai…"
"Abang jangan cakap deep. Kita tak faham"
"Bayang, walau dia selalu ada dengan kita, kita tak pernah hargai dia sebab kewujudan dia tak penting bagi kita. Kita tak pernah anggap dia orang paling rapat dengan kita sebab dia cuma bayang, tak boleh di sentuh, tak boleh di rasa, tak boleh di genggam. Bayang akan sentiasa bersama ke mana saja kita pergi, tapi bayang tetap bayang. Bayang yang tidak ada makna"
"Banyak kita nak proses hihi"
"Jangan lupa, 200 belanja abang"
"Alaa bayang apa tu?"
"Fikirrrrr"
_
"Ara hmm abang nak baca puisi"
"Kata nak keluar"
"Hujan"
"Lebat?"
"Selebat hujan dalam hati abang haha"
"Baca la. Nak dengar"
"*aku ingin mencintaimu dengan sederhana;
dengan kata yang tak sempat diucapkan
kayu kepada api yang menjadikannya abu
aku ingin mencintaimu dengan sederhana;
dengan isyarat yang tak sempat disampaikan awan kepada hujan yang menjadikannya tiada"
"Kita tak faham tapi kita suka. Kita suka semua yang abang suka"
"Puisi favourite abang dari dulu lagi. Tak pernah baca dekat siapa pun. Tak sempat nak baca…"
"Apa maksud puisi tu?"
"Biar abang sayang Ara dengan cara sederhana tapi bermakna"
"Mamat pelik datang kembali hihi"
"Eyy!"
"Hihihi jangan marah"
"Abang tak pernah baca puisi dulu. Abang suka bacakan pantun"
"Kita dapat dah jawapan kenapa abang tak baca pantun dekat kita. Nak merajuk boleh tak?"
"Eh dia"
"Merajukkkk"
"Malas abang pujuk"
Panggilan telefon
23-01-2024
*Sapardi Djoko Damono