Tuesday, March 31, 2020

1.20 am

Usai mengaminkan doa, Hara datang dan memelukku dari belakang. Dia menangis. Air matanya terasa hangat jatuh ke bahuku.

“Dah lama balik? Tak dengar pun”
“Abang…”
“Kenapa ni? Hara okey?”
“Tak”
“Kerja okey?”
“Okey”
“Tenang dulu. Nanti kita cerita”

_

Rupa-rupanya Hara baru sahaja membaca dan meneliti fail seorang pembunuh bersifat cannibal iaitu Issei Sagawa. Sagawa kini berusia 70 tahun. Beliau di dapati bersalah membunuh Renee Hartevelt, rakan sekelasnya semasa di Sorbonne ketika melanjutkan pengajian dalam bidang kesusasteraan peringkat Ijazah Kedoktoran. Dalam perbicaraan, Sagawa di dapati tidak siuman lalu di hantar ke Matsuzawa Psychiatric Hospital untuk menjalani rawatan mental. 

Sagawa mendapat perhatian awam dan diberi jolokan selebriti hingga “menempa” nama sebagai seorang pelakon kerana membintangi filem Unfaithful Wife: Shameful Torture. Beliau juga menempa nama dalam arena penulisan kerana aktif menghasilkan novel dan esei. Sekurang-kurangnya beliau telah menulis 20 buah novel. Salah satu yang paling popular adalah novel-berilustri iaitu In The Fog yang menceritakan secara terperinci jenayah yang telah di lakukannya. 


_

“Hara sayang abang…”
“Abang tahu”
“...”
“Tunggu sini. Abang buat lemon tea
“Tak nak. Nak ikut”
“Jom. Jangan fikir dah”
“Fikir”

_

Ya Rabb, Kau peliharalah isteriku.

Sunday, March 29, 2020

Di kasihi

Terik mentari yang membahang
beransur kurang
menandakan kelahiran seorang puteri
yang sempurna segala segi

Kudoakan kau mewarisi
senyuman manis ibumu
tegasnya seperti srikandi
lembutnya bak permaisuri
cantik paras rupanya
cerdas akal fikirannya
mulia akhlak dan tutur katanya

Dari kejauhan 
kutitipkan doa
agar kau dikasihi 
di langit dan di bumi.





Pakcik Imran


Otaru, Hokkaido, Japan
26 Mac 2020, 1.10 pm

Wednesday, March 18, 2020

As I want you 'til the day I die

 إِنِّ أُحِبُّكَ


Kata-kata yang tertulis pada sekeping gambar polaroid ketika kami menghabiskan cuti hujung minggu di Labuan Bajo tempoh hari. Kata-kata itu bermaksud “Aku mencintaimu”.


أَحَبَّكَ الَّذِيْ أَحْبَبْتَنِي لَهُ

Saya mengambil sebatang pen lalu menulis sepotong ayat. Ertinya, “Semoga kau di sayangi kerana menyayangi diriku”. Semoga Allah s.w.t selalu menyayangi dirimu.



Tuesday, March 17, 2020

Memandang masa lalu

Ketika hatinya di landa rawan, saya hadiahkan dia Mini Bittersweet Chocolate Cake

“Rounds of chocolate cake are split into 2 rounds and layered with rich, chocolate frosting and a sprinkle of mini chocolate chips”.

.

catatan 12 Mac 2017

Monday, March 16, 2020

Perempuan yang pernah aku miliki



Tak pernah luput dari ingatan...

Suami untuk di kongsi

Hara seorang pro-poligami dan di situlah titik perbezaan kami.

_

“Peliklah abang ni. Isteri bagi poligami kenapa tak nak?”
“Sebab abang takut tak adil”
“You can do it!”
Power betul bini bagi support
“Hara dah ada calon. Abang pilih je”
“Amboi. Kemain lagi. Suruh pilih bini macam pilih ikan”
“Hihi taklah macam tu”
“Tak nak ah. Abang takut”
“Takut apa bang?”
“Macam mana nanti kalau abang sayang dia lebih dari abang sayang Hara? Abang takut abang jatuh cinta dengan orang lain, sayang orang lain, lebih dari Hara”
Love comes in many forms. Kalau abang happy, Hara pun happy
“Hara ada dah lebih dari cukup”
“Kalau Hara tak ada?”
“Tu cerita lain. Cerita sekarang, hmm meh nak dukung!”
“Abang!”

