Genap seminggu saya menerima kiriman e-mel dari awak dengan pelbagai rasa menyerbu ke dada. Malam itu saya menaip e-mel yang agak panjang sebagai kiriman balas namun membatalkan niat sebelum menekan butang ‘hantar’. Saya hanya membalas kiriman khabar dengan e-mel paling ringkas “Tahniah atas pernikahan dan selamat maju jaya dalam kehidupan”. Sejak kita membawa haluan masing-masing, saya kerap menerima rawatan psikiatri akibat kemurungan dan tekanan jiwa. Mood saya kerap berubah. Saya perlu mengambil pelbagai jenis ubat, melalui hari-hari gelap di wad psikiatri dan menjalani sesi terapi yang panjang.
Episod malang ini telah saya lalui untuk beberapa ketika. Malang sekali buat seorang lelaki seperti saya harus menempuh dugaan saat saya miliki hampir segala-galanya yang ada di atas muka bumi ini. Takdir, sebagaimana yang kita fahami - tidak dapat di ubah. Kita malah di saran menerima takdir yang Tuhan tuliskan buat kita. Kita dipaksa menerimanya sama ada kita suka atau tidak. Sakit di hati saya tidak pernah berkurang. Saya bergelut setiap hari untuk meneruskan hidup. Alhamdulillah, segalanya beransur baik sejak penghujung tahun lepas. Hidup saya kembali tenang dan berwarna-warni. Saya kembali bernafas.
Kesakitan yang saya tempuhi ini hanya di fahami oleh manusia yang pernah merasainya. Awak tentu sahaja tidak faham. Luka di hati ini akan tetap berdarah. Parutnya akan kekal hingga habis nafas. Pedihnya tak pernah berkurang dan kata maaf hanyalah setitik dari selautan derita yang awak tinggalkan buat saya. Awak tahu, mengenangkannya sudah cukup memilukan, cukup untuk menitiskan air mata. Saya tahu sia-sia sahaja saya katakan semua ini kerana rangkaian kata-kata tidak lagi bernilai. Semua kesalahan terbeban di bahu saya. Kata-kata tidak memberi sebarang makna. Tidak ada apa-apa yang bermakna antara kita.
It still hurts, I still weep
Over promises we keep
It still hurts, I still bleed
Over promises we keep
It still hurts, I still weep
Over promises we keep
It still hurts, I still bleed
And the promise that we keep
Will stay forever
Do you know
What happened to me?
After we threw it all away
Yeah, everyday I drowned in sorrow
And just in case you want know
If I can feel the pain
It Still Hurts
Doro
Setelah sekian lama awak menyepi dari sanubari ini, tiba-tiba sahaja, tanpa sebarang petanda, awak muncul kembali ketika saya baru sahaja menjejakkan kaki di bumi Mahatma Gandhi untuk memulakan kehidupan baru. Saya ingin sekali tahu, apakah kiriman awak benar-benar bersifat “penutup” kepada skesta antara kita? Secara peribadi, e-mel yang awak kirimkan bersifat justifikasi untuk memberitahu saya betapa betulnya pilihan yang awak buat, betapa bahagianya kehidupan awak sekarang dan betapa tak bergunanya saya ketika kita masih bersama. Bukankah begitu simpulan tersirat yang mahu awak sampaikan kepada saya?
Saya menaip e-mel ini kerana perasaan bersalah membalas kiriman khabar dengan patah perkataan paling ringkas dan padat. Terasa pula seperti lelaki tanpa adab. Sejujurnya, saya tak mahu lagi mengungkit kisah lepas. Saya mahu berdiam diri kerana diam itu lebih baik dari kata-kata yang tidak memberi sebarang nilai, sekadar membuang masa. Pesan pujangga “Some things are better left unsaid, some words are better left unspoken”. Begitulah seharusnya kerana seperti kata Joe Barron “And now we’re just strangers with memories”. Masalah kita satu sahaja; jiwa kita teramat kenal antara satu sama lain.
Saya masih merasa bahagia menulis kepada awak seperti waktu dulu. Ingin sahaja saya tuliskan bait-bait indah buat awak namun tentu sahaja tidak manis kerana awak sudah menjadi kepunyaan orang lain. Hidup kita penuh dengan kejutan. Tanpa pukulan ribut dan angin taufan, kita harus memilih jalan kehidupan masing-masing. Tika tiba detiknya kita berpisah, saya tahu saya tak mungkin melihat gigi awak tinggal dua. Kita tak mungkin hidup bersama ke akhir usia. Sungguhpun begitu, terima kasih kerana mengabdikan seluruh cinta dan kasih sayang awak buat saya suatu ketika dulu. Ia merupakan detik terindah dalam hidup saya.
Apa khabar ibu dan ayah? Fuad sudah berkahwin? Anak-anak membesar dengan baik cuma semakin hari semakin banyak ragam. Beberapa bulan lepas Umar dan Adam pergi mencari hantu ala paranormal. Kemudian mereka sibuk menjadi detektif. Sesak nafas di buatnya. Penat tak usah cerita. Masa bergerak begitu pantas. Berlalunya masa tidak memudarkan rasa cinta. Cinta, sebagaimana bentuknya akan kekal abadi dalam riwayat hidup kita sampai bila-bila, selagi hayat masih bernyawa, sampai kita menutup mata. Begitulah sifat cinta, masa tak dapat mencurinya, memadam atau membuat kita lupa pada cinta kita.
Bukan perahu sebarang perahu,
Perahu Bugis membawa tiram;
Bukan rindu sebarang rindu,
Habis nyawa barulah padam.
(Tenas Effendy)
Lelaki yang tak punya harga di matamu,
Imran
Sri Hartamas, Kuala Lumpur
3.33 pagi, 13 Jan 2019