Saturday, January 27, 2018

#tanyaje

Daddy: Habis kena panggil dengan cikgu disiplin?
Umar: Adik tene jawab. Bukan salah adik
Daddy: Dah Umar pun layan buat apa
Umar: Dia komen entah apa-apa daddy
Daddy: Umar balas apa sampai dia report dekat cikgu?
Umar: Adik takap biasa-biasa je daddy
Daddy: Yelah apa dia?
Umar: Adik takap “Awak ni memang bodoh sejak kecik eh. #tanyaje”
Daddy: Laa Umar ni pun. Mana tak kena panggil

Don't hold a grudge

Umar: Nama musuh adik tekat dengan nama musuh daddy
Daddy: Siapa musuh Umar?
Umar: Atikullah. Nama musuh daddy A. Sama ada lah
Daddy: Daddy tak pernah pulak isytihar Uncle A musuh daddy. Umar je pandai-pandai
Umar: Daddy isytiharlah
Daddy: I have forgive him. You should forgive your friend
Umar: No way daddy. Biar adik mati kena gantung adik tak akan maafkan dia
Daddy: Cakaplah. Nanti termakan cakap sendiri
Umar: Daddy bukan nak back-up adik. Daddy tuke buli anak sendiri
Daddy: Don't hold a grudge
Umar: Tapi adik tak suka dia. Dia macam Uncle A. Jahat
Daddy: Raise your standards. Janganlah ikut level dia
Umar: Kan daddy. Adik ada standard
Daddy: Pantang puji sikit

Wednesday, January 24, 2018

8.46 am

Be true to yourself.

Monday, January 22, 2018

NY

Off to New York.

Sunday, January 21, 2018

Proud

Be with someone who is proud to have you.

Saturday, January 20, 2018

4 pagi

“Abang, Hara tak nak 3 majlis. Bila fikir balik rasa membazir”
“Dah malam buta ni. Esok pagi je la kita cakap”
“Opsss! Hahahaha”
“Salam tak bagi apa tak bagi. Ish”
“Tak sabar nak cakap. Alah sorry-lah”
“Dah tak jadi 3 nak berapa pulak?”
“Satu sahaja tapi nak outdoor and pre-wedding
“Ah sudah. Tak naklah”
“Nak kawin dengan kita ke tak nak?”
“Ugut-ugut”
“Bolehlah. Please
Pre-wedding tak nak. Outdoor nanti abang fikir”
“Alaaaa. Abang ni”
“Okey. Abang nak tidur”
“Malas layan kita eh”
“4 pagi dah yang”
“Cakap dengan kita. Tak kira”
“.….”
“Abang janganlah tidur”
“.…..”
“Kenapa ntah kita gila dekat awak. Menyampah”
“Sebab abang macho, maskulin, handsome, tampan, kacak lagi bergaya”
“Okey bye”
“Hahahahahahahahahaha”
“Night baby”
“Bye sayang”
“Abang, honeymoon still nak 3 tau”
“La tak habis lagi ke”
“Yelah. Dah habis. Ngada sikit pun kecoh”

Thursday, January 18, 2018

Tak romantik

Pre-wedding apa semua tak nak. Outdoor pun tak payah kot”
“Kenapa tak nak?”
“Tak payahlah yang. Kalau boleh kan akad nikah tak payah video semua”
“Ala abang ni. Orang nak”
Bridal shower pun tak berkenan”
“Yelah okey”
Bachelorette party jangan gatal nak buat”
“Yelah abang. Bebel je”
“Pilih tempat cepat. Asyik ubah je”
“Nak 3 majlis boleh tak abang?”
“3 majlis Hara. 1 majlis abang. Kalau abang malas, abang tumpang je nanti”
“E abang ni teruk gila”
“Beranganlah dulu pasal balik bulan 6 pulak kan hahaha”
“Jahat ketawakan Hara”
“Boleh abang tidur dah? Ngantuk ni”
“Dari tadi nak tidur. Tak tidur pun”
“Nak tidur dah ni. Hara yang dengki”
“Letakkanlah phone
“Hara, kita kawin hujung tahun ni eh”
“Macam tu je abang ajak Hara kawin?”
“Laa habis nak ajak macam mana lagi”
“Eee tak romantik langsung”
“Haah tak romantik”
“Kesian adik dapat laki tak romantik”
“Nak abang melutut eh baru nak kawin?”
“Haah hahahaha”
“Amboi suka”
“Tapi abang mesti tak buat. Tak alim tak islamik apa entah”
“Mengata abang je kan”
“Abang pilih tempat. Hara tak kisah”
“Ni baik ada makna kan”
“Nak pergi 3 tempat honeymoon please
“Agak dah baik ada makna”