_


“Letihlah nak mandi wajib tiap hari”
“Alah apalah sangat”
“Dengan Hara dah 2 kali seminggu. Lepas tu…”
“3 eh”
“Hahaha yelah 3, biasa 2 je abang rasa”
“Orang cakap 3, 3 lah”
“Amboi. Garang!”
“3 lah baby
“Okey 3. Nanti kawin lagi, fully booked abang tiap malam hahahaha. Tuala tak dan kering”
“Nampak tak orang laki punya perangai. Tak nak, tak nak, fikir ke lain dulu”
“Hehehe betul la. Banyak lagi fikir ni hahahaha”
“Dah. Fikir ke lain reti pulak”
“Hehehe nak threesome keeee”
“E abang niiii!”
“Hahahaha”

Wednesday, March 11, 2020

4:25pm

“Abang okey?”
“Okey”
“Teringat?”
“Haah, sikit. Tapi tak fikir sangat”
“Jangan layan”
“Tak”

_

Hospital




(11/3/2020, 4.25pm)

Monday, March 09, 2020

Dulu...




Sekarang tak lagi...

Sunday, March 08, 2020

Isteri baru

Tahun ini saya menetap di Jepun. Tahun lepas di India. Tidak banyak catatan yang saya tuliskan sejak beberapa tahun ini. Agaknya, saya berasa selesa menyimpan segala kata-kata hanya di dalam minda tanpa di tumpahkan menjadi bait di atas kertas. Sejak berkahwin dan berteman dengan Hara, saya mengambil kesempatan untuk mendaki gunung. Kami melalui beberapa episod pendakian; bermula dari pendakian yang mudah, sederhana sukar dan yang paling mencabar. Kita melalui danau, tebing tinggi, jalan berbukit, kabus tebal dan seribu liku laluan menuju destinasi.

Dalam setiap pengembaraan ada cerita yang tersendiri. Mungkin sahaja Hara cuba mengenali saya dengan lebih rapat atau barangkali dia cuba mengerti episod duka yang saya lalui. Semuanya telah saya lepaskan tetapi ia tidaklah berlangsung dengan begitu mudah. Saya mengalami kemurungan hingga hari ini. Kadang-kala segalanya nampak baik. Ada ketikanya, semuanya seakan kabur. Dan Hara memimpin saya untuk bangun kembali, melawan kemurungan yang saya hadapi. Dia begitu sabar melayan karenah saya. Begitu sabar sekali.

Memasuki usia 7 bulan pernikahan kami, Hara menganjurkan agar saya berkahwin lagi. Dia berharap dengan berpoligami saya dapat melupakan hal silam kerana saya akan “sibuk” menguruskan hal ehwal rumah tangga yang baru. Dalam diam-diam dia mencari calon isteri buat saya. Saya tahu niatnya murni namun saya tetap menolak. Saya mencintai Hara dan tak mahu berbagi kasih dengannya. Saya kira saya semakin pulih walaupun tidak banyak perubahan. Saya akan terus berusaha memperbaiki diri keluar dari dunia gelap ini. Semoga dengan izin-Nya saya menjadi insan yang lebih baik.

_

“Ni nombor dia. Bila abang free, abang call dia tau”
“Buat apa?”
“Kenal-kenal. Call tau”
“Tak naklah”
“La kenapa pulak”
“Nak buat apa abang call dia”
Future wife abang kan”
“Tak. Abang tak nak”

_

Saat itu, saya memeluknya dengan erat. Air mata bergenang. Moga-moga Tuhan kuatkan hati saya. Saya tak mahu bernikah lagi. Saya tak mahu menduakan Hara sungguhpun pilihan itu adalah pilihan Hara sendiri. Saya sayangkan Hara dengan segenap jiwa saya. Saya harap Hara mengerti bahawa saya hanya perlukan dia untuk kehidupan ini. Benar, saya hanya perlukan isteri yang satu ini untuk meneruskan kehidupan, berkongsi kasih, berbagi duka. Dialah satu-satunya isteri, isteri yang begitu membahagiakan.

Friday, March 06, 2020