Tuesday, April 11, 2023

Syahid kerana rindu

Apabila rindu itu datang mengganggu ia amat menyakitkan. Sesekali rindu menjengah ia boleh menyiksa jiwa dan batin. Lagi tersiksa jika rindu itu kepada yang telah tiada.

Rindu kepada seseorang yang jauh juga boleh membuatkan angau yang tidak keruan. Apatah lagi rindu kepada seseorang yang tidak ambil kisah dan peduli akan perasaan ini menjadikan ‘haru biru’ dibuatnya.

Namun, rindu kepada Rasulullah S.A.W adalah rindu yang paling agung.


Apa itu rindu?

Rindu itu ialah cinta yang berlebihan dan ada rindu disertai dengan menjaga diri dan ada juga di ikuti dengan kerendahan hati. Rindu bukanlah sesuatu hal yang tercela dan keji, akan tetapi perlulah disertai dengan menjaga diri, kesucian dan kerendahan hati. Seseorang yang ketika dia rindu, tetapi dia menjaga dirinya dengan tidak melakukan hal-hal haram menurut Islam, itu adalah dibolehkan

Dan seandainya rindu itu juga disembunyikan dari orang-orang, maka pahalalah yang akan diperolehi. Menurut Ath-Thohawi di dalam kitab Haasyia’ah Marakil Falah dari Imam Suyuthi mengatakan bahawa dari golongan syuhada di akhirat adalah orang-orang yang mati dalam kerinduan dengan tetap menjaga kehormatan diri dan disembunyikan dari orang-orang meskipun rindu itu hadir dari perkara yang haram.

Seseorang yang merindui seseorang sehingga dia mati dan disembunyikan rasa itu dari orang lain, maka dia akan mendapat pahala syahid di akhirat kerana ianya menunjukkan bahawa dirinya memiliki sifat sabar. Dia memendam rasa rindu dan menyimpannya sendirian kerana dirinya menjaga kehormatan diri, mengikat hatinya, jiwanya, tubuh badannya dari dikuasai oleh rasa rindu.


Kredit: Sumber asal