Wednesday, January 17, 2018

Lepak

“Dah nak balik? Kata setahun”
“Salah abang. Jampi kita gila-gila”
“Abang pulak kena”
“Memang salah abang”
“Bila balik sini?”
“25 hari bulan”
“Rindu abang banyak gila ke?”
“Jangan nak perasan sangat eh”
“Baguslah Hara balik. Boleh lepak main chess
“Ingatkan nak ajak kita kawin”
“Hahahahaha”

Tuesday, January 16, 2018

Cenuai

Melihat minyak cenuai dari dekat sudah cukup menyeramkan.

Monday, January 15, 2018

Makcik bawang

Daddy: Main apa tadi?
Umar: Adik tak main
Daddy: Habis pergi playground buat apa?
Umar: Adik melepak dengan makcik bawang
Daddy: Kecik lagi dah pandai bergosip
Umar: Adik meluaskan fikiran daddy
Daddy: Luas sangat

Thursday, January 11, 2018

Today

Off to Abu Dhabi.

Tuesday, January 09, 2018

Nubis

Umar: Mereka sembang deras daddy padahal mereka temua nubis
Daddy: Kemain kecam member
Umar: Adik takap betul daddy
Daddy: Nubis tu apa?
Umar: Daddy selalu ketinggalan. Nubis tu newbie daddy
Daddy: Yelah. Daddy je yang lambat

Monday, January 08, 2018

How fast time flies

Letting go, even if it hurts, doesn't mean you have to let go of everything. You just have to let go of the person and your feelings for her but the memories will always be there whether it’s good or bad. Because every time you remember those memories, it will always put a smile into your heart. And be glad that once in your life this person made you happy and put colors into your life even if it’s just for a while. - Unknown

5.1.2015

Sunday, January 07, 2018

You get served what you deserve

One fine day you’ll know who really I am. I want to kill you from the moment we had fought, but my second though, reminds me about your kids and wife. I told myself to be more patient and pretending not to care what you did, but you have crossed your line and I get really pissed off. 

Everybody has their own limit. I can’t tolerate anymore. You’re an arrogant man who think you’re better than anyone else. Who you think you are? You’re nothing. All you have is your ego and self pride. You can’t beat me. Take a look in the mirror and realize that you are nothing. 

Enjoy your day with your kids because soon they will lose you forever. You’ll gone and no one can’t find you. You become so arrogant because nobody teaches you. Let me teach you once and you’ll suffer for your whole life. You get served what you deserve. I swear you'll be finished. 

Saturday, January 06, 2018

Bakal ibu mertuaku

Tanpa di sangka-sangka, hari Rabu yang lepas saya menerima panggilan telefon daripada Bonda Hara yang meminta saya menemaninya ke nursery. Saya menjemputnya di rumah kira-kira jam 9.30 pagi. Tiba di nursery, dia membeli beberapa jenis bunga yang tak begitu saya kenali. Katanya mahu di tanam di laman rumah. Saya berada di nursery kira-kira satu jam setengah. Kemudian dia memberitahu saya bahawa dia teringin benar ayam pasu dan itik salai. Saya mengajaknya ke syurga itik salai di Kuala Pilah dan ayam pasu di Tanjong Ipoh. 

Sepanjang perjalanan menuju ke Kuala Pilah, dia bertanya tentang bunga yang saya hantar sempena tahun baru pada hari Isnin yang lepas. Bonda Hara bertanya sebab-musabab saya memilih pink carnation sebagai jambangan buatnya. Kata saya, pink carnation mengikut pereka susunan bunga adalah simbolik kepada maternal love yang sesuai di hadiahkan kepada saudara perempuan yang merangkumi ibu, nenek atau anak perempuan. Bunga amat peribadi sifatnya. Kebiasaannya, kita hadiahkan bunga sebagai tanda ingatan kepada orang yang kita sayang.

Sepanjang perjalanan itu juga tak putus-putus Bonda Hara titipkan pesanan, ingatan dan nasihat buat saya. Perjalanan terasa sangat singkat tapi amat membahagiakan. Itulah hari yang mengembirakan buat saya. Pesanannya di tutur dengan lembut, penuh hikmah dan bijaksana. Katanya, saya perlu tutup rapat-rapat kisah silam supaya ia tak lagi menghantui kehidupan saya. Sememangnya saya sendiri mahu lupakan hal-hal lepas. Kata pujangga,“Menjadi satu bencana apabila kenangan lama tiba-tiba datang dan sentiasa mahu bersahabat dengan masa kini”.

Saya masih dalam proses penyembuhan. Lucas W melontarkan pertanyaan menarik dalam blognya iaitu “Are you healing? Are you recovering well? What are you recovering from, a something or a someone?”. Setiap orang mengalami mimpi ngeri dalam tingkat yang berbeza-beza. Justeru, tempoh penyembuhan antara satu individu dengan individu yang lain tidak sama. Biasanya proses ini berlangsung perlahan dalam jangka waktu yang panjang dan perlu di lalui dengan penuh keazaman, kesabaran dan doa yang berpanjangan.

Selesai membeli ayam pasu dan itik salai, saya memandu ke Seremban 2. Berhenti solat di Masjid Hussain sebelum meneruskan perjalanan ke Tanjung Sepat. Pada mulanya saya bercadang ke Bila-Bila, Avani Sepang Gold Coast tapi bila mengenangkan semua restoran di situ tidak mendapat sijil halal, saya batalkan niat. Menurut Property Representative AVANI Sepang Gold Coast “Our resort is Halal certified in the Banquet and Kitchen. However, as all our restaurants serve alcohol, we don't have the Halal certificate for the restaurants”.

Sayang sekali kerana Sepang Gold Coast mempunyai pemandangan yang cantik. Restorannya yang unik dengan nama-nama menarik seperti Sepoi-Sepoi, Bila-Bila, dan Perahu menyajikan makanan dalam kelas yang tersendiri. Mungkin kerana saya berasa was-was, saya perlu jauhkan diri daripada syubahah. Rasulullah bersabda “Sesungguhnya yang halal itu terang (jelas) dan yang haram itu terang, dan di antara keduanya pula terdapat perkara-perkara yang syubahat (tidak terang halal atau haramnya) yang tiada diketahui oleh orang ramai”.

Tambah Rasulullah “Orang yang memelihara dirinya dari perkara-perkara yang syubahat itu adalah seperti orang yang melindungi agama dan kehormatan dirinya. Orang yang tergelincir ke dalam perkara syubahat itu akan tergelincir masuk ke dalam perkara haram”. Hadis ini di riwayatkan oleh Abu Abdullah An-Nu’man bin Basyir. Peringatan juga di turunkan melalui Surah al-Baqarah ayat 172 "Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah".

Kira-kira jam 5.20 petang saya hantar Bonda Hara pulang ke rumahnya di Sri Hartamas. Saya pula bergerak ke Mont Kiara untuk mengambil anak-anak yang tamat kelas muzik jam 6 petang. Sepanjang perjalanan menuju ke Mont Kiara, ingatan saya melayang mengingati arwah Ummi. Sejujurnya, saya rindu kasih sayang seorang ibu. Arwah Ummi tinggalkan saya ketika saya masih muda belia. Saya berharap agar Bonda Hara dapat terima diri saya seadanya dan mengisi kasih sayang yang arwah Ummi tinggalkan.



Lao Lake House, Vientiane, Laos
5 Januari 2018, 3.50 pagi

Thursday, January 04, 2018

Billionaire toys


My hope for 2018

Wednesday, January 03, 2018

Saat cinta bertunas

Tahun 2017 sudah berakhir. Tak siapa menduga tahun lepas Tuhan hadiahkan seorang perempuan yang baik pekerti, lemah lembut dan senang di dampingi buat saya. Bersama dia, dunia menjadi sangat indah. Pada pandangan saya, Hara adalah seorang perempuan yang cerdas fikiran, cerdik mengatur hidup dan teliti dalam membuat keputusan. Jalan hidupnya tidaklah begitu mudah namun berjaya di harungi dengan tabah. Tuhan selalu anugerahkan sifat tabah pada perempuan. Mereka adalah insan yang hebat dalam menempuh dugaan hidup. Jika lelaki mengatakan mereka lemah, itulah sebesar-besar kesilapan mereka.

Hara kini berada di Amerika Syarikat sebagai visiting scholar. Sepatutnya kami melangsungkan perkahwinan hujung Disember lepas namun terpaksa di tunda bila Hara di jemput ke sana walaupun sebenarnya dia berat hati untuk pergi. Berada dalam fasa percintaan sangat mengasyikkan dan kita sebolehnya tak mahu berpisah dengan orang yang kita cintai. Keluarga Hara memilih untuk mengikat tali pertunangan sebagai jalan awal mengeratkan hubungan. Tahun lepas juga, tanpa sebarang petanda, saya bertunang dengan Hara dalam jangka waktu perkenalan yang sangat singkat. 

Bertemu di kedai buku, bertentang mata dalam sebuah majlis di Shah Alam merungkai segala-galanya. Aturan Tuhan sungguh cantik sekali. Semuanya berlangsung dengan mudah, teratur dan penuh adab. Mengenali Hara membuatkan saya rasa kembali bernyawa. Hidup yang dahulunya pudar kembali bercahaya. Hara adalah sinar kebahagiaan. Hara dengan sosok tubuhnya yang ramping, wajah mulus tanpa solekan berat, barisan gigi yang tersusun rapi dan mata yang menawan kelihatan sungguh anggun ketika itu. Itulah pertemuan yang membuahkan cinta, dari mata turun ke hati.

Kata Khalil Gibran, “Cinta bertunas pada saat pertama dan geloranya tidak pernah akan hilang sampai bila-bila”. Mata mudah membuat kita luruh jiwa. Kata seorang pujangga “Bukankah mata adalah laluan jernih untuk masuk ke lorong jiwa yang menyimpan segala yang ada. Bukankah juga mata tidak mampu berkata dusta? Segala yang berkumpul di dada, maka matalah menjadi cermin yang paling jujur untuk memantulkannya semua. Hampir segalanya”. Kata Hara, saya miliki sepasang mata yang jernih. Agaknya, kerana itulah kami selalu berlawan mata. Dan saya teringatkan bait puisi Karl Agan yang amat puitis.

Keabadian kita wujud dalam hal-hal yang sederhana
seperti ketika aku menulis namaku
di telapak tanganmu,
dan kau tertawa kegelian
menahan untuk tak menyimpan tangan,
atau seperti ketika kita main-main merenung mata
berlawan untuk tak terkelip,
kerana ada sesuatu yang boleh hilang
dalam sekelip mata.

Dalam setiap solat, belum pernah saya lupa titipkan doa dari Surah Al-Rad ayat 39, “Allah menghapuskan apa jua yang di kehendaki-Nya dan menetapkan apa jua yang di kehendaki-Nya. Dan pada sisi-Nya ada Ummul Kitab iaitu Lauhul Mahfuzh”. Doa ini adalah doa untuk melupakan seseorang. Saya mahu bebas dari penjara masa silam. Pesan Sheikh Abdul Qadir al-Jailani dalam Futuhul Ghaib syarahan ke 53, “Pintalah kepada Allah supaya kita redha dengan takdir-Nya”. Setiap orang berat untuk melepaskan masa silam namun kenangan tak menjanjikan apa-apa kecuali derita dan air mata. 

Kata bijak pandai, “Sometimes we have to let go of what's killing us, even if it's killing us to let go”. Pesan Sheikh Qadir al-Jailani lagi, “Janganlah kamu hanya berharap kepada apa yang diperuntukkan untukmu atau yang bukan diperuntukkan untukmu. Jika kamu berusaha untuk mendapatkan apa yang bukan untukmu, maka itu adalah tanda kebodohan, kejahilan kerana di antara yang paling berat ialah berusaha mendapatkan apa yang bukan di takdirkan untukmu”. Mungkin sahaja kerinduan masih menyala dalam dada. Kerana itulah saya mahu memadamnya dari jiwa. Ia tak lagi punya makna buat saya